Pixajoy

Thursday, October 20, 2016

Home » Aktiviti Homeschool Anak 3 Tahun

Aktiviti Homeschool Anak 3 Tahun



Lagi aktiviti homeschool Afia. Baru nak panas-panas enjin balik aritu bersalin cuti panjang.hakhak..Mana yang ibu snap ibu tempek ke kat sini.

Counting 1 to 5. Ambil gambar dari buku lama Abang Aiman, minta Afia kira pastu match numbers with pictures. Yang bawah pun sama, count and match!

Ni flash card Adik Aryan tetiba jumpa syiling dia pi susun. Another brilliant idea for homeschool. Takda sapa ajaq.hihi..

Classic Art! Collage A for Apple. Kemahiran menggunting dan melekat. Kena banyak sabar nak siapkan sebijik epal pun. Banyak main sungguh!haha..

Water Coloring. Fun sensory play. Bagi water color dan kertas lukisan tu awak tonyoh la ikut suka. Pakai span, pakai tangan, pakai cotton bud..up to you!

Messy scissors. Lambat ibu kenalkan Afia dengan gunting. Bagi gunting suka-suka je dulu. Nanti banyak aktiviti art boleh apply. Memang dia teruja dengan gunting, berterabur cebisan kertas merata, jenuh sapu.huhu

ABC stickers. Sesambil je kat opis. Good for motor skills, tracing ABC..tempek je ABC ikut urutan.

Pretend play, good for imagination and creativity. Bersilat iron chef siapkan order.hahaha..yang si abang pun join jugak jadi waiter. Ibu abah jadi customer. 

Sponging Activity. Dah lama dari last year beli sponge tapi tak terbuat.hahaha..Nampak macam aktiviti mudah je kan..tapi anak kena fokus dan mendidik sifat sabar. Pasni boleh cuba transfer air yang lebih adventure guna picagari dan straw pulak.

Messy play lagi. Depa yang request nak main water color. Nah tunjukkan aktiviti seni memasing!

Ni aktiviti wajib. Pengacau paling hebat abad ini, atas meja jadi kerja. Pantang tengok ibu buat kek, buat cekodok ke apa je dia la paling sibuk. Nampak remeh tapi antara kemahiran hidup yang perlu ada sebagai isteri solehah. Haa jauh dak pikiaq!hakhak..

Orang kata rumah adalah sekolah pertama, ibu bapa guru pertama untuk anak. Atas dasar itu ibu cuba luangkan masa dan tenaga untuk aktiviti homeschool anak-anak. Walaupun tak mampu konsisten sangat, pelan-pelan kita kayuh.






9 comments:

SalbiahM said... Best Blogger Tips

baguslah PK ni..so takdelah anak main benda sia-sia.sambil main sambil belajar. keep it up!

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Anak-anak yg punya ibu yg alert dan kreatif secara tidak langsung anak pun terangsang sama menjadi kreatif sama.

Bagus patut dicontohi. Anak kakak dulu dah tadika baru belajar pegang gunting.

AtieYusof said... Best Blogger Tips

wow! kagum lah PK ni..hehe..banyak tu aktiviti home schooling Afia... rajinnya.... :)

makchaq said... Best Blogger Tips

Memang teruja tengok apa yg PK buat ni...
X yah pi tadika pun mesti dah pandai..

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Anak2 kecil lebih suka belajar sambil bermain.

Umialya said... Best Blogger Tips

Jelesnya akak dgn pk, kreative & rajin sokmo...

nini said... Best Blogger Tips

Bestnya..... Kita selalu la pk nak buat hs apa kat si kecik tu...any idea ???? Hihi

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kalau tengok dari gambar, macam dah konsisten sangat si ibu ni. Memang banyak betul aktiviti anak-anak PK ni sejak kecil. Anak saya pandai menggunting masa umur 5 tahun tau tak. Itu pun kalau tak dapat kebenaran, jangan haraplah nak pegang gunting. Hah!

Unknown said... Best Blogger Tips

husna plak excited tgk depa.. Afia pon nampak khusyuk sgt, nampak interest dya nak belajaq.. best laa ajaq bdk² yg ada interest ni tak perlu nak pujuk berkali-kali..:D