Pixajoy

Monday, August 03, 2015

Home » Tarikh 2 Ogos 2015

Tarikh 2 Ogos 2015



Tarikh istimewa, harinya berlalu tak ada yang istimewa. Terima kasih pada semua yang menitipkan ucapan selamat hari lahir dan mendoakan yang baik-baik untuk kebahagiaan aku sepanjang tahun. Semoga Allah membalas yang baik-baik juga buat kalian.

Jumpa kawan sekolah ambil barang aku order beliau hadiahkan set berus dan blusher. Alhamdulillah birthday present yang tak dijangka. Aku baru nak mula rajin mekap balik. Pengaruh group whatsapp la ni semua pakat nak menyegak. Lama dah tinggal lipstik eyeliner maskara sejak dah ada anak kecik tempek bedak baby je.haha. Cik Pia rasmi dulu, penuh merah satu muka dia punya touch up. Dekat dahi pun tonyoh!



Tak ada celebrate apa. Nak buat kek pun tak kuasa untuk diri sendiri. Nak beli kek pun rasa tak perlu kot. Lepas raya poket pun dah kering, gaji lambat lagi.hahaha...Cuma birthday girl teringin kuah lodeh, ni yang sendiri masak, takkan nak mintak mak mertua pulak masakkan. Macam tumpah minyak pulak gambar ni. Tapi ya ampun, nikmat sangat dapat makan. Kena la dengan selera tekak aku. Inikan raya.hakhak..


Afia berlari nak ambil botol air minuman macam mana boleh tersungkur berdarah bibir. Menangis merap la kejap. Bengkak bibir birthday girl  yang genap 2 tahun 3 bulan ni. Kesian memang kesian, tapi tak siapa buat, sendiri lari sendiri jatuh. Nanti sembuh la sayang ye. Budak baik memang macam ni la gayanya sesekali dapat sakit.


Apa orang kata selpiaq. Kali ni saja nak tempek wajah yang ada kajian mengatakan wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun. No make up no editing, muntah! Aku tak suka pun selfie, ya ampun sungguh nak tayang wajah sendiri dilaman sosial pun malu, tapi masa ni pertama kali cuba pakai tudung Yuhanis baq hang, tu yang jakun sket. Tak suka tekan pangkah.muahaha..


Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah yang sentiasa melimpahkan rezeki kesihatan yang baik, rezeki kemudahan urusan yang tak pernah putus dan rezeki ketenangan hati yang tak ternilai dengan segala apa matearilistik duniawi. Semoga ini semua terus mengiringi aku sepanjang masa. Ameen!








16 comments:

Wak Lat said... Best Blogger Tips

selfie mak, jangan tak selfie., ;)

Wa said... Best Blogger Tips

Heppy Belated Birthday Siss....moga murah rezeki sokmo2..

umminani said... Best Blogger Tips

Happy bithday puan kutu. Semoga panjang.umur dan murah rezeki selalu.

eima said... Best Blogger Tips

happy belated birthday ....muka cik pia sebijik ko wei

mak jemah jual vitamin said... Best Blogger Tips

comeiii selfie, sikit lagi nak irasa yuhanis baq hang hehehe

Unknown said... Best Blogger Tips

hepi belated besday PK..

lieyalatif said... Best Blogger Tips

laaaaaaaaaaaaaaaaaa cik puan kutu...kite share besdei yeak....len kali kite leh potong kek same2 ni hahahahaha.... alhmadulillah sihat dan dipanjangkan umur tuk jumpa besdei tahun ni kan...harap2 tahun depan pun begitu jugak....

selamat hari lahir cik puan kutu...moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dlm keberkatan Allah taala...in sha Allah....

pssttt..besdei hasben lieya plak 5 ogos...tgh penin nak suprise kan die balik ni hhaahahaha..takde keje lain laa laki bini dok suprise2 ni ....

Unknown said... Best Blogger Tips

selamat hari lahir Aunty Kutu... Sumaiyyah cakap

Sue Bee said... Best Blogger Tips

birthday PK rupanya..happy birthday, moga panjang umur n murah rezeki selalu.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

hahah..betol la kot..lya nk tgu next year, tgk cntik sempurna tak.. kiki...

btw,
selamat hari lahir kak..
smoga trs dikurniakan ksihatan y baik hendaknya..amin

SalbiahM said... Best Blogger Tips

selamat hari jadi Puan Yuhanis, eh Puan Kutu...hehe

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

selamaat hari lahir pk
satu jalan dgn rania la jugak ye.. hihihi

aamiin

alahai sian cik pia..
harap dh baik la ye

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Oh, alahai... birthday ke besan? Awat leh lupa ni. Sorrylah yerk. Happy belated birthday yang ke-31 tahun. Tak sangka sebaya aje kita ni. Huahaha...

Semoga sentiasa hidup diredhaiNya dan dipermudahkan segala apa urusan di dunia ni. Bagus dah tu PK hidup penuh kesederhanaan yang penting hati senang, otak pun tak serabut ~_^

P.S. Kita pun 2,3 hari ni teringat lodeh aje. Nak buat, nak buat tapi kerja postpone. Maklumlah I ni kan ... faham-faham ajelah kalau kena masak *_*

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Happy belated besday PK. Moga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... amin...

Unknown said... Best Blogger Tips

hahaha cik pia pon saka ye..p tonyoh muka ibu nuu.. buat experiment sikit..:p

OKje said... Best Blogger Tips

Laaa....bezday hang ka PK?
Hepy Bezday PK walaupun terlambat ucap.....Moga hang panjang umuq, murah rezeki diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa dalam rahmat Allah...
Wowwwww.... comey, anggun, natural beauty gitu ....sebijik muka Cik Pea...