Haritu ada cerita kan yang kami tukar tempat penginapan. Malas dah aku nak ungkit pasal Purnama mengambang tu.hahaha..
Sebenarnya sebelum kami ke Pangkor, en suami dah pernah call owner Nipah Mas ni, so nak mudahkan kita daripada mencari tempat lain..jom ke chalet ni je la. Nak mandi laut pun dekat je jalan kaki.
Kami ambil dua bilik owner kata kira cincai RM 180. Murah la kan sebilik RM 90 sahaja. Rate sebenar RM 110 sebuah. Bilik yang kami menginap kira ok berpatutan dengan harga. Nak selesa bayar lebih la kan. Bilik air bersih, aircond sejuk, tu je yang penting. TV aku laki bini tak heran..dah bertahun kot tak layan sangat TV.
Nipah Mas ni tempatnya kedalam sikit. Ada signboard tapi kalau nak senang boleh direct call owner tanya. Rupanya Nipah Mas ni bersebelahan je dengan Purnama Beach Resort. Dapat bilik baru perasan.huhu..
Sempat lagi snap. Namanya blogger.kiki
I katil queen
1 katil double dacker
TV kotak bolehlah asal ada
Bilik air bersih
Jom Aryan sado dah siap nak pegi mandi laut.
Kalau korang nak tempat budget untuk bercuti di Pangkor boleh call owner Nipah Mas, Puan Ima ditalian 017-5602849.





































