Pixajoy

Tuesday, September 27, 2016

Home » Pengalaman Bersalinkan Aryan Nufael

Pengalaman Bersalinkan Aryan Nufael



Tiga bulan simpan dalam draft baru hari ni nak up kisah bersalinkan Aryan. Peram lama nak sambung punya malas. Aryan ni aku agak dah beberapa hari dah nak deliver sebelum due date, tapi tak jumpa lorong yang betul.hehe..

Hari demi hari berlalu baby tak menunjukkan tanda nak deliver. Semua sedia maklum ibu yang ada GDM tak dibenarkan bersalin overdue. Susah hati tu jangan cakap. Punya pulun tawaf shopping mall pastu kekal aktif berpuasa dengan mengemas mop lantai satu rumah konon nak cepat bersalin tapi sampai ke sudah baby sedap dok dalam perut.

Dua tiga hari sebelum nak kena serah diri tu dok rasa dah perut mengeras tapi ignore je la dah takda tanda apa. Sampai pagi Sabtu, 18hb6 due date, aku dah berserah sepenuhnya nak induce ke apa tak kisah, janji selamat, tak sabar sangat dah nak tengok muka baby. 

Pagi tu terus ke labour room. Masuk sana prosuder biasa kena timbang, check bp, kencing pastu bersedia la kankang untuk VE. Kata nurse doktor akan terus masukkan ubat untuk aku pagi tu jugak sebab sepatutnya kena serah diri sehari sebelum due date. Nurse RSAT bagitau suruh datang pagi due date tu mana la aku tau. Aku ikut arahan je.

Pagi tu mula kena seluk dengan doktor lelaki cina. Lepas seluk dia scan berat baby 3.6kg. Dia punya seluk takda la sakit, tapi bila dia robek untuk buka laluan tu boleh tahan seksa la lagi-lagi kalau kita dok mengeraskan badan. Kata doktor jalan dah buka 3cm so terus ke labour room untuk bersalin. Ohh Alhamdulillah lega la kali ni pun sama macam Afia dulu terlepas untuk induce masuk ubat kat bawah. 

Nurse bagi baju pink hospital suruh salin pastu keluar jumpa en suami bagi selipar dan segala barang. Masuk labour room kena bawa sepeket pad bertali dengan sekeping pampers saja. Pagi tu aku minum air dah kenyang, last makan mee goreng mak masa sahur. Tak sangka nak terus masuk labor room bersalin, aku budget macam kena rilex dulu kat katil hospital menahan kontraksi lepas dimasukkan ubat. Sebelum tu boleh la santai-santai makan dulu. Sepatutnya la kan.haha..

Keluar jumpa en suami aku bedal segala bekalan yang ada. Aku makan kurma, minum minyak selusuh, air zamzam dan air akar fatimah semua aku telan. Dah salam minta maaf dekat en suami minta doa dipermudahkan aku masuk jumpa nurse bersedia untuk ke medan perang, cheewah.

Nurse tolak dengan wheelchair masuk bilik no 1. Waktu tu aku tengok jam dalam pukul 11 lebih, belum pukul 12 tenghari la. Dia minta aku baring dekat katil yang disediakan pastu depa tengok segala detail tentang aku. Nurse datang buat BSP tanya aku dah makan belum..Aku kata aku makan kurma je.huhu..Kat dalam ni tak boleh makan dah, boleh minum je dia kata. Dengan konfidennya aku kata boleh kot tahan sampai petang. Pastu kena pasang ctg untuk pantau jantung  baby. 

Tak lama pastu datang dua orang doktor pelatih ke apa ntah, perempuan cina dua orang nak cucuk kat tangan. Lepas cucuk sorang seluk kata 3cm pastu dia kata jauh. Yang sorang lagi pulak seluk. Depa dok kata membran posterior apa ntah minta bidan pulak seluk. Aduh..tiga kali dah kena seluk bidan yang seluk tadi pun tak puas hati..Depa panggil doktor pakar untuk seluk sekali lagi. 

Datang doktor perempuan India seluk godeh2 nala punya sampai keluar air ke darah pastu dia kata setel. Bayangkan la baru kena seluk tadi pastu 4 orang sekaligus main seluk..naik senak aku ni oii. Gila punya kerja tapi nak buat macam mana kena redha.hahaha...

Dah setel sesi seluk aku ditinggalkan dengan bidan tadi je dok pantau ctg sambil taip detail kat komputer. Yang herannya dah buka 4cm masih tak sakit. Sebenarnya tak heran sangat pun sebab dia punya rasa sebijik masa bersalin Afia dulu..buka 4cm tapi takda kontraksi kuat. Aku memang dah boleh agak mesti kena induce pitocin. Dah bersedia nak hadap sakitnya tu macam mana. Harap aku boleh kontrol sakit. Masa Afia dulu memang tahap mengerang sebab sakit gila.hihi

Kali ni bersalin apesal ntah aku dok rasa nak kencing sesaja. First time aku kata nak kencing yang perempuan cina praktikal tu pasangkan tiub, seterusnya aku habaq nak kencing bidan yang handle aku kata kencing je kat atas katil..pasang tiub selalu pun tak bagus dia kata. Aku pun apalagi kencing la sepuasnya. Ada la dalam 3 4 kali aku kencing punya banyak basah habis katil. Maaf la misi, memang sungguh rasa nak kencing sesaja. Dah banyak kali beranak dah loose.hahahaha

Bila ctg tak cantik bidan yang jaga aku tu nak masukkan air. Waktu dia cucuk tangan aku mengaduh sakit..rupanya urat dah bengkak. Datang la nurse lain cari urat untuk cucuk semula. Tadi tangan kiri dah kena..baik punya dia belek tangan kanan aku dok kata urat aku jenis pendek putus-putus payah dia nak cari. Minta maaf ye saya cuba. Molek bahasa dia padahal dah tiga kali dia cucuk tangan kanan aku.hukhuk..

Sebab tak boleh juga, tak kena urat ke dia tak reti sebenarnya, datang sorang doktor perempuan melayu cucuk lagi sekali sebelah tangan kiri baru ok. So total kena cucuk 5 kali. Belah tangan kanan ni sampai seminggu bersalin lebam tak hilang. Kesan kena cucuk ni sakit dia lama woo tak hilang. Cobaan..cobaan..huhu..

Tak lama pastu seperti yang dijangka depa pun nak mula pitocin. Lama juga takda kontraksi kuat tapi nurse dok keep asking nak ubat tahan sakit tak. Aku tak sakit kot aku kata. Kata nurse ubat tahan sakit kena cucuk sebelum bukaan 6cm..kalau lebih dari tu depa takkan bagi dah, takut efek baby jadi laloq bila lahir.

Bila dah mula pitocin kontraksi pun dah mula rasa. Makin lama makin kuat..bidan pun dah bertukar shift. Yang jaga aku tadi bagitau dia dah nak balik, datang la bidan baru untuk pantau aku. Dia kata nak salinkan aku baju boleh bangun tak. Ye la dah banjir katil nala punya aku projek kencing.haha

Masa dok berdiri kat lantai nak salin baju pun aku dah tak tahan nak terkencing lagi. Dia siap tadah pakai baju hospital kat celah kankang aku. Banyak aku kencing sampai bidan tu surrender lepas baju pastu kata takpa kencing je la nanti saya bersihkan. Maaf noo tak tau pasaipa aku kena sawan kencing. Tak boleh tahan, baik kencing siap-siap sebelum dia masukkan tiub.hahaha

Lama pastu doktor datang check bukaan still 4cm. Dah pernah rasa sakitnya induce pitocin ni so takdelah nak nangis kecewa. Bidan tu kata jangan nangis dah tua ni buruk rupa. Aku dok tahan sakit la sampai senget muka bukan nak nangis.huhu..Dia tanya dah boleh kot bagi ubat tahan sakit. Kalau tak nak nurse kata dia akan tulis kata aku takmau ubat.

Ikutkan buat masa tu aku boleh tahan sakit tapi nanti dah buka dekat nak meneran kontraksi lagi menggila aku terus kata nak je. Nurse pun cucuk kat punggung. Lepas cucuk dia kata kalau mengantuk boleh tidur. Memang ada rasa mamai bila kontraksi hilang kejap..tapi takdanya boleh nak lena. Sakit tu selang masa kejap sangat..tak sempat nak lalok dah sakit balik.

Dah buka 5cm lepas doktor seluk godeh pastu doktor bagi masa sampai pukul 8.30 malam tengok camna. Baring je aku ditinggalkan sorang menahan sakit kontraksi. Kali ni baca doa nabi yunus dalam hati je..tak mau banyak buang tenaga sebut..dah la tak makan apa. Sepanjang dalam labour room bersilih ganti aku dengar suara baby..pastu dengar suara ibu meneran..hari tersebut memang ramai yang bersalin sama tarikh aku.hehe..

Makin lama kontraksi makin kuat..dah tak dapat bertahan rasa nak teran aku terus berkali picit emergency button. Kelam kabut depa tanya rasa nak teran ke..aku angguk je dah tak daya nak cakap. Then bermula operasi meneran. Nurse bagi arahan suruh kankang, jari pegang buku lali..bila kontraksi teran. 

Tapi taktau sebab apa kali ni aku macam ada masalah nak teran. Rasa susah teran pun ada. Banyak kali meneran dah banyak tenaga guna sampai dari sorang dua orang handle proses aku meneran tu tetiba je boleh jadi ramai sekali berkerumun datang masuk tengok aku teran. Aku dah tak berapa ingat dah masa teran ni nak baby keluar cepat je. Yang pasti ramai la dok berkerumun tengok.

Sorang doktor dok tekan perut bantu, pastu bidan tu pun aku rasa dok tekan kat bawah bantu baby keluar. Bidan tadi macam gaya nak marah dah takut anak lemas. Teran punya teran at last berjaya juga baby keluar. Tetap jam 5.59 pm dengar baby nangis. Lega..seperti yang dijangka nampak bebird. Baby boy!

Lama depa letak baby kat atas dada pastu bidan tu dok ajar pelatih perempuan cina yang mula-mula tadi camna cara nak keluarkan uri. Memang rasa dia godeh sana godeh sini..seluk kiri seluk kanan..atas bawah depa eksperimenkan aku tapi dah tak rasa sakit apa. 

Aku dok peluk dan tatap wajah baby dengan perasaan yang cukup indah sukar ditafsirkan. Yang merasa je tau kan. Bau dia masyaallah sama macam kita cium baby baru lahir, tapi berkali ganda kuat. Lega sungguh baby dah keluaq..nak buat apa pun lantak!

Dah siap eksperimen keluarkan uri bidan kata nanti saya datang..Nak pergi tengok jiran sebelah kejap. Aku pun dok berdua je dengan baby. Proses menenunnya belum lagi. Datang seorang nurse badan gempal kata nak jahit. Dia bagitau nak bius. Walaupun rasa dia tekan-tekan dan jarum keluar masuk tapi aku boleh kata tak sakit. Jahit sikit je ni kata nurse.

Lepas dah setel dipakaikan pad semua lama aku dok dalam labour room tu. Lagipun waktu berbuka sama kan. Kali ni memang lama baby dok dalam dakapan sampai dibersihkan dan disusukan. Masuk je wad wajib la snap gambar baby kan. Berapa banyak group whatsapp dok tunggu sibuk dah nak gambaq baby kan.haha..

Alhamdulillah baby comel kulit cerah dagu mengancam macam ibu.hakhak..



Hari ketiga baru aku up dilaman sosial. Berita gembira dihebahkan untuk pengetahuan sedara mara sahabat handai jiran tetangga kenalan jauh dan dekat. 


Terima kasih Allah kerana peluang 3 kali merasa sakit bersalin normal. Mana ada sakit bersalin yang tak sakit..mind set melalui pengetahuan paling utama. Bila kau bersedia fizikal mental dengan ilmu selain kekuatan doa dan usaha, Insyaalah proses bersalin akan jadi mudah. Nasihat juga ni pada yang baru pertama kali nak bersalin. Aku dulu pun masa anak pertama memang bodoh dan gabra.hehe..

Suka kata-kata yang aku tangkap di fb.. "Wanita umpama seketul granit, kecil comel tapi kuat". Bila kita semua mampu lalui sakitnya bersalin..Insyaallah proses membesarkan anak dipermudahkan dengan kesabaran.huhu









10 comments:

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Siksanya dengar orang sakit nak bersalin PK. Bab kena seluk tu mmg tak suka kan. Tapi nak buat macamana, redho ajelah serah diri.... GDM tu apa PK?
Setujulah dengan kata kata hang PK. Mana ada orang bersalin tak sakit? Mesti sakit ye dak? Tapi ada tau orang kata bersalin tak sakit. Boleh percaya ke? Mungkin dia tu jenis yg tahan sakit kot.....

Mak sebenarnya tak pernah merasa sakit nak bersalin. Sakit sikit sikit adalah.....tp bukan sakit yg sangat tu.... Patutlah jalan mak tak bukak agaknya. Tu yg terus operate tu agaknya.....

Memanglah kan, saat yg tak dapat nak digambarkan bila baby dalam dakapan kita dlm keadaan sempurna dan sihat.....
Bila nak beranak lagi? hihi

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Itu dia... betullah mana ada org bersalin tak sakit. Cuma bezanya lama dan cepat aje. Sakit tu tetap sakit. Tapi indahnya bila tengok baby sukar digambarkan dgn kata-kata. Jadi kalau nak marah kat mak/ibu/mama kena ingat susah payahnya dia nak lahirkan kita.

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Sakit masih ingat tahu-tahu si comel dah 3 bulan - dah cerdik kan:)

eita said... Best Blogger Tips

seronok bace pengalaman akak bersalin...

kite je yang takde rezeki lagi nak merasa saat macam ni..

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

hensemmm..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

GDM tu kencing manis masa mengandung.3 cukup la kot.hihi

SalbiahM said... Best Blogger Tips

seriau gak baca, almaklumlah orang takde pengalaman..tapi bila baby dah keluar tu memang perasaan yang indah kan..bilalah nak merasa

husna zahidi said... Best Blogger Tips

hahahahah husna baca cerita akak kat library, tersengih2 husna kat sini kak baca part sawan kencing tu.. part yg kena seluk tu pon dasat gak punya ramai test.. kebanyakan yg husna baca cerita pengalaman bersalin semua takut part kena seluk.. bersungguh akak cerita, suspend je baca.. huhuu..

paling best! bila dah sampai part aryan dah keluar, tetiba rasa sebak.. syoknyaaa tgk gambar aryan.. :* membesar dengan sihat dan kuat wahai aryan nufael.. ciom kit!

LydSunshine said... Best Blogger Tips

"Aku dok peluk dan tatap wajah baby dengan perasaan yang cukup indah sukar ditafsirkan." ~tersenyum baca ayat ni. Betul2 mengkhayalkan bila nampak muka baby selepas penat meneran kan? Saya masa Luth tak rasa perasaan tu sebab lalok dgn pain killer. Masa Yafith baru rasa perasaan tu.

Dah kenapa PK asyik kencing je. Banyak pulak tu. Sampai nurse pun surrender. Hahaha.. Minum banyak ke? Rasa macam tak juga kan? Maksudnya PK duduk dalam labour room berapa lama? Daripada pagi 18hb tu sampai kul 5.59 petang esoknya ke atau hari yg sama?

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Hari yg sama.klu hari lain jenuh ka tahan sakit silap2 kena czer.hahaha