Rabu 11 September hari last Aiman exam UPSR pra sekolah Afia adakan Hari keluarga dan Sambutan Hari Lahir Jun hingga Disember di Taman Jubli.
Ibu pi bawak Kak Pia dengan Aryan je la abah kerja.
Kami sampai ngam-ngam lebih kurang 830 pagi
Kak Pia dan kawan-kawan line up. Yang diraikan harijadi pakai baju segak la. Afia bulan Mei dah sambut di sekolah tempohari
Acara pertama bersama badut Md Smile yang dijemput khas oleh cikgu untuk menghiburkan anak-anak pra.
Kami ke padang bentang tikar
Md Smile ajak main soft toy beracun. Md Smile pasang music, anak-anak pass the toy, music stop then yang pegang masa music stop tu kena keluar. Yang menang akhirnya dia akan dapat that toy.
Dimulakan dengan group lelaki
Aryan paling kecil kat situ dia join juga tapi macam blur. Hehe
Bila soft toy tu sampai kat tangan Aryan dia pi peluk pulak. Mana la nak faham konsep budak baru 3 tahun kot, badan je besar haha
Kumpulan perempuan pula
Ramai so meriah sikit
Semua laju-laju pass the toy takut music stop
Ibu rakam buat kenangan untuk Kak Pia
Pastu clown buat teka teki. Siapa dapat jawab dia dapat soft toys. Aryan dah bunyi nak makan. Kat rumah suruh makan siap-siap tak mau. Ibu pun bawa dia ke gerai belikan air kotak dan makanan sikit.
Muka happy la dapat apa dia nak.
Sementara kawan-kawan yang dirai sibuk nyanyi Happy Birthday depan kek depa dua dok makan.
Yang Afia pegang kawan dia punya. Mula tadi dia moody dah takda peluang nak jawab soalan clown dia tak dapat hadiah. Tapi ibu kata bagi peluang kat kawan-kawan, Kak Pia punya kat rumah kan dah banyak.
Makanan banyak buat secara pot luck. Kami bawa anggur dan betik je. Kan ibu diet huhu tapi ibu makan boleh tahan juga rasa banyak jenis tak kira kalori dah. Rugi la tak makan kan
Kek disediakan pihak sekolah, Afia Aryan tak makan apa langsung dah kenyang makanan ibu beli. Rugi betul la kan hehe
Kalut dengan belon ja depa
Kak Pia makan sikit spageti carbonara adik tak sentuh makanan apa langsung seronok dengan belon
Nampak sikit kelibat ibu di belakang huhu
Dah kenyang makan bermula acara kemuncak Treasure Hunt secara berkumpulan. Parents boleh join selesaikan misi bersama anak-anak.
Ibu tengok Afia sekejap pastu dah ada parents dok guide kumpulan dia dengan Aryan kalut nak main taman ibu tak join la.
Layankan dia main playground. Ada dia memang tak boleh gerak aktif la ibu jenuh nak layan
Ada banyak misi di berlainan stesen kena selesaikan
Kumpulan Kak Pia ibu perhati dari jauh je
Kumpulan Kuning Cair dapat tempat ke 4 dari 6 kumpulan.
Acara penyampaian hadiah
Semua dapat goodie bag, yang sambut birthday dapat botol air, hamper untuk yang menang treasure hunt no 1 sampai tiga
Souveniers untuk parents. Owhh hodohnya ibu disitu, dengan jogging pant kesukaan melondeh jenuh ikat kat pinggang. Nak bagitau kurus la tu. Of course hahaha
Alhamdulillah selesai acara balik rumah dengan puas hati, anak-anak happy ibu senang hati perut kenyang. Kat rumah Afia kata Kak Pia tak makan pun kek. Ehh ibu dah pelawa Kak Pia yang tak mau makan, bukan salah ibu hahaha
3 comments:
happy bila anak2 happy kan
wah syoknya ada family day siap tu
Seronok.. byk aktiviti..meriah ja..
anak2 pun happy.:)
Post a Comment