Pixajoy

Thursday, October 09, 2014

Home » Aidiladha Di Lumut

Aidiladha Di Lumut



Raya pertama hujan turun dari pagi. Sebaik kaum lelaki balik dari solat raya, aktiviti yang ada cuma bertapa dalam rumah, makan-makan, lepak-lepak layan cerita Tamil dan membuta sepanjang hari. Nak beraya kerumah siapalah dekat Lumut ni. Jiran sebelah menyebelah pun buat hal sendiri. Kata en suami pertama kali beraya tak kemana, boring giler kot! Kalau kat rumah mak abah tu paling kurang pun mesti bertandang kerumah jiran.

Menu hari raya ketupat palas, rendang ayam, rendang daging dan bihun sup. Sehari sebelum tu dah buat nasi himpit kuah kacang dan kuah lodeh. Adik ipar aku ni kira cekap jugak bab masak. Mak cuma bantu sikit-sikit. Bab ketupat pun mujur ada menantu lelaki mak bantu buat ketupat palas, yang menantu pompuan nan sorang ni apa pun tak bley harap. Semua tak reti, makan je pandai.hakhak..

Dalam keadaan sakit teruk memang aku takde mood langsung nak pegang kamera. Jangan kata gambar keluarga, gambar anak-anak pun aku tak snap. Aku cuma pakai jubah mengandung yang tak perlu iron.haha.. Afia dengan Aiman pakai baju raya puasa je. Ni aku belanja sekeping gambar candid Cik Pia Notty sementara Abang Aiman dengan Abang Afi tengah beraksi bergambar dibelakang. 


Pagi raya kedua kami dah nak bertolak balik SP semula. Time ni baru sempat snap beberapa keping gambar untuk kenangan. Kalau nak tau Afi panggil Afia sebagai Nina. Sepanjang dekat Lumut Afi dengan Afia tak habis-habis bergaduh. Afi cemburu nak main apa benda yang Afia pegang, macam tu la sebaliknya..Budak-budak punya perangai kan. Yang si Nina ni pun kemain lagi tak dapat apa dia bantai jerit. Boleh tahan kaki pembuli tak padan dengan kecik.


Tengok Nina suka carry abang Afi naik basikal. 


Dah kenapa pulak muka abang jadi lagu ni!



Abang Aiman senyum kembang kuncup hidung..



Afi dan Nina...


Hug each other, nanti Nina datang rumah abang Afi lagi ye!


Anak dara takmau lepas anak teruna orang.hehe..





21 comments:

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Notty girl blh tahan jugak. Kecik2 cili padi yer :)

Unknown said... Best Blogger Tips

Amboi.. Lamanya hug.. Jangan lelama hug nina a.k.a afia, marah awek abg afi nnti.. Haha

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Wah, dah pandai naik basikal ye anak dara. Makin kiut miut dia.. PK dah sihat belum tu?

AtieYusof said... Best Blogger Tips

haha..amboi Afia, tak mau lepas peluk tu...hehe.. budak2 nak pisah msti sedih jg.. samalah kita PK, raya kali ni mcm tak meriah jg..sederhanan, tak jln mana pun sbb en suami kerja..huhu

Nastyna said... Best Blogger Tips

amboi kau nina, abang afi cakap nasib baik kau comel.. eheheheh buli jer la.

ida =) said... Best Blogger Tips

wahhh!!! bestnya dah pandai naik basikal!

bestkan tengok telatah anak2. sementara kecik2 ni, biar la notty2 manja. hihihi. nanti dah besar, tak boleh nak notty2 lagi

ida =) said... Best Blogger Tips

wahhh!!! bestnya dah pandai naik basikal!

bestkan tengok telatah anak2. sementara kecik2 ni, biar la notty2 manja. hihihi. nanti dah besar, tak boleh nak notty2 lagi

Umie Nadhirah said... Best Blogger Tips

abaang afi dah ada peminat~~ kite raya kat kfc je kak.. maklumla menetap di bumi perak, nak balik swak nun jauh disana...

LydSunshine said... Best Blogger Tips

afia dah pandai bawak beskal... kagum kejap. kemain rapat dia dgn abg afi dia ye...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

afi tu baru bgn tido ke... nmpk letih je

Umialya said... Best Blogger Tips

Amboi3, Afia...

eima said... Best Blogger Tips

beshnye menu ketupat palas tu ... ari tu ry haji tu tak merasa pun mkn juadah raya ...

CtAyue said... Best Blogger Tips

salam.. eheh afia pun dh besar.comel. hihi.. lama tak blog.. ni br nk tgk2 baca balik..hihi..

OKje said... Best Blogger Tips

ohhh ni kira beraya rumah adik ipaq le yeh....
Berlodeh jugak awak yeh PK mcm style Johor.... Peramah Nina, senang je berkawan...sok sok dah besar tak tentu lagi baik cenggitukan memasing malu!

lizz said... Best Blogger Tips

ololo geram sungguh nengok afia ni tau...dah beso dah dia..comel afia pakai dress gitu..suka tengok

Cikgu Ma said... Best Blogger Tips

waahhh...besaq dah anak dara munnn....hehe...

mintak isi pp abang aiman tu..

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Nampak hubungan mereka akrab betul. Ok juga panggil Nina sebab kalau Afia dah dekat dgn nama dia (Afi)itu yg dia lebih suka ambil nama ke duanya Nina. Sweet kan:)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Sama je kekdahnya raya kat KL ni, PK. Lepas kenyang makan, kita tidur. Itu jelah. Paling-paling pun tengok TV takpun TV tengok kita balik. Alahai, humblenya... bukan ke menantu perempuan yang sorang ni rajin memasak di dapur. Takkanlah tak expert lagi bab-bab masak raya ni. Mungkin sebab tak sihat tu, itu pasal sampai baju pegnen pun disebatnya. Huhuhu....

Cik Pia rambut dah curly murly depan eh... bukan main sehati sejiwa lagi dengan sepupunya ya tu si Fia tu?

Unknown said... Best Blogger Tips

paling tak best raya klau tak dpt pergi beraya memana.. rasa mcm bosan gila hidup.. hahaha.. sebab satu family dh tbiasa klau hari raya je mmg tak lekat kat umah.. nak mai kena ckp awal2..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Hehe. Mcm xnk bpisah dh tu

Anonymous said... Best Blogger Tips

raya2 ni budak2 ajelah yg terlebih happy...