Pixajoy

Saturday, November 14, 2015

Aktiviti Homeschool Afia



Lagi aktiviti homeschool Afia. Yang mana ada gambar ibu tempek je la kat sini untuk perkongsian.

Learn 1 to 10.. Pakai kotak dan cawan kertas. Afia matchkan ikut nombor, sebut dan kenal nombor. Suka dia buat ni beberapa hari juga ulang buat sampai jemu.

Ni DIY number flashcard ibu buat ada letak titik pada nombor ikut bilangan. Afia akan guna manik kira pastu letak pada titik. Apa ibu cakap belit ni. Harap refer pada gambar tu fahamlah ye.haha

Board puzzle ni selain untuk kenal ABC 123..bagus untuk motor halus juga. Boleh belajar warna sekali. So far Afia dah boleh hafal A to Z secara teratur cuma ada dua tiga huruf dia suka skip.

Aktiviti bermain dengan water colour lagi. Kali ni siap buat cop tangan. Comel tak tangan si bambam umur 2 tahun 6 bulan ni.

Yang ni ABC boxes ibu panggil. Ibu lekatkan sticker ABC pada penutup botol pastu tulis ABC pada kotak tab untuk Afia matchkan. Penutup botol ni boleh buat untuk huruf besar dan huruf kecil.

Dulu masa ibu buat homemade playdoh Afia masih kecil tak pandai sangat nak main. Nampak colour clay ni kat kedai RM2 terus rembat. Suka Afia main minta ibu buat macam-macam bentuk. Beberapa hari asyik nak minta main ni je. Habis semak satu rumah pastu bertabahlah kalau jumpa melekat sana sini kat lantai.huhu

Aktiviti mewarna tapi lebih kepada menconteng je la kan.hehe.. Nak bagi Afia biasakan pegang pensil dan dan untuk praktis menulis je pun. 

Nanti kalau rajin ibu update lagi aktiviti homeschool Afia ye.








Friday, November 13, 2015

DIY Puppet & Puppet Stand



Nak buat finger puppet pakai felt tu kena keluar modal kan. Lagipun skill menjahit tak berapa nak ada. So terhasillah puppet tak seberapa camni. Aku lukis dan kaler pastu potong lekat dekat kotak. Guna chop sticks en suami je ni kasi salotape.hehe..

Lukis bodo-bodo camni je Afia dah suka.

Puppet Stand pun simple je. Janji ado!

lebaq senyuman si anak dara

Let's story telling 





Thursday, November 12, 2015

Khory Steamboat Grill & Yong Tau Fu



Lama tak update noo. Sebelum mood kelaut semula meh review aktiviti makan-makan dulu. Last week kami ke Restoren Khory Steamboat Grill & Yong Tau Foo. Harga dewasa RM 15.90, kanak-kanak 6 hingga 12 tahun RM7.90. Adalah digalakkan booking dahulu sebelum datang. Kami pertama kali kan..so memang terjah je la. Masa sampai banyak meja dah reserved.

 Alamat, nombor telefon dan peta lokasi.

Sila percaya ni pertama kali kami ke Restoren Steamboat. Jakun la sikit nak setting dan pilih apa nak makan.hakhak

Ibu watermelon juice, Aiman dan abah order Ice Lemon Tea.

Si bujang ni melantak nasi goreng pastu dah tak daya la nak makan banyak. Rugi anak oii.

Antara yang kami bedal malam tersebut. Aku pilih kuah tomyam pastu rasa menyesal pulak tak ambil sup, pedas Afia pun tak boleh makan. Nak makan dua kali tak daya dah. 

Sos Yong tau foo dia memang sedap. Sos lain biasa saja. Kira puas hati la..harga pun ok. Cuma bagi aku yang kemut ni rugilah makan style steamboat, bukan boleh makan banyak, makan sikit dah kenyang. Harga kan ikut kepala..better makan yong tau foo biasa tu pun lagi puas hati kot.huhu





Wednesday, November 04, 2015

Afia dan ABC Sticker



Adoi sejak dua menjak ni awat taktau ibu asyik nak bermalas-malasan melingkaq dengan bantai. Makin dilayan makin menjadi pulak. Ada banyak aktiviti homeschool yang nak share tapi tu la tengah tak berapa nak rajin update blog.

Hari ni jom tengok dulu simple activity yang Afia buat masa ikut ibu ke opis. Melekat dan tampal sticker ni antara aktiviti yang bagus untuk fine motor skill. Guna ABC Frozen sticker je ni..bagi sehelai kertas pastu minta Afia lekatkan sambil sebut ABC ikut turutan.



Ibu nak nenen..haha..Buat tak berapa minit dah nak iklan.huhu..Lepas nenen ingatkan tak nak teruskan aktiviti, dia sendiri pulak minta nak sambung lekat. Apa aktiviti pun ibu tak pernah paksa Afia. Kalau dia nak stop or tak nak buat ibu akan try ajak dia buat bila dia dah bersedia.

 Ok kita sambung.




Nampak kan dia punya semangat. Mula-mula nak lekat ikut urutan ABC tu..pastu dekat bawah dia punya suka je nak tampal apa huruf pun. Layankan aje..

Siap..Jom posing dulu!



Yang penting kita enjoy!