Friday, January 06, 2012
Kuasa Cerita Pada Anak
Siapa antara korang layan Rancangan Adik-adikku? Petang semalam aku sempat tengok kepetahan dan kelincahan adik-adik dalam berpidato. Dalam pidato peserta juga menyanyi dan bercerita. Mereka menggunakan teknik penceritaan dan ini berjaya memukau bukan sahaja anak kecil, malah orang dewasa. Kata ustaz yang menjadi juri, bercerita boleh menyihir orang. Pada zaman dahulu, bila tabib hendak merawat pesakit, tukang cerita dipanggil untuk bercerita supaya pesakit tidak merasa sakit sewaktu pembedahan dilakukan. Hebat kan kuasa cerita?
Alkisah semalam Aiman suruh aku cerita. Tiba-tiba idea spontan datang untuk bercerita kisah Pinocchio. Aku bukan ingat sangat kisah tu, yang aku tau Ponocchio berkisar tentang cerita puppet yang nak jadi budak lelaki. Bila dia menipu hidungnya akan jadi panjang. So aku aplikasikan kisah Pinocchio versi aku sendiri. Aiman pun sangat seronok mendengar ibunya kelentong.haha..
Sampai dekat part hidung Pinocchio jadi panjang sebab menipu, Aiman bersuara "boleh kita sidai baju, kita sidai kain..".haha tengok melalui cerita Aiman boleh berfikir diluar kotak, sedangkan aku cerita Pinocchio adalah seorang budak yang malas mandi, tak buat kerja sekolah dan menipu dalam setiap perbuatan. Bercerita juga boleh merangsang minda anak untuk berfikir secara kreatif.
Seperti yang aku pernah beritahu sebelum ini, adakalanya kanak-kanak lebih faham suatu arahan dengan bercerita. Tak perlu mengarahkan secara formal, tapi teknik penceritaan yang menarik akan menimbulkan semangat dan motivasi kepada anak. Ini memang aku praktikkan sebab Aiman sangat suka mendengar cerita. Penglipurlaranya tak lain tak bukan tentulah ibu.kihkih..
Melalui kisah Ponocchio tadi, aku beritahu Aiman yang kita tak boleh menipu, menipu itu berdosa, tak boleh malas dan sebagainya. Kisah Pinocchio itu akan memberi motivasi pada Aiman untuk rajin belajar dan menyiapkan kerja sekolahnya. Teknik penceritaan boleh membuatkan anak mengikut sesuatu arahan. Anak akan menimbang semula untuk menipu atau bercakap bohong. Begitulah kuasa cerita. Aku cuma share apa yang aku praktikkan. Kalau salah tolong tunjukkan..
Thursday, January 05, 2012
Makanan Ringan Berbahaya
Seperti yang kita semua sedia maklum, makanan ringan adalah makanan yang tidak sihat untuk kesihatan. Dewasa ini kita dilambakkan dengan pelbagai jenis makanan ringan dan makanan sejuk beku yang dikatakan mudah untuk disediakan. Secara jujurnya aku juga penggemar makanan ringan, tapi aku sentiasa mencuba untuk meminimunkan penggunaannya dan tidaklah menjadikan ia sebagai menu harian. Sekali sekala teragak baru makan. hehe..Benda sedap siapa tak suka kan?
Sebagai ibu bapa kita seharusnya peka terhadap pemakanan anak-anak. Menyuntik kesedaran akan keburukan makanan ringan itu sangat perlu. Lemak trans atau lemak tak tepu yang terkandung dalam makanan ringan boleh mengundang masalah kesihatan terutama di bahagian jantung dan otak. Apa yang aku baca di akhbar Utusan Malaysia Selasa lepas, kajian terbaru di London mendapati makanan ringan bukan sahaja merosakkan gigi dan menambahkan berat badan tetapi ia turut merosakkan otak.
Bahan kimia lemak trans yang ditemui dalam makanan berminyak dan makanan yang diproses menghantar isyarat bercampur serta merosakkan otak. Ini menyebabkan keupayaan otak untuk mengawal selera makan berkurangan. Pada dasarnya dengan makan makanan ringan, otak lama kelamaan semakin tidak berupaya dan tidak sedar apa yang telah dimakan serta membuatkan seseorang itu terus lapar dan makan.
Fobia jer dengar.hikhik..Kalau korang nak tau, restoren di New York dan Switzearland mengharamkan hidangan makanan yang mengandungi lemak trans. Kat Malaysia? Bak kata orang Johor, berlubur(banyak) kat pasaraya.haha..
Nur Yasmin Dalili
Ini kira macam anak aku gak tau, sebab anak bestfriend aku. Korang layan je gambar ni sambil aku berangan dapat baby girl yang super comel macam Yasmin.
![]() |
| Oh tuhan cepatlah bagi Aiman adik.haha.. |
![]() |
| Pakar buat belon. Anty uncle semua boleh?hikhik |
![]() |
| Cantiknya mata Yasmin.. |
![]() |
| Sangat Comel... Sila segera datang rumah aku ye Elly! |
Wednesday, January 04, 2012
Kasut Baru
| Gambar tahun lepas, tahun nie tak nak berbedak dah. Tahu takut.haha.. |
Aku asyik buat entry dalam keadaan tergesa-gesa sampai aku tak sempat nak masukkan gambar. Entah apa yang aku kalutkan aku pun tak tau.haha..Banyak yang aku tak sempat ziarah lagi, sory ekk slow2 aku blogwalking. Biar lambat dari tak balas jejak langsung kan. Hari sekolah bukan saja anak, dengan aku sekali tidur awal. Rasa macam tak cukup masa 24jam je, almaklum banyak buat peta.kihkih
Aku faham mesti korang boring kan. Aku asyik cerita pasal Aiman je. Harap maklum anak aku sorang je la si chubby tu, nak cerita pasal siapa lagi. Lately memang tak sempat nak cari idea untuk buat entri berilmiah. Korang layankan jer la cerita budak Aiman ni ekk.
Petang semalam en suami dan abah (bapa mertua) pergi belikan Aiman kasut sekolah. Hari pertama Aiman sekolah dia cuma pakai selipar je. Kan dah kata aku ni sibuk, nak belikan anak kasut pun tak sempat ok.haha tipu aku ingatkan cikgu bagi kasut sebab dalam borang pendaftaran ada tanya berapa saiz kasut. Dari membazir lebih baik ambil langkah berjaga-jaga dulu. Ekonomi tengah parah, membazir amalan syaitan.hihi..
Kebetulan semalam mak abah datang rumah, so abah yang belikan kasut sekolah untuk Aiman. Balik rumah lepas dapat kasut tu Aiman bukan main excited dapat kasut baru, terus cuba dan tunjuk dekat aku dan Maktoknya. Bukan sekali tapi berkali-kali. Lepas buang pakai, lepas pakai buang, lebih dari lima kali ok, agaknya lebih lagi, aku je tak mau kira. Kata Aiman, dia nak tidur dengan kasut tu. Tadi masa nak keluar dengan en suami pun dia sibuk nak pakai kasut sekolah. Meroyan betullah anak aku kalau dapat benda baru. Bukan ikut perangai aku, itu perangai pelik en suami.lalala..
Subscribe to:
Posts (Atom)







