Pixajoy

Monday, January 24, 2011

Home » Operator Pengeluaran Tak Berbayar!

Operator Pengeluaran Tak Berbayar!

Operasi pelupusan menjadik satu aktiviti menyeronokkan bila kak atie stat ambik gmbar..Syok jugak bila dpt duduk smbil koyak kertas, bermulalah aktiviti umpat mengumpat...Terasa diri nie operator pengeluaran bagai (memang operator pun..tp operator telefon la.hoho.. ). Operator pengeluaran pun ada gaji, dapat jugak lepak2 time mesin breakdown..nie kami wat pelupusan borang panggilan telefon yg dr taun 2005, (masa tu aku pun  blom keja sini lg) nak wat camna, tempat kami nie takde benda alah yg tuk koyak kertas tu..yg manual pun takde, nak crik mesin lg la takde kan..pkai manual jugak la..tp guna tenaga manusia cam aku, k.ati n ipah....ehhh banyak pulak bunyik ang naa! yg  ang dok mkn gaji buta ja klu tadak pnggilan ang tak kira pulak!haha saja jer protes manja2..best sebenarnya... Btw terisi jugak masa kerja coz ptg tadi ada sukan, jadik deringan telefon tak la sehebat keja pagi....

Limited edition pnya gmbaq!Mamee Monster!!! tak smpt cover siong.haha..kertas pun dah sama kaler ngan baju!!
Aktiviti menggosok telefon lama, kira kitar semula la klu ada org dtg nak tukar.
Dok wat suka pulak..miss sengih!yg kt belakang tgh nyanyi lagu spider.
Action lebih si ipah nie..dah macam katun ujang
Garangnya!!!muka tak pueh ati abesss..
Poyossss..bjaya aku snap bontot abg nua.kihkih..
Mak ai semaknya..apa kejadah 5s cengini!
cun habis dah la tu..
buroknya ropaku..huhu..

Dalam dok borak2, gebang org utara cakap..mata pun tak henti la dok menilik tulisan orang yg dulu2 keja kat sini. Tapi skang dieorang dah transfer. Yang sempat aku jumpak dulu sebelum depa pindah ialah si mulut becok kak ita (rozita timan) dan kak sal (saloma). Walaupun dapat mengenali dua insan nie sekejap cuma, banyak jugak kenangan bersama depa yang masih lagi segar dan tak luput dek ingatan aku yg byk mkn kepala ikan bilis.haha..Lebih2 lagi kak ita, masih teringat rasa nasi ayam yang dia masak.Memang sedap! kalau pasal masak serah jer kat dia. Memang arif lagi bijaksana. Pendek kata apa je yang kak ita masak mesti sedap..Terbaekkk....Kak sal pulak kalau bercakap tak tau nak berenti..dengar je la celoteh dia. Laju ja macam komuter..Bab becerita memang bidang dia..Kak ita pun tak kurang hebat, dua2 memang macam pah bedah..

Belek punya belek lagi kertas taun 2006 punya, ternampaklah nama aku..wah skema gila tulisan..macam budak2 sekolah pun ada..tulisan kanak2  rebina! ( macam la tulisan skang lawa sangat )..pastu dengan sangat menghargai benda2 yg sentimental value, aku ambik simpan 1 borang tepon tuh..konon2 nak buat kenangan..17/10/2006 tu..baru ja 2mggu stat keja.Sangat terkenang detik2 pertama kali menjejakkan kaki di sini 4 taun dulu. Siapa sangka di posting jauh nun dihujung tanjung.. Hakikatnya disini aku dan suami banyak belajar tentang erti kehidupan, susah payahnya hidup sendiri, belajar berjauhan dari keluarga dan belajar berdikari. Memang banyak kalau nak dihuraikan satu persatu. Tak mampu rasanya..Yang penting disini aku temui kedamaian dan ketenangan, jauh dari hiruk pekok kota..walaupun sebenaqnya aku nie asal dari kampung!! (kata budak raja lawak),bukan orang bando pun...

Alhamdulillah dalam kesusahan dan kesempitan ada jugak kesenangan. Aku bersyukur ditempatkan kat kampung mak mertua aku. Kira ramai la sedara mara kat johor nie. Dua minggu pertama bekerja aku terperuk je kat dalam bilik. Lampu pulak terpasang sampai ke pagi. Dah namanya penakut..Rumah besar tapi dok sorang2, memang mati kutu aku dibuatnya..Bilik juga jadi tempat aku berehat, tempat aku makan (bersahur n bukak puasa, coz ramadhan time tu), memang segala benda aku buat kat dalam bilik jer! nasib baik la toilet takde kat dalam bilik, klu tak alamatnya memang tak keluar bilik jugak. Tu pun kadang2 malam nak buang air pun tahan tunggu hari siang baru keluar bilik. Bini sapala penakut sangat nie..Untuk senang aku berulang alik ke tempat keja, atuk suami aku pinjamkan motosikal dia. Nak jalan kaki dari rumah mau setengah jam jugak. Dah la preggy, terberanak jugak aku gamaknya..Tapi tu dia bunyik moto tu punya hingaq, senala pun dengaq dah..Malu memang tolak tepi,janji tak payah jalan kaki..

Kalau di imbas kembali masa mula2 masuk rumah, semua benda takda, nak masak kena tumbuk bawang n lada kering pakai batu lesung segala (batu lesung pun nenek yang bagi), time tu mana ada blander. Nak makan pun tak cukup mana la ada duit nak beli. Ye la keja gomen, 3bulan keja baru dapat gaji..Dapat keja pulak masa mengandungkan aiman..baru jugak kawen masa tu, memang muflis gila, duit pun tak sempat kumpul. Suami aku pun berenti keja n ikut aku dok kat johor, memang sesak sangat tak tau nak habaq..So tetiap kali duit abes bapak mertua aku yang jadik bank kami. Banyak jugak la orang tua tu berabis kerana aku n anak lelaki tunggal kesayangannya. Jasamu ku kenang abah.hehe..Hari2 balik keja aku tengok muka suami, suami tengok muka aku..Hiburan kami hanyalah memandang dinding n nyanyi menggunakan suara sendiri tanpa bantuan muzik. Nak basuh baju pun penat sungguh, nak perah semua pakai tenaga n kudrat. Kesian aku!! Lepas dapat gaji baru beli tv,dvd, mesin basuh n blander. Setahun kemudian baru dapat kumpul duit beli peti ais. Sebabnya aku ngan suami tak suka beli barang secara hutang. Alhamdulillah sampai sekarang, apa je barang rumah yang kami beli semuanya cash..Kecuali kereta la kan. Apa gila banyak duit ko nak beli cash??? Tapi kereta tu bukan kategori barang rumah rasanya..Ahh...hambik....

Ok dah..cukup2..dah lari tajuk dah nie..Kalau bab cerita memang serah kat ang la muni kan.Pasal kenangan ja 8 hari pun tak cukup..Toyyibbb..muni pun jawab, ye la klu dak apa guna SPM, BM aku dpt A1??? Huh..megah sangat la tu.........dah lari tajuk, kira fail!! malas dah cikgu karangan nak check....:))


* krd to k.atie coz jadik camerawomen n membenarkan hp die mengisi ruang mukaku yg agak poyo,krd jugak tuk ipah yg mengedit gmbar..pic nie pun aku songlap dr fb die..hehe tq korang!

3 comments:

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

alololo comel nya rupanya puan kutu ni.

Nastyna said... Best Blogger Tips

kenangan... baru dapat tengok wajah Puan Kutu. Lawa.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Barulah I tahu betapa semputnya bila orang menulis panjang berjela ya, PK. Sedih pulak I baca kisah pilu lepas baru kawin ni.... tapi sekarang dah happy, kan...