Pixajoy

Wednesday, January 04, 2012

Oh Cikgu Jalilah



Cerita semalam waktu pendaftaran Aiman sekolah,


" Mak dan ayah nak balik dah ni..semua dok tempat masing-masing.." kedengaran suara cikgu tadika yang berkulit gelap dan agak berumur itu memberi arahan. 


En suami pandang aku. Kerana jarak kami agak jauh, aku segera mendekati en suami.


 "Suara ni macam cikgu Jalilah ja" kata en suami dengan nada teruja. 


"Lor p la tanya.." aku spontan bersuara.


Pantas en suami melangkah. Aku mengekori dan berdiri sebelah en suami didepan cikgu yang memberi arahan tadi.


" Waktu persekolahan pukui berapa cikgu? Masuk pukui berapa? Balik pukui berapa?" en suami bermukadimah.


"Masuk pukui 7.30, balik pukui 12, blablabla.." (sebenarnya dah tau..)


"Dulu cikgu mengajaq dalam kem ka? 


"ya..dulu kat dalam, la ni tukaq kat sini pulak.."


"Cikgu ni sapa nama? tanya en suami bertubi-tubi.


"Jalilah..cikgu ni garang. Semua orang kenai cikgu garang.." (sambil ketawa kecil). 


Dok mana?" tanya cikgu pula.


"ni kuarters depan tu.."


"oh..dekat jela.."


"Dok unit apa?" ( Aku rasa cikgu tu sangka en suami ni tentera.hehe..)


"Dak orang rumah saya awam..keja dalam kem la.." en suami menjawab sambil memperkenalkan aku.


Aku dengan tak sabarnya terus menyelit, " abah dia dulu askar.."


"Cikgu tak kenai saya?" Dalam hati aku tergelak kecil. Kompem la cikgu tu tak kenal en suami.


"Saya ni anak murid cikgu.."


Walaupun sudah 20 tahun berlalu, ingatan en suami masih utuh pada Cikgu Jalilah. Mendengar suara cikgu je en suami terus terngiang-ngiang suara cikgu tadikanya. Aku langsung tak terkejut mendengar nama cikgu Jalilah sebab en suami selalu bercerita tentang zaman tadikanya pada aku, tentang Cikgu Jalilah yang garang, tentang keberaniannya mengimamkan setiap bacaan doa waktu tadika dan tentang kenakalannya yang selalu ditahan lepas sekolah.


Tempat aku bekerja sekarang memang banyak kenangannya untuk en suami sebab beliau dulu pernah menetap dalam kem. En suami bersekolah hingga darjah satu di dalam kem kemudian berpindah ke Alor Setar selepas abah berhenti tentera. Siapa sangka cikgu tadika en suami sekarang jadi cikgu Aiman pula. Cikgu Jalilah walaupun garang tapi sangat bagus dalam mendidik. Kata en suami " Cikgu didiklah anak saya macam cikgu didik saya dulu.." Mampuihlah Aiman dapat cikgu garang.haha.. 




Semalam waktu Aiman balik sekolah, 


Aku : How's ur first day? Ok tak? Best tak sekolah?
Aiman : Best..Aiman dah ada kawan dah. Cikgu tak marah pun.. 
En suami : Hari ni..esok hang tau la..(merujuk kepada Cikgu Jalilah yang garang) 
Aku : Aiman makan apa kat sekolah?
Aiman : Makan mee koteaw, sedap..Ada ayam besar punya!
En suami : Amboi sedap..Abah dulu hari pertama makan roti planta ja. Abah ingat lagi..Wan beli kuih kat abah tapi abang buang.hehe..


En suami : Ni Aiman ada bawak balik kerja sekolah. Dia buat tak siap..Cikgu Jalilah kata macam mana nak siap, kuat sembang macam ayah dia.
Aku : hahaha...


Aku : Cikgu Aiman nama apa? 
Aiman : Cikgu Ani..Cikgu Eisya..Cikgu Eisya..


Haha memang betul tiga orang cikgu Aiman, Cikgu Ani tu nama cikgu sekolah lama, maybe kot nama sama. Maybe Aiman masih dengan loyar buruknya. Tapi yang nama Eisya tu nama kembarkah sampai dua kali? Nama Cikgu Jalilah tak ada pun.kehkeh. 




*Bestnya kalau kuat ingatan macam en suami, aku nie otak berkarat, banyak benda aku tak ingat masa tadika dulu, nak cerita kat anak pun tak boleh.haha..









Tuesday, January 03, 2012

Hari Pertama Aiman Sekolah



Malam tadi pukul 8.30 aku dah mengguling atas katil dengan Aiman. Hasrat hati nak tidurkan si chubby lepas tu aku nak bangun kemas rumah, sapu sampah dan mop lantai. Tapi aku yang sepatutnya menidurkan Aiman telah pengsan tak sedarkan diri lebih awal dari si chubby.kihkih. 


Aku hanya tersedar dari pengsan bila dah pagi. Selepas mandi dan siapkan Aiman, aku buat sarapan untuk si chubby. Hari ini aku dan en suami hantar Aiman untuk daftar sekolah. Untuk hari pertama Aiman ok je, bangun pun senang, mandi dan makan semua tak ada masalah. Bila sampai sekolah Aiman nampaknya interested dengan segala benda yang ada di sekolah. Sudut pertama yang dia terjah dulu mestilah rak buku cerita. Waktu aku dan en suami tinggalkan Aiman pun dia ok je.


Balik dari sekolah aku jalankan misi cuci-cuci services yang tertangguh. Kata en suami kan bagus kalau pak dan mak mertua selalu mai rumah. Bersih ja rumah ni. Ada nada perlian disitu.haha..Badan masih lagi penat, lepas cuci-cuci aku terus masak dan sampai sekarang baru dapat rest. Oh ye waktu pendaftaran tadi ada benda best berlaku. Nanti aku cerita dan kunjung korang. Ada tetamu dirumah harap maklum..











Monday, January 02, 2012

Zaman Sekolah


Setiap hari bila terjaga dari tidur, aku langsung tak sempat berikir tentang hidup kerana putaran waktu yang cepat berlalu. Hari demi hari..tahun demi tahun.. Bila aku imbas memori, aku lupa banyak kenangan kanak-kanak dan remaja, pengalaman masa lalu masih samar-samar, ingatan aku tak pernah tetap untuk mengingati segala tarikh penting dan kenangan zaman sekolahku. Foto saja yang mungkin meninggalkan kenangan waktu aku tua.


Kenangan tadika. Cuba cari aku yang mana? July 1990 baru aku perasan tarikh tu.


Waktu aku darjah 6. Smart ja deco pentas dulu, bunga manggar segala!hoho..

Form 5, sapa dapat cari aku?

Hari ini bila aku tersedar, tahun sudah berganti, umur semakin meninggi, badan makin berisi, kedutanku ditegur suami, rupa-rupanya esok pendaftaran sekolah Aiman, sila wake up ye Kutu!


Selamat menempuh alam persekolahan untuk Aiman Mukhlis. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik.


*Aku duduk tiga dari kiri berbaju kurung bunga dan berdiri ditengah 4 dari kiri. Tepuk untuk diri sendiri kerana tekaan korang yang tak tepat.haha..











Sunday, January 01, 2012

En Suami, Aiman dan Jin



En Suami : Saya ada share kat facebook nama-nama yang sama dengan jin, Memang nama sedap. Tau dak yang pertama dia sebut apa? Nama kawan awak..
Aku : Lor sapa?
En Suami : Balqis..
Aku : Woo penah nampak dah video tu tapi tak dengaq pun..
En suami : P share kt blog..


Pagi ni dengan semangatnya aku online sambil masak.hehe. Mesti dah ramai yang tengok kot, buat yang tak tahu cuba dengar ni betul-betul, bagus tau. Memang ada betulnya apa yang ustaz ni cakap.




Oh ye tak habis lagi dialog, lepas aku dengan en suami bercakap, tinggallah aku dengan Aiman depan TV, Aiman tiba-tiba bersuara


Aiman : Ibu..Aiman tak nak jadi jin ibu..
Aku : hahahaha..