Kisah 7 Ogos, mood baru mai nak update. Tahun ni Afia masuk dua acara, pertama kasut tempurung kot, ibu tak sempat tengok datang lambat, masak siap-siap takut kalut ibu duty petangnya. Siap masak dalam pukul 9.30 camtu tinggalkan Aryan dengan abah, ibu ke padang sekolah untuk support Afia.
Masa ibu sampai dia tengah makan roti
Pic kidnap fb cikgu
Acara pertama kalah dah katanya
Untuk acara kedua. Acara susun tin secara berkumpulan mengikut sekolah
Ibu zoom dari jauh Afia sedia untuk bertanding
Video ibu rakam dia kata " Kak Pia tak dengaq pun ibu jerit, Kak Pia tak dengaq apa-apa pun". Ibu dengan cikgu Kak Imah punya pulun pompom boleh dia kata camtu.hahaha
Suruh pose bad mood panas katanya. Sogok kata nanti ibu belanja aiskrim baru ok
Menjamu selera sebelum balik
Walaupun tak memang, penyertaan tu yang penting, semoga jadi pengalaman dan kenangan manis buat Afia
0 comments:
Post a Comment