Pixajoy

Sunday, March 18, 2012

Cerekarama Warkah Cinta Mat Rock





Malam tadi aku berjaya tak hanyut sekali bersama Aiman dibuai mimpi. Lepas tidurkan Aiman, aku bangun lipat kain. Sempat gak layan Cerekarama Warkah Cinta Mat Rock (WCMR) dari mula sampai habis. Cerita yang agak menarik hingga ada rakan facebook aku kata drama ni lagi bagus dari Ombak Rindu. Pujian tak menahan.keke. Drama ni dilakonkan Sharnaaz Ahmad, Nur Fathia, Nabil, Zarynn Min dan Ezani. 

WCMR mengisahkan Eddie (Sharnaaz) mat despatch berjiwa rock tegar jatuh hati pada Nina (Fathia) eksekutif di syarikat tempatnya bekerja. Orang sekeliling menganggap Eddie dan Nina tidak sesuai bersama namun Nina menyenangi Eddie yang selalu menghiburkannya. Kerana salah faham, Nina menghina Eddie tanpa belas kasihan. Eddie mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas cintanya ditolak. Dia meninggalkan sekeping warkah buat Nina. Malang menimpa, Eddie kritikal di hospital kerana kemalangan. Kuasa cinta mengatasi segalanya. Warkah Eddie ternyata punya aura tersendiri sehingga Nina berjaya menyedarkan Eddie dari koma.


Ye ye je aku buat sipnopsis. haha.. Aku suka tengok mak Eddie yang sempoi bergua lu dengan anak sendiri. Layanan Eddie dekat mak dia pun gila cool. Bestkan, siapa tengok malam tadi?












Saturday, March 17, 2012

Garlic Bread & Campbell Mushroom Soup



Hari ni pagi-pagi dah belasah nasi lemak kerang dengan ayam, so tengahari aku memang tak ada selera nak makan nasik. Bagaikan mengantuk disorong bantal jiran depan rumah bagi dua tin sup campbell. Kebetulan hari ni aku dengan Aiman nak keluar shopping beli barang dapur, aku beli roti gardenia sekali.  Belasah buat garlic bread dengan roti gardenia. Skip lunch terus makan petang je. 




Selama ni kalau makan dekat Pizza Hut Aiman memang suka Mushroom Soup. Tadi aku masak yang dalam tin katanya tak sedap. Roti pun dia makan sikit je. Mungkin juga sebab Aiman dah kenyang. Mana taknya dia dah belasah macam-macam sampai rabak poket aku. Dah la tengah bulan belum gaji. hiks..


Alhamdulillah kenyang. Sekarang bolehlah BW sambil kentut sebab terlebih makan garlic.haha.. Oh ye sebelum tu nak tunjuk wallpaper yang aku pakai sekarang. Aku ekceli tak suka pun tukar wallpaper, dah bertahun pakai yang sama je tapi sebab budak ni comel gila sampai tidur malam mimpi dapat anak secomel dia, aku pun tukar. Jangan curi buat wallpaper korang pulak, dia milik aku sorang je! kahkah..





*Takde motif sungguh up entri ni.hehe..









                                               


Friday, March 16, 2012

Budak 8 Tahun Ketagih Rokok




Kisah paling comel terjadi di negara jiran kita, Indonesia. 


Tahun lalu kita digemparkan dengan cerita budak sihat berusia 2 tahun Ardi Rizal. Tadi menonton berita TV3, budak 8 tahun Ilham Umar yang seindah namanya pula mula berjinak dengan ilmu menghisap rokok ketika berumur 4 tahun. Kini dia menjadi popular dengan sekelip mata hanya kerana berjaya menghabiskan dua kotak rokok sehari.


Kehebatan Ilham ialah memecahkan barang-barang jika tidak dibenarkan merokok. Dia juga menggunakan cara ini untuk meneruskan minat mendalam dalam arena mengeluarkan asap di telinga. Bergaya sebagai gangster, dia tidak mahu ke sekolah dan menghabiskan masa dengan merokok serta bermain. 


Gila cool jadi Ilham sebab dapat mak bapak yang gila penyayang!




  









Thursday, March 15, 2012

Rancangan Realiti On Air



On Air sebuah lagi rancangan realiti terbitan Astro yang mencungkil bakat baru dalam bidang pengacaraan TV dan penyampaian radio. Aku sempat menonton siaran ulangan beberapa episod. Bermula sekitar 25 Januari lepas aku rasa program menarik ni seperti kurang dipromosikan pula. Mungkin juga disebabkan kebelakangan ini aku kurang menghabiskan masa menonton TV. Mana tidaknya, rutin menidurkan Aiman seawal jam 9malam sudah seperti rutin menidurkan diri sendiri sebenarnya.hehe..  


Aznil Nawawi dan Suhaimi Sulaiman  merupakan teraju utama On Air. Seronok melihat dua bakat besar ini menurunkan ilmu dalam menggalas cabaran memberikan perkembangan positif untuk industri hiburan tanahair. Eceh ayat tak boleh blah. Menariknya lagi, peserta diberi cabaran berdepan dengan orang ramai dan cabaran wawancara spontan bersama selebriti atau orang terkenal yang dirahsiakan. 


Dalam episod yang aku tonton semalam, memang kantoi sebab ada yang tak kenal pun siapa dia Dato Ramli MS. Rozita Che Wan pun kemain gedik dengan aksi menggoda salah sorang peserta. Setakat yang aku tengok, ada yang betul-betul berbakat dan ada segelintir yang hanya menarik pada rupa paras. Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, harapan aku pengalaman Pak Nil selama 22 tahun dalam bidang pengacaraan akan menjadi mentor berkaliber melahirkan protoge yang hebat seperti dirinya. Sekali lagi ayat poyo.


Untuk menonton pelbagai aksi menarik peserta lelaki dan wanita dalam menghadapi realiti cabaran On Air sila tekan siaran 104, setiap hari Rabu rasanya. Kalau informasi aku bagi ni salah pun korang tengok je siaran ulangan, macam tak kenal je siapa astro!haha..


* Sakit tekak menyerang. Suara dah berubah sedikit macho..:)