Pixajoy

Wednesday, September 28, 2016

Home » Restoren De Paradise Parit Buntar

Restoren De Paradise Parit Buntar



Lepas projek jejak kasih, kami sefamili singgah De Paradise. En suami ni la nak makan sangat shell out. Aku baru lepas pitam kena renjatan memang telan air liur je la. Taubat serik, tengok udang bergelimpangan atas meja pun tak terpikat.haha..

Rasanya dah bertahun tahun kami tak dapat kumpul 5 beradik complete semua macam ni. Bila tengok picture reramai sebak la pulak..dan dan teringat almarhum mak dan pak. Kalau mak dan pak ada alangkah bahagianya.sob..sob..sob..

Alhamdulillah bertambah ahli keluarga baru.

All of us

Lokasi restoren dekat Taman Wawasan sederet KFC. Kata Ain sebelum ni portion memang agak banyak dan apa yang aku tengok review di facebook pun macam tu. Hari kami pi tu macam tak banyak

Kami order Set apa kebenda ntah namanya tak amik port dah aku. Harga kalau tak salah around RM 70 something. Ambik 4 mangkuk nasi saja takda add sebab memasing dah kenyang. Rasa boleh tahan la. Harga berpatutan, servis pun ok.


Not bad aku sempat rasa 2 3 kepah ke siput apa ntah dengan jagung seketul je.huhu


Ehh mana kak pia..Kak Pia dah tertidur dalam kereta. Dia punya mengantuk dari Teluk Tempoyak at last tertidur jugak diriba Pak Njang. Orang makan sampai selesai pun dia tak jaga.






13 comments:

Siqah Hussin said... Best Blogger Tips

Shell out ada di mana-mana sekarang.. hehe.. siqah tak pernah cuba lagi..

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

shell out kah? sedapnyaaa..nape makan sikit? diet ehhh..

Qhaifa Nur said... Best Blogger Tips

Bila semua dpt berkumpul seronok PK...
Makan yg cam gini Nur tak try lg..nmpk sedap gak

Atie Yusof said... Best Blogger Tips

Seronok nya bila dapt berkumpul begini.. sesekali pasti happening..
shell out ni kan Sabah pun dah start popular..Tawau pun dah ado..hihi

Sue Bee said... Best Blogger Tips

Bila dah jejak kasih, memang secara rasminya kita akan gi jamu selera..

MisDiarios said... Best Blogger Tips

sedapnya shell out :D
alhamdulillah rezeki puan kitu
follow puan kutu #987
follow back and keep in touch yo puan kutu :D

husna zahidi said... Best Blogger Tips

ish3.. rugi kak pia.. bukan senang nak makan besar centu.. hihihi..
husna teringin gak tp tak jumpa tempat yg berkenan di hati sebab tak semua siput yg ada husna makan, jd rugi laa bayar mahal tp makan sikit jaa..

eita said... Best Blogger Tips

Best nyer kumpul ramai2 mkn..

raihanah said... Best Blogger Tips

wah shell out

nor azman said... Best Blogger Tips

Sedapnya

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Crita pasal pitam kena renjatan letrik tu kat mana? Pitam betul2 ke?

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Nampaknya mak jugaklah yg lum try shellout ni. Sampai la lah duk telan ayaq liuq bila tengok kengkawan tayang benda ni kat blog hihi....Mmg seronok noh dapat kumpul adik beradik reramai cenggini. Lepas rindu kat mak dan ayah yg dah lama tiada.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kita belum try lagi shell out ni, PK. Nak ajak anak-anak dan suami, mereka tak gemar. Mereka bertiga mana makan seafood bagai. Kalau dah kita sorang aje yang teringin, macamana nak bershell outnya! Kempunan ajelah rasanya, memang tak dapat!