Pixajoy

Thursday, January 04, 2018

Home » Cuti - Cuti Langkawi

Cuti - Cuti Langkawi



Ke Langkawi kali ni aku memang tak banyak snap picture. Tak berapa ada mood plus kalut dengan Aryan sama. Aryan sado tengah fasa meligat, all the time dok kejar dia ja handphone tersimpan dalam beg.

Kami pergi beramai - ramai tujuan utama nak bawa orang Johor, Pak Usu sefamili jalan Langkawi. Bila jalan ramai ni faham je la kan faktor masa dengan banyak kepala tanpa plan semua haru biru.huhu..

Trip ni aku sefamili dengan mak pak mertua plus adik ipar sorang dengan anak 3 orang plus pak usu mak usu dan 5 orang anak..haa banyangkan la punya ramai.

Kali ni naik feri dari Jeti Kuala Perlis.

naughty boy

Selpiaq sat. Kak Pia dengan bantal dia pun nak bawa juga.

Tu kanak-kanak riang dengan beg. Jangan ada yang tinggal sudah.kiki

Ni dah sampai Jeti Kuah. Kumpul dulu semua pastu tunggu van sewa.

Van dah homestay dah arrange siap sebelum pergi. Musim cuti sekolah bersambung Cuti Krismas naya melopong kalau main terjah. Sewa van RM 250 sehari, homestay RM 250 semalam. Kami menginap dua malam, so total van dan homestay 1k kira berbaloi la.

Dapat van pergi homestay hantar beg keluar lunch pastu terus ke Cable Car Langkawi. Jalan-jalan je pusing lawat kawasan baru naik je kan tahun lepas. Boleh baca kat SINI. Famili Pak Usu nak naik cable car memang tak sempat orang punya ramai. Nak naik kena datang awal pagi. 

Aryan sado meligat

Tengok fish 

Famili pak usu shopping souvenier

Wan belanja aiskrim kelapa

Balik dari cable terus masuk homestay rehatkan badan. Kami menginap kat homestay sama last year tapi duduk kat rumah besar yang ada dua bilik. Nanti aku review lain entry. Malamnya keluar ke Haji Ismail Group borong coklat. 

Esoknya Krismas orang macam semut kat sini. Nak shopping pun berlaga bontot. Sementara en suami cari parking aku dah surrander nak handle Afia Aryan. Afia pun merengek tak mau jalan sakit kaki yang Aryan meligat jalan buat mall tu macam pak dia punya. Ibu is stress hahaha

Luckily tetiba Afia tunjuk troli..aku gagahkan diri sumbat budak berdua dalam troli pastu mula shopping. Ni pun punya sesak nak jalan troli pun susah sempit bertembung dengan orang. Tak shopping banyak pun beli coklat sikit dah sampai langkawi kan beli la sikit buat makan sendiri.

Kak Pia demand coklat Hello Kitty

Aryan oh Aryan

Malam tu tapau sate 200 cucuk dengan nasi himpit makan kat homestay. Esoknya planning asal nak naik bot pusing pulau tapi macam-macam hal cancel juga akhirnya. Agak frust juga sebab tujuan asal kami nak naik bot ja..tapi tu la Allah sebaik perancang.huhu..

Dah tak jadi naik bot esoknya kita pusing-pusing pulau. Mula-mula singgah shopping dekat Nusantara Maju & Rambo care pastu pergi Makam Mahsuri. Pak Usu sefamili dengan Aiman ja masuk dalam kami dah banyak kali masuk lepak kat gerai luar. Sementara tunggu kena ABC dengan kuih sambil sembang. Kat sini memang takda snap picture langsung.

Meriah ramai-ramai

Masa kat Nusantara Maju

Kami lunch kat Restoren Kak Yan Nasi Campur ni recommended sangat. Lauk macam - macam jenis plus harga sangat berpatutan. 


Lepas lunch nak jalan lagi tapi ada yang dah penat ajak balik homestay kita ikutkan je la. Petang lepak santai malamnya tak keluar pun pergi dapur masak maggi untuk dinner.

Bebudak ni main badminton

Afia Aryan

Esok pagi kemas-kemas terus ke Jeti dan balik. Tamatlah cuti Langkawi.haha..kami pun orang sponser tu yang ikut. Kalau aku yang plan trip ni memang bebal la tak dapat jalan, takat datang dok kat homestay ja baik tidoq kat rumah.hahaha..

Kemas nak balik

Goodbye Langkawi

Snap kat Jeti Kuah masa balik

Insyaallah ada rezeki ke Langkawi lagi kita..Mungkin 5 ke 10 tahun lagi mungkin tahun depan siapa tau.hihi






4 comments:

E'in said... Best Blogger Tips

e'in tak pernah sampai langkawai lagi.. dengar kate sane dah cantik ea?

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

Takpa next pk plan plak k..
Hihihi..

Saya last p langkawi 2013lah
Bawa diri beraya haji di sana.
12/2013 terhamil rania..

Doaka. Ye pk dok usaha nk baby no 2.harapnya mengandunglah tahun ni dan beranak tahun ni aamiin

I am LZ said... Best Blogger Tips

Homestay di Langkawi not bad jugak..
LZ masih belum pernah tinggal di homestay. Kalau camtu selesa dan bersih memang berbaloi.. Tak pernah jemu pergi Langkawi, macam-macam ada..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Susah jugak cuti ramai ramai mcm tu ye PK... Kang nak makan, nak kena belanja ke ...makan sendiri sendiri ke.... serba salah jugak tu...
Tak perlah mana mana yg penting ada org sponsor hhaha....