Pixajoy

Tuesday, May 15, 2012

Home » Dedikasi Hari Guru

Dedikasi Hari Guru




Guru satu tugas yang sangat mulia. Setiap guru adalah hebat dan menjadi idola anak didiknya, profesion yang bukan calang-calang kerana mereka mampu jadi apa saja setiap waktu! 

Waktu pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE.
Waktu budak nak bertanding apa-apa acara.. cikgu jadi JURULATIH

Waktu  aktiviti KH.. cikgu jadi PETANI.
Waktu  kutip yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN.
Waktu  RMT.. cikgu jd PELAYAN.
Waktu  budak sakit.. cikgu jadi DOKTOR.
Waktu ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR.
Waktu  hias kelas.. cikgu jadi PELUKIS SENI.
Waktu  persembahan hari guru.. cikgu jadi KOMPOSER.
Waktu  baiki kerusi rosak.. cikgu jadi TUKANG KAYU.
Waktu  budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jadi TUKANG CUCI.
Waktu  budak mencuri.. cikgu jadi DETEKTIF.
Waktu  budak buat persembahan... cikgu jadi PHOTOGRAPHER.
Waktu  perkhemahan.. cikgu jadi TENTERA.
Waktu  hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM.
Waktu  gotong royong sekolah... cikgu jadi TUKANG KEBUN.
Waktu  masuk waktu solat.. cikgu jadi TOK IMAM.
Waktu  budak bergaduh.. cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH.
Waktu  budak sakit kecemasan.. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS.
Waktu  merentas desa.. cikgu jadi POLIS TRAFIK.
Waktu  banjir kat kampung masa SPM cikgu jadi PENYELAMAT.



Dengan Ucapan SELAMAT HARI GURU 16 Mei 2012


Buat semua rakan blogger yang berprofesion guru, Kak Nza,Kak MP, Kak Salmi, Cikgu IraCik Sal, Tengku PuteriCikgu Ma, Cikgu Gen2Merah dan yang lain-lain yang tak tersebut namanya.


Buat abang aku, Abang Pin, Kawan baik aku Jia, Elly dan suami, Semua kawan-kawan yang memegang gelaran cikgu, Sepupu-sepupu aku, Kak Chaq, Abang Mi, Kak Niza dan semua guru-guru sedunia!


Buat semua guru yang pernah mendidik aku, Cikgu Yah (Cikgu Tadika), Semua guru di SK Sg Setar, SMK Sg Acheh dan semua lecterur di Uitm Merbok, Terima Kasih atas segalanya. Saya Sayang Cikgu!



* Masih malas nak BW inform pasal url baru. Nak buat semula bloglist, makan masa berbulan-bulan rasanya dengan mood yang kena penyakit pasang surut. Nuffnang dan Alexa pun tergendala dek bb semput. Uwaaa...









21 comments:

NzA said... Best Blogger Tips

TQSM dear di atas ingatan....

Ce'gu JAERA said... Best Blogger Tips

terima kasih kak atas ucapan penghargaan ini... juga buat semua warga pendidik, salam Hari Guru.. moga kita semua menjadi seorang pemimpin yang berkarisma kepada anak2 bangsa

eita said... Best Blogger Tips

selamat hari guru pada yang jadi guru..

~Sal Ismail~ said... Best Blogger Tips

*mekasih Puan Kutu..terharu~ ^^

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

slamat hari guru buat semua guru...

tahniah kutu dikao tetap ngetop dlm carta ;)

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

kaann...cikgu versatile namanya tu.hihihi

Tengku Puteri said... Best Blogger Tips

tima kasih kak! terharu..kihkihkih...

fieda said... Best Blogger Tips

selamat hari guru buat semua yg bergelar guru..

Unknown said... Best Blogger Tips

selamat hari guru jugak pada yg berikut..;)

pelan2 kak..hehe..

syiela said... Best Blogger Tips

selamat hari guru pada seluruh warga pendidik

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Lama dah kakak tak boleh masuk blog PK baru hari ini dapat...

Guru sekarang besar cabarannya...

sal ya said... Best Blogger Tips

waktu rmt kat sekolah anak2 buah akak cikgu takde pn jdk pelayan.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

selamat hari guru utk smeua guru2..

laa dah tukar url lain pulak ke... sy duk tekan puankutu.blogspot.com.. nsb baik tgk kat fb smlm.. hihi

Jue said... Best Blogger Tips

slmt hari guru buat smua guru! diaorg sgt ohsem
#kenangan ngan guru trus berputar-putar di kepala hihi

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

Selamat Hari Guru...Rindu PK...

puanbee said... Best Blogger Tips

kutu bee lupa nak ckp , lepas dah pakau URL lama ni , kutu boleh buat url baru puankutu tu , tapi dengan syarat kutu import semua entri , save dalam laptop , dan nanti setitng url baru , eksport balik entri ke dalam blog url baru , faham tk ?

hyz said... Best Blogger Tips

rmt tu ape eh?

MulutPayau said... Best Blogger Tips

tq dear atas ingatan...terharu sangat..

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

selamat hari guru... :)

teringat kat arwah abg ipar, masa hari dia meninggal pnuh jalan dgn anak murid dia.. :(

Unknown said... Best Blogger Tips

dari satu tugas..seorg cikgu boleh menjadi macam2 kan =)

selamat hari guru juga buat mereka2 yg bergelar guru

Unknown said... Best Blogger Tips

keranamu, cikgu