Pixajoy

Tuesday, July 12, 2016

Home » Raya @ Alor Setar

Raya @ Alor Setar



Macam biasa raya pertama kami di Alor Setar. Kali ni adik en suami yang bongsu turn beraya di Langkawi, so cuma kami-kami je la. Menu raya nasi himpit kuah lodeh dan kuah kacang saja. Ketupat palas tentulah wajib, bersama rendang ayam, rendang daging dan rendang kambing. Orang pantang ambik bau sudah.haha

Mood nak bergambar pun sama lemau dengan orang yang melopong tengok segala hidangan raya. Apa pun snap juga kenangan Aidilfitri 2016 gambar anak-anak mana yang sempat. 


Dua beradik ni bangun punya awal. Mandi pun awal pagi semangat nak solat raya. Malam raya dah tido lambat. Naik pening bergusti siang malam. Belum campur hero sorang lagi kat Langkawi nuu..

Afia, Abang Icad dan Abang Aiman. 

Snap lagi depa bertiga

Susah betul bila dia tak nak bagi kerjasama bergambar. Takda satu pun picture raya pertama Afia yang elok. Ni dah elok peace lighting pulak tak cantik.

Mula-mula shawl hilang. Pastu tali pinggang..pastu baju..pastu spenda..Orang tak balik solat raya lagi dia dah bogel. Pakai baju raya sat sangat. Macam-macam kelaku Afia ni buat seisi rumah gelakkan dia. Lagi-lagi gaya cakap dia yang pelat tu semua jadi ikutan.hehe

Adik Mia alolo tomey. Berjaga kejap je pastu masa sesi bersalaman Damia dah lena. Orang raya la dik..awat pi tidur qado balik berapa hari punya tak nyenyak tidur siang kot. Nak tidur lama pun rumah dah macam oven.

Aryan pertama kali berbaju, dok Alor Setar panas selama ni pakai drypers dengan barut saja. Baju raya tahun depan la Aryan noo.haha..Kebetulan cuaca memang sejuk pagi raya tu hujan. Siang hari banyak pulak berjaga macam faham inikan raya. Saya nak beraya juga buat pertama kali.hehe

Abang Aiman dengan adik. Boy memang nampak cool tak tunjuk berlebihan sayangkan adik. Kalau Kak Pia all the time kira nak kiss Aryan je. Ibu tempik pun dia buat derk.Emm...

Punya payah nak snap depa bertiga. Muka Aryan dah kemana. Afia pengacau paling otai.hakhak

Tok Mat Tok Dah bersama cucu-cucu. Tak cukup korum Afi di Langkawi, adik Mia tidur. Insyaallah tahun depan bertambah sorang lagi cucu.

Cacamerba Family potrait. Tak ada baju raya shawl lilit. Baju berapa tahun lepas ntah bawa yang mana muat plus tak payah iron. Tudung ekspress hitam tu penyelamat. Namanya dalam pantang. Ni pun ok la kan dari berkain batik aje. Orang berpantang pun layak beraya juga.hehe


Disebabkan cuaca sejuk, raya pertama tu semua pakat lena. Mula-mula Aiman dikuti Afia dan Irshad. Aiman dan Irshad sakan punya lena sepanjang hari tak beraya kemana. Petang raya Afia ikut maktok dan Acik beraya..tu pun sebuah je rumah jiran. Esoknya raya kedua kita balik beraya di Penang pulak. Yey!





14 comments:

Norhayati Mohd Isa said... Best Blogger Tips

Akak pernah juga beraya dalam pantang PK..
Anak nombor dua tu..
Mak kata boleh lah makan rendang tu sikit2..
Laju jer akak mengambil makan hahaha..
masa tu dah 35 hari kot..
Jadi beranilah makan sikit..

Anak2 kecik memang susah nak bergambar PK..
hihihi jadi togel penyudahnya anak dara awak tu ye PK..
Panas sungguh kan sekarang ni..

Selamat hari raya buat PK sekeluarga..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Mak buat rendang daging lada hitam tak letak santan so sy makan la juga.dah 2mggu lebuh berani dah makan daging.yg penting kt bawah dh ok.haha

shasa_fiez said... Best Blogger Tips

Singgah baca! Selamat Hari Raya
Jemput singgah blog :)
Latest post: Ulang cerita raya 2016 - raya tanpa lemang http://shasafiez.blogspot.my/2016/07/ulang-cerita-raya-2016.html

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

selamat hari raya PK..
takpe aihhh caca merba pon..cun ajer sumernya..

anak zee lain plak..walaupon laki tapi minat giler kat baby..
raya aritu pantang baby datang umah, sumer dok pakat kerumun..

eima said... Best Blogger Tips

ok la tu dlm berpantang pun org bg raya .. mcm ai dulu langsung tak merasa pakai bj raya ... hahhaha

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

berhari raya dengan baby ye...afia comel lah..auntie geram

♥ aiNa yaZiD ♥ said... Best Blogger Tips

Selamat hari raya kak PK.. =)
Alhamdulillah, dpt jugak beraya walau msih berpantang. Yg penting meriah dgn kehadiran org baru!

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Kemain tu orang dlm pantang bergaya sama.. kata bj n tdung lama pun dlm gamba nampak cun melecun aje pK.. haha. Syabaas ada juga gambar raya walaupun dlm pantang. Ragam kak pia ni agaknya sebab dia mmg sayangkan sangat adiknya ni. Itu yg asyik nk usik dan kiss adik aje. Bagus akak mcm ni.
Sukala tok bila anak anak balik beraya ye, walaupun ada yg tak dapat balik tp yg yang lain masih ada, kemeriahan tetap ada tu. Tambah pula ada cucu terbaru ni. Ai, tahun depan kecoh la ye, Aryan dah pandai jalan, pandai jerit. Haha..

nini said... Best Blogger Tips

Comel la afia...suka tgk....aiman ikut muka ayahnya rupanya...afia ikut muka pk....si kecik x tau lagi....ekeke

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Selamat Hari Raya dear!
Afia dah comel apa gaya pun tetap comel dipandang mata
Lepas pantang boleh masak-masak macam hari raya - jgn bimbang:)

Myra Jay said... Best Blogger Tips

Suka tengok baju budak2 style kembang gitu..
Sesuai sangat.. :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Nampak seronok betul org dalam pantang bila tang balik Penang tu hihi....

Cantik weyh org dalam pantang bergaya dipagi Syawal walaupun sarung tudung hitam ja...baik baik.... kang Aryan dpt adik pulak hihi...

Cantiklah baju Afia tu PK. Ada gak hari tu tgk anak kpd sedara pakai baju tu. Warna pun sama. Online ka?

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

teringat time aida dlm pantang, beranak kan ijat 4 thn lepas.
aida beranak 8 ramadhan.
raya pertama tu kat umah mak tau.
memula mak tak bagi gi beraya umah makcik.
memang tradisi kami pepagi raya ke umah makcik lepas solat aidilfitri.
buat muka kesian, ok la mak bagi.
memang aida buat baju raya thn tu tau PK.
so memang make up seadanya... asben iron kan baju & tudung...
so gambo famili ok ajer la. mcm tak berpantang :) hi hi hi...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

salam aidilfitri buat puan kutu sekeluarga..
waa.afia pom pkai bju tutu peplum.. mmg trending la..