Pixajoy

Tuesday, May 22, 2012

Home » Blog dan Persahabatan

Blog dan Persahabatan



Tak tahu hendak bermula dari mana. Terasa kerdil dan tidak layak untuk bercerita tentang pengalaman kerana Ini Cerita Puan Kutu baru setahun jagung. Blog tintong ini masih bayi, tidak mampu merangkak lagi, entah bila boleh bertatih, jauh sekali berlari mencari tujuan dan keyakinan dalam berblog. Masih banyak pengalaman yang aku mahu timba. Aku tidak pernah berniat untuk menjadi terkenal, mahu blogku dikenali atau membuat duit dengan blog. Melalui penulisan, aku harapkan apa yang aku kongsikan sedikit sebanyak memberi pengetahuan, pengalaman, dan hiburan buat pembaca. 


Blog aku pada dasarnya berkisar cerita peribadi, terselit juga kisah satu-satunya anak aku Aiman, fakta, tips anak, resepi masakan dan apa sahaja yang aku dapat melalui pembacaan yang aku rasakan menarik aku akan kongsikan bersama. Minat menulis sejak dulu aku adaptasikan dalam blog. Aku ada juga kongsikan puisi yang aku cipta sendiri. Aku juga pernah menulis mini novel online namun entah dimana silapnya Kisah Cinta Misae & Shin Chan terkubur begitu sahaja. Jiwa aku sudah tiada minat untuk berkarya, aku akan sambung ceritanya suatu hari nanti, mungkin! 


Walaupun hati pernah terdetik untuk menulis blog lama dulu, Ini Cerita Puan Kutu hanya wujud Januari 2011. Rutin harian yang semakin membosankan dan ruang masa yang banyak membuatkan aku terbuka hati untuk mempunyai blog sendiri. Berbekalkan video dari youtube, aku belajar bagaimana cara membuat blog. Sejarahnya waktu mula blogging, aku menulis dan tidak berharap ada yang membaca kisah kehidupan aku. Aku rajin BW tapi sekadar menjadi silent reader dan langsung tidak merasa keseronokan persahabatan maya. Aku masih jahil dan hidup dalam dunia blogging aku sahaja. Yang aku rasa cuma perasaan syok sendiri kerana dapat jadikan blog sebagai medan penulisan. 


Melalui pembacaan, aku semakin banyak belajar tentang blog. Perkara asas mengenai blog, ranking alexa, nuffnang dan sebagainya aku cuba buat semuanya dalam blog aku sendiri. Pendek kata aku banyak mempraktikkan segala tutorial yang ada. Aku terfikir untuk mencari nama timangan yang unik dan membolehkan diri di ingati. Nama Puan Kutu lahir secara tidak sengaja. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku menang dalam satu contest dan hadiahnya domain peribadi selama setahun. Dapatlah aku merasa pengalaman berdotcom.


Baru-baru ini apabila terpaksa renew domain, aku terfikir untuk terus kekal dengan blogspot. Bukan berkira soal modal yang sedikit, tetapi aku sudah mula hilang keghairahan terhadap blog. Angin bosan sering wujud. Ia kemudian berlalu dan datang semula. Walaupun begitu, semangat aku tak pernah luntur kerana sikap ambil berat sahabat blogger semua. Bermula dengan suka-suka akhirnya dengan blogging terbinalah jaringan persahabatan yang cukup luas walau tidak pernah bertentang mata. Mengenali rakan maya sekelian sungguh besar nikmatnya pada aku.


Tidak sesekali akan aku kuburkan begitu sahaja blog ini. Kalau dulu aku begitu ghairah dan rasa perlu update setiap hari, sekarang aku ingin lebih santai dan tidak membebankan kepala. Aku lebih utamakan waktu berkualiti bersama anak dan suami. Aku tidak mahu mengabaikan keluarga hanya kerana dunia blogging yang selalu melalaikan aku. Kalau punya masa dan mood yang baik aku akan update, kalau tidak aku selesa hidup di dunia realiti dan melupakan sekejap dunia maya.


Banyak sekali kenangan manis dan hadiah yang aku terima dari Giveaway dan Kontest yang aku sertai. Bukan hendak membangga, tapi rasa syukur kerana kebanyakan kontest yang aku turut serta dimana tidak menilai secara cabutan bertuah rasanya 80% aku menang. Dari hadiah domain, wang ringgit dan berbagai lagi yang membuatkan aku senyum hingga ke telinga. Pada yang memberi cenderahati kerana aku menjadi top commentar di blog mereka, ini semua kenangan yang sangat manis sekali. Penghargaan itu yang membina ukhwah persahabatan yang hanya kita sahaja faham.


Aku sangat fokuskan tali persahabatan sesama sahabat blogger. Melalui kisah hidup kamu semua, rasanya aku lebih mengenali rakan maya sendiri dari orang-orang realiti yang wujud di sekeliling aku. Selagi ada komunikasi dua hala, selagi itu nama aku akan wujud dikotak komen entri kamu semua, Insyaallah. Sahabat blogger datang dan pergi. Namun yang terus kekal hingga kini adalah mereka yang istimewa dalam hidup aku. Kamu tahu siapa kamu.




Jom kongsikan pengalaman korang sebagai blogger dengan menyertai "Giveaway Papan Kekunci Dot Com 2012"








   

33 comments:

chii said... Best Blogger Tips

x kisah la domain berbayar atau yg percuma..as long muni masih sudi dlm arena blogging..da ok, masih boleh lg utk chii dan yg lelain berkongsi maklumat =)

ehem..bercerita ttg sin chan dan misae tu..chii ternnti2kan gak sambungnga nya..

FEDO said... Best Blogger Tips

Relationship bah kan.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

oo domain tu sbb muni menang ek.. ingat mmg sebab muni yg nak.. mksd saya beli sendiri..hihii

hyz said... Best Blogger Tips

dr x penah kenal pn kutu... tetiba melekat dgn keletah si chubby... hehehehe eh ni entri join giveaway ke ape? hahaha

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

aku sebenarnya dah lama nak tnya ko pasal domain tu kutu..belum sempat tanya ko dah pakai blogspot balik..haha..adehh..

tengok entri ko ni cam emo plak aku rase.haha..macam intro pengenalan baru nak berblogging pon ade.erkk...banyak point2 ayat ko tu ade gak macam apa yang aku rase..

"rindu citer aiman ni"

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

salam Kak.. ya, saya pun ada perasaan macam tu.. semakin lama semakin hilang mood dengan blog.. Itu sebab sepanjang sebulan lebih saya menyepi pada bulan Mei lalu.. bagi saya blog ni buang masa, dan sringkali mengabaikan rutin2 harian kerja saya..

namun atas kunjungan dan pertanyaan daripada sahabat blogger lain, baru saya terfikir.. Betapa dahulu alangkah susah payahnya saya membina empayar blog sehingga memmpunyai ramai sahabat alam maya ini.. tiba2 saja saya ingin tinggalkan segalanya macam tu jaa..

Itu sebab saya kembali demi untuk kawan2 dan sebagai hobi sampingan.. Cuma keaktifan saya tidak sederas sebelumnya.. Lihat lah, entri saya pun sekadar2 simple dan ringkas jak.. asalkan saya sentiasa keep in touch dengan kawan2 semua..

selamat kembali berkarya kak.. Kim salam ngan aiman yang comel yaa...

NzA said... Best Blogger Tips

rakan2 maya adalah rakan2 yg trhebat krn mrklah sumber kekuatan dikala kita kesedihan, mrklh yg sering mendoakan kejayaan n kebahgiaan kita......mrk hadir disaat kita bahagia n gembira.....mrklah penghibur hati tnpa mengira masa....

LYAfrina said... Best Blogger Tips

masing2 ada sejarah tsendiri kan.. lya pon bmula dgn suka mbaca blog2 org.. slps tu..lya cuba buat blog sendiri.. main redah j..mnulis pon hnya utk tatapan peribadi. tp x sangka lama kelamaan ada org y sudi mbaca coretan hdup kt.. byk mnfaatnya... asalkan kt gunakan ruang sbg blogger dgn sbaik mgkin

shark said... Best Blogger Tips

sahabat baru dtg kenalkn diri disini:)..

Farah Shamsudin said... Best Blogger Tips

kak, patutla rasa macam jarang nampak akak update entri baru. saya juga begitu. bila ada masa, baru update. banyak habiskan masa dgn en kanda. yelar, sy dahla kerja.. bilanye nak ada masa kan.

izan mama mia said... Best Blogger Tips

singgah baca karangan kat sini...

tehr said... Best Blogger Tips

Blog memang boleh menjadi terapi yg bagus
Banyak perkara yg boleh dibuat
Rakan juga tiada hadnya

Shahrul Anuar said... Best Blogger Tips

teruskan blogging...selamat berjaya :)

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

masa awal2 hanie bukak blog dulu, mmg menyendiri jugak, masuk tahun kedua dan seterusnya sampai skrg baru bersosial dan mmg dpt rasakan persahabatan tu walaupun xpernah berjumpa...


setuju dgn kutu, xperlu ghairah nk update setiap hari. kite buat bile kite lapang dan mampu ;)

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

gudluck kutu !

rase nk join je.. ;)

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

patuh lah nak masuk blog tak boleh sebelum ni.. Saya pun tak pernah terfikir nak ada dot com. Blogspot ni pun dah cukup. Dulu saya lagi teruk tak pernah blogwalking. Bila dah lama baru saya faham. Kalau tak blogwalking org tak tau. Pernahlah ada org tulis di shoutbox dia kata blog saya menarik tapi tak ramai follower. Macam syok sendiri. Menarik ke? kelakar juga dgr. Saya pun ambil jalan mudah buat GA. Mula2 tak ramai yg join. Tapi yg kedua dan ketiga oklah. Hadiah pun simple je ;) memang ada peningkatan Follower's tak semua yg betul2 Follow kita. Follow dan senyap pun ada ;)

alang2 ada blog apa salah masukkan Nuffnang. Baru-baru masuk dah dapat status glitterati. Seronok juga. Sambil menyelam minum air. Apa salahnya.. Org nak bagi duit free.

tapi mmg saya buat blog untuk simpanan peribadi. Saya tak ramai Follow org sebab rasa malu pula bila Follow org tu mesti tak Follow balik. Melainkan yg Follow saya kalau saya rasa blognya tiada unsur yg tidak baik saya akan Follow kembali. Bukan nak salahkan diorang. Bila jadi macam ni kita susah nak jadi kawan. Bila sama2 ikut perkembangan baru terasa mesranya... betul tak? Ini cuma pandangan peribadi...

BP Boy said... Best Blogger Tips

sokong dua ratus percent!!
tak sangke friendship yg wujud lagu blog boleh jadik sweet..
sbb masing2 saling kongsi citer kan.. so otomatically dpt kenal2 wlupon tak penah jumpe..

Marya Yusof said... Best Blogger Tips

As salam Murni,

Don't stop blogging!!! Pleassssssseeeeeeeeee (sambil tarik-tarik baju..hiks)...

Saya suka kwn dgn awak w/pun xpernah bersua... Sgt betul, kita lebih mengenali rakan blogger kite dr org2 disekeliling sb bila kite masuk blog org seolah2 kita masuk dlm rumah dia, masuk dlm life dia...

Just don't push urself, buat yg termampu shj... Syg dgn ukhuwah yg terjalin, syg dgn masa yg tlh dibazirkan... Jgn biarkan ianya terkubur k...

Semoga berjaya dlm Giveaway tu :)))

Marya Yusof said... Best Blogger Tips

Lg satu, saya suka dgr cerita ttg aiman tu, nnt nak jumpa & peluk dia leh tak...hehehe... Take care :)

anisalya said... Best Blogger Tips

apa yang penting tak abaikan diri sendiri ye muni.

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kakak pun tidak pernah menjadikan blog sebagai satu kemestian. Kakak jadikan blog sebagai hobby sebab itu even nuffnang pun kakak tak apply. Kakak punya blog just plain... tanpa header... tanpa iklan bagai... semuanya betul-betul titisan nurani kakak...

Che Rosliza Che mat said... Best Blogger Tips

Cik Rose jadikan blog sebagai hobby sahaja...Tapi kalau ada masa terluang memang lama mengadap blog hihihi....

Masya said... Best Blogger Tips

kadang² susah nak masuk blog muni sebab link yang lama tak boleh masuk terus... sudahnya kalau muni datang blog saya baru saya masuk balik link blog muni...

good luck..

syiela said... Best Blogger Tips

saya berblog untuk meluahkan rasa, menjalin ikatan dan masa selebihnya kat rumah

gud luck PK

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

sama la ngan saya pun..aktif lam dunia blog bukan kerana wang ringgit atau ikln2 nuff smua tuh..tp atas minat..drp dok ngumpat ..sembng tak tentu fasal baik kita berblog ..leh tambh kenalan..leh dptkan mcm2 info dll lagi..
teruskan menulis di blog yer murni@ pn kutu...:)

ecadwinkyasha said... Best Blogger Tips

maybe,bgi eca yg still single ne.blog boleh ceriakan eca balik...jdi,xfkr sgt nak cri bf...duit pun xkuar sgt nak beli topup,nak g dating....tumpu blog.skrg ne guna blog tuk cri rezeki.alhamdulillah,family restu dan paam hidup seorg blogger.hahaha...

everyone keep waiting ur update sis...even sekadar cerita ttg keluarga,itu sudah cukup untuk berkongsi kan?..asal saja penulisan ttg apa saja,itu sudah jadi satu karya...hehehe

puanbee said... Best Blogger Tips

Blog adalah segalanya , tapi segalanya bukan blog

apa aku mengarut ni kutu , syukur kutu tak buang terus blog , sedih bee tau kalau kutu terus berenti ...

memang bila dah mula berblog , hidup kita agak terumbang ambing kena pandai cr masa ,dan time untuk berblog

Norsalmi said... Best Blogger Tips

Akak pun aktif dlm dunia blog utk menambah kenalan.. Maklumlah, dunia akak hanya di sekolah & di rumah.. Alhamdulillah, dengannya akak bukan shj dpt kwn baru, malah dpt jumpa kwn2 lama..

Pen Biru said... Best Blogger Tips

so now dh kembali ke blogspot la ...patutla sy tak dpt apa2 update dari blog awak..

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

Patut le lama menyepi sampai sumaiyyah tertanya2....

apa2 pun bagi akak.... perkenalan kita memang ikhlas...

Jue said... Best Blogger Tips

aku bc dgn penuh perasaan sbb aku rs hmpir kesmua blogger mesti pnah melalui saat kegemilangan, saat merundum smpi rs nak tutup blog
bila ingat blk lucu jugak..tp bila dpt btahan, wala!

eh memang x contest tu?

Alif Ismail said... Best Blogger Tips

salam..

lama tak singgah blog akak kutu nih. singgah je terbaca artikel yg menyayat hati ni...

memang tak disangkal, melalui dunia blog ni, kita dapat kenal ramai insan2 yang mungkin jauh lebih baik dari insan yang berada di depan mata kita...

teruskan berblogging akak kutu..!!!

izan mama mia said... Best Blogger Tips

panjang entry..hihii..