Pixajoy

Tuesday, August 04, 2015

Home » Alkisah Kuih Raya

Alkisah Kuih Raya



Tak habis lagi ke kisah raya? Saja la nak menyelit kuih raya dah terlanjur ada gambar. Aku kalau datang sawan snap, macam ni la gaya.hehe. Tahun ni memang aku tak order langsung kuih raya. Beli pun tak. Hajat hati nak buat bagai dua tiga jenis tapi last minute baru cari barang kuih, dah hujung puasa makin lemau jadinya. Pulun salin resepi kemain, at last habuk pun tak ada.hehe

Pun begitu beberapa hari sebelum nak balik kampung aku ada bikin kuih. Bahan semua sedia ada kat rumah, yg cup ni pun entah tahun bila aku beli dari bazirkan, jadi la biskut sarang semut. Kejadian sarang semut ni memang fail. Kembang semacam sarang aku, pastu manis sikit kuih ni. Aiman bawa ke sekolah untuk jamuan raya laku oii. Kawan-kawan Aiman kata sedap. Alhamdulillah nyaris aku nak campak masuk tong sampah je.haha..


Samperit susu aku sempat buat dua adunan. Satu adunan untuk kami, satu lagi adunan bahagi setengah bawa ke Alor Setar dan Nibong Tebal. Seperti yang dijangkakan memang laku sangat kuih ni. Anak sedara en suami suka betul. Kejap je sebalang licin. Ingatkan nak buat lagi satu adunan lepas raya bagi depa bawak balik tapi dah tak sempat depa nak mai rumah, kira tak ada rezeki la. Tahun depan pulak Insyaallah ibu long buat banyak sikit ye anak-anak!


Ni dia muruku tersedap aku pernah makan. Tak tipu memang sedap gila! Walaupun muruku aruah mak antara yang terbaik didunia, tapi yang ni pun tak kalah, rasa herba dia memang terbaik, nak explain pun tak tau! Mak dan kak kawan en suami buat, kawan en suami bagi rasa pastu dengan tak malunya en suami mintak beli. Padahal oang tak jual. Buat untuk makan raya je. Lepas dipujuk dapat jugak RM 10 satu tin milo ni.haha..Kejap je licin dok krup krap krup krap depan TV. 


Kerepek bawang ni pun sedap tau. 5 kg en suami order. Kemain punya banyak seplastik, nala punya kami melantak. Aku bawak balik untuk raya dua rumah, selebihnya memang kami anak beranak je ngap. Dari sebelum raya smapi lepas raya selagi nampak depan mata selagi tu makan. Alhamdulillah tak bazir, seminggu raya dah clear.


Cik Pia hidung kembang sedang menikmati samperit susu. Kat rumah mak pengasuh pun dia kira kerjakan habis kuih raya rumah orang. Mana sedap dia pulun sungguh. 


Mak ada juga bagi muruku, kuih siput dan popia sira gula untuk kami bawa balik. Jadi la buat tambah koleksi kuih raya masuk balang cukup enam jenis. Tapi yang sadisnya sendiri isi kuih, sendiri yang melantak. Habis memang dah tak ada tetamu yang bertandang kerumah. Sedap tak sedap pun licin aku kerjakan.







19 comments:

Lea Ismail said... Best Blogger Tips

rajinnya buat.lea tahun ni buat tak order pun tak. balik kuching borong adik punya biskut sebab dia tokei biskut

SalbiahM said... Best Blogger Tips

memang biasa tuan rumah yang perabih kuih raya pun, bukan tetamu..

eima said... Best Blogger Tips

suka pakuda tu sedap... tahu i tak merasa pun nk makan...mak menakan tak buat ... huaaaaa

umi alya said... Best Blogger Tips

Akak rehat sekejap bikin kuih raya, stok butter + planta dah abis, nnt beli lain ntuk tambah kuih raya yg dah makin licin..

Sue Bee said... Best Blogger Tips

Habiskan jgn tak habiskan..rugi nnt kang membazir

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

kerepek bawang this year x beli xdan nak pi dah.itu yg gigih mengcookies

semperit susu mmg best..

ppstt: pk, mai la umah kt kl, ahad ni nk buat makan2 sikit.. blh potong kek dgn rania, sekali..

ros_reeza said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum kak.. Selamat hari raya dari Ros.. Minta maaf andai ada salah bicara sepanjang kita kenal ;)

ros_reeza said... Best Blogger Tips

Tahun ni tak buat langsung kuih raya. Sibuk hal pindah. Lagipun tak nak kejadian tahun lepas berulang... Bukan main beli barang barang nak buat kuih. Tapi tak terusik . Huhuhu

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

budak-budak suka betul semperit susu..kalau tengok senarai kuih raya tu kan..saya suka kerepek bawang..nyummy

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Oh, alahai! Ingatkan saya seorang aje yang takda kuih raya! Tapi kita kalau kata takda, memang takdalah. Tak kuasa nak buat sendiri. Dah namanya spesies pemalas di dapur, jangan haraplah. Kalau ada tetamu datang, kita bagi aje coklat yang banyak tu. Rare juga tau. Jauh buat coklat raya ~_^

Eh, by the way, takyahlah nak datang rumah! Coklat import dah habis. Keh3x.

Sebab itulah saya kalau beli kuih suka pilih yang sedap betul aje. Sebabnya mudah ~ saya yang kena pulun bagi habis. Kalau saya tak habiskan, memang nasib tong sampahlah akhirnya. So kiranya tahun ni saya takdalah membazir banyak. Dah kuih raya pun tak dapat beli!

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Rajin la juga buat tu... saya pun alhamdulillah dpt la tiga jenis.... eh cik pia dok ngadap kuih raya tu mmg sedap bangat la tu.. heehhe

mak jemah jual vitamin said... Best Blogger Tips

sedapnya semperit susu tu, mj kalau biskut ni tak berapa minat tapi kalau semperit memang suka:) juga tak terkecuali maruku tu hehee

LYAfrina said... Best Blogger Tips

tahun ni semua tunjuk2.. xde buat...
lg pon oven xde... klo ade jadi jugak kot

husna zahidi said... Best Blogger Tips

jenis maruku ni mmg laju kak.. ralit sikit boleh abeh satu bungkus..:p
raya tahun ni pon kami tak beli kuih raya..adik husna je gigih buat.. dya kalau bab tu rajin lah..hehehe..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Saya lak kuih raya yg beli semua bw balik jg. Kat rumah sendiri tak sedia pun sb tahu xda tetamu yang nak datang. Tapi hari ni ada pulak tetamu alahai segannya sb xjamu biskut raya utk tetamu..

LydSunshine said... Best Blogger Tips

RIndunya kat CIk Pia. Tersenyum manis dia bila makan samprit susu ye.

ida =) said... Best Blogger Tips

Rajin! Saya x pernah buat kuih raya sejak kawin.... Kikiki. Bujang2 dulu buat la. Tolong mak. Teringin juga la Nak buat sejenis Dua tahun depan. Time Tu Aleesya mesti x mengempeng lagi. Harap2 dpt la buat sbb dh janji dengan Adam. Kikikiki

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Raya dah habis tapi kuih raya akak ada je lg PK. Hihi..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Samalah....cheq pun tak beli kuih raya jugak...Buat mana reti ja ....Jadilah...janji dapat bagi mak sana ngan mak sini, sudah! Tengok pun tau sedap maruku tu....tetiba mcm teringin nak makan muruku...