Pixajoy

Friday, February 09, 2018

Home » Homestay Murah Langkawi

Homestay Murah Langkawi



Sebelum kelaut dalam mari review homestay kami menginap masa di Langkawi tempohari.haha..Ni kira kali kedua kami stay dekat Homestay Pondok Indah, area Kedawang best suasana kampung.

1st time dulu kami dok dekat bilik kecik kali ni rumah yang besar sikit ada dua bilik fee semalam RM 250, ada ruang tamu dan dapur overall sangat puas hati berbaloi dengan harga. Gambar rumah dari depan lupa plak nak snap tapi contact number owner dan gambar dapur luar semua boleh refer entry SINI.

Tak banyak la aku perlu story pasal Pondok Indah ni semua boleh refer entry terdahulu.

Santai petang

Aryan sado in action

Laman luas boleh beriadah. Raket badminton disediakan boleh ambil di dapur luar.

Tu paling kanan tu dapur luar


Jom tengok suasana dalam rumah. Ada dua bilik, 1 dapur, sederhana besar setakat 2 3 famili boleh muat.

Ruang tamu

Meja makan sebelah sana. Tu pintu ke dapur.

Bilik tidur sama besar, dua katil queen, fasiliti semua sama. Disediakan iron, toaster, kettle dan periuk nasi elektrik. TV dan bilik air disediakan setiap satu dalam bilik.

Bilik 1

Bilik 2

Ada iron board, hanger baju pun banyak.

Dapur

Dapur again

Bilik air

Shower 

Recommended. Siapa ke Langkawi mencari yang murah dan berpatutan must try. Sila call owner dulu tau untuk booking.






3 comments:

Juls Julie80 said... Best Blogger Tips

salam ziarah & follow sini... blh la try menginap di sini kalo gi langkawi nnt.. comel anak2nya.. hihi :)

Hans said... Best Blogger Tips

not bad
nampak selesa juga

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Simple je homestay ni. Tapi kemas dan tersusun.

Last saya pergi Langkawi lawatan sekolah menengah, tingkatan 2. 😂