Pixajoy

Tuesday, November 18, 2014

Home » Beranak Dalam Kubur

Beranak Dalam Kubur



Sejak dua menjak ni aku rajin pulak tengok cerita hantu. Dari cerita thailand, cerita indon, cerita omputih, cerita melayu semua layan. Astro pun dok asyik tayang cerita hantu sapa suruh. Minggu lepas sempat tonton cerita beranak dalam kubur dengan Aiman. Anak bujang aku ni macam sedia maklum penakut budaknya. Rapat duduk dekat ibu pastu bantal sebijik tutup muka. 

Cerita ni takdelah seram mana tapi setiap kali hantu nak keluar Aiman mesti tutup mata dengan bantal. Dia mintak aku tukar channel tapi aku sedap layan cerita ni dari mula so alang-alang tengoklah sampai habis. Tiba-tiba sampai part si Diba kena tanam dalam tanah, dia sedar-sedar terus sakit dan beranak dalam kubur sebelum mati, menjadi-jadi pulak sedih Aiman.

Aiman : Ibu..cerita ni mula-mula seram, pastu sedih...

Dah nada sebak dia bagi. Aku bantai gelak.

Pastu teresak-esak dia nangis keluar air mata. Lama pulak tu. Biasanya kalau cerita sedih paling kuat pun bergenang air mata atau menitis air mata tanpa sound effect. Kali ni teruk dia nangis. Punya sensitif anak aku. Harap badan je sasa!


Gambar Aiman minggu pertama sekolah. Kejap je masa jalan dah nak masuk darjah dua. Buku teks darjah dua pun dah dapat. Exam sekolah kebangsaan ada peningkatan walaupun tak cemerlang, tak juga teruk resultnya. Sekolah Kafa belum tau lagi result. Kata Aiman budak kelas dia yang dapat nombor satu namanya Siti.

Aku : Ibu sekolah dulu tak pernah tau dapat nombor sepuluh keatas. Aiman tak teringin ka jadi macam Siti tu?
Aiman : Tapi Aiman tak mau jadi perempuan..

Tengok tu dia punya loyar buruk. Anak oh anak.. 









18 comments:

lia ummiirfan said... Best Blogger Tips

hihihi... kelakarlah Aiman ni..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. anti pun nk tumpang gelak Man.. pandai jawab ya..dah besar mesti nati ramai peminat Aiman ni, pandai melawak, ramai yang suka tau..

nurbijen said... Best Blogger Tips

Aiman, aiman... Boleh geng dgn Danish hati tisu...
Keh keh keh, ibu juga yg terkena...

tomato oren said... Best Blogger Tips

aku tengok citer berckap dengan jin...ko hadooo..hahahaa..ni pun berani sebab kucing kucing ada buat teman..kalau aku sorang kim salam aku ak tengokkk

Najib Ariyan said... Best Blogger Tips

ajar dia tengok kat youtube... banyak filem seram indon ada kat sana... full muvie lagi...

Najib Ariyan said... Best Blogger Tips

ajar dia tengok kat youtube... banyak filem seram indon ada kat sana... full muvie lagi...

nini said... Best Blogger Tips

alamak silap cara tanya da...hihi

eima said... Best Blogger Tips

Haha cerdik betui bls ke ibu die.....

Masya said... Best Blogger Tips

kikiki aiman² ada je jawapan spontan dia .. thn dpn dah darjah 2, jap lg nak khatan pulak ...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

haha.. aiman aiman...
xpe aiman.. x cemerlang x bereti x berjaya.. apa yang penting usaha..semoag trs ada peningkatan

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

hihi.sabaq je la.
ada jr jawapannya ye.
sy tgk jugak citer tu dlu.kalau x silap.msa tgh mengandung hari tu.
nitis juga air mata saat diba bersalin dlm kubur tu..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hahaha.... ibu lain kali kalau berbicara dengan anak macam Aiman ni kena hati-hati 'bina ayat'. Kan dah terkena diri sendiri. Betullahkan Aiman, tak salah pun ayat si Aiman ni. Ibu nak marah apanya!

Masa memang pantas, sekejap je dah setahun. Aiman nak naik Tahun 2, si Bubbly Abang saya dah nak naik Tahun 3. Sekolah Cina bukan mudah, saya tak mengharapkan anak cemerlang sangat sampai dapat naik pentas. At least dapat kalahkan berderet budak Cina dalam kelas tu duduk kat bawah Abang pun kira dah okey.

Samalah Aiman dan Abang. Harapkan badan je besar. Penakut. Saya pun sejak bulan Halloween tiap malam tengok cerita seram kat youtube. Sengih sorang-sorang tengahmalam. Hebat tak?

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

noe x suka tengok citer hantu...bunyi pun x suka dgr...hehehe...mak ai..sensitif aiman upanya....

aiman dapat no banyak...lebih dari sepuluh...ok la tu..

LiYa HaNiF :: said... Best Blogger Tips

besar dah abg aiman...
lama auntie tk jenguk sini... :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Okje suka gak tengok cite seram ni....
Tp paknya kurang suka, dah tu tak kasi pulak tu kalau kita beli CD seram....tak sangka pengecut mcm Aiman jugak haha....

Yelah PK mereka ni sekejap jer dah besarkan...tak terasa pulak kita membela mereka haha....

Nora Karim said... Best Blogger Tips

hahahaha jawapan aiman tu mmg sangat kelakar....

faris ni tak tau la mcm mana... sekolah pun blm tahu di mana... payah betul pindah randah ni!!

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Hahaha.. Tu jawapan dia? Bagusnya aiman..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Hahahaha.. tergelak plak saya baca alasan dia tanak jadi siti tu. mcm2.

Sedihnya sgt ye cerita beranak dlm kubur tu? Hati lembut rupanya Aiman ni ye.