Pixajoy

Tuesday, February 27, 2018

Home » Aiman Juara Lontar Peluru & Medal Pertama Afia

Aiman Juara Lontar Peluru & Medal Pertama Afia



Lama tak cerita kisah Aiman kan. Tak tahu nak cerita apa..orang dah besar ni banyak menyendiri, banyak simpan perasaan, selalu kena marah dan selalu kena beralah. Nasib anak sulung. Kadang-kadang ibu sedih juga tak boleh beri perhatian pada Aiman macam dulu, tapi jauh sudut hati, sayang ibu sama je..cuma sayang tu dah kurang tunjuk dengan perbuatan. Dah..dah..dah buat ayat sedih pulak kan.hahaha..

Ok nak simpan sini juga antara pencapaian Aiman di sekolah. Tahun lepas pun Aiman juara. Tahun ni juara lagi. Bila dah juara, Aiman mewakili sekolah dalam acara lontar peluru, lawan dengan sekolah-sekolah lain tapi takda rezeki menang. Last year bagi alasan tak makan..tahun ni dah makan pun kalah ye Aiman!haha..

Takpa semangat bertanding tu penting. Pengalaman tu tak boleh dijual beli. Ibu tetap bangga.

Afia bila tanya masuk acara apa tak tau dia kata.hehe

Kira Afia Kanan Aiman punya

Sijil penyertaan

Ni medal last year


Cikgu whatsapp picture tapi tak nampak rupa Afia pun.

Semua gambar dari jarak jauh ibu tempek juga buat kenangan.

Budak ciwi ni pertama kali dapat medal

Sekolah hari seterusnya dia kata cikgu suruh bawa, ibu macam pelik tapi biarkan je la. Balik sekolah dia kata cikgu cakap tak payah bawak pun ibu.  Dah bagi takkan cikgu nak minta balik kan. Tu la ciwi sangat.hahaha..




3 comments:

fiza linolie said... Best Blogger Tips

Kan... Anak sulung selalu beralah. Apa2 pun, menang atau kalah. Aiman tetap hebat. Tak semua orang boleh wakil sekolah taw. Tahniah buat Aiman dak kak pia... Geram tengok kak pia aihh...

Hans said... Best Blogger Tips

wah tahniah untuk kedua2nya
bagus aktif dalam olahraga

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tak sia sia Aiman menyadokan diri selama ni, tu dia dapat medal! Tahniah Aiman moga terus dapat kumpul medal. Mana tau satu hari jadi pelontar Peluru Negara kan....

Si Ciwi pun aunty nak ucap tahniah jugaklah walaupun cuma medal sukaneka hihi