Pixajoy

Thursday, January 11, 2018

Home » Bacalah Anakku Afia Buku 3

Bacalah Anakku Afia Buku 3



Yey tamat juga buku 3. Lama juga stuck dekat buku 3 ni sebab bercuti sakan. Dekat 3 minggu juga la bermula Afia ikut abah pergi Johor bersambung cuti - cuti Langkawi pastu seminggu mula sekolah tak nak pressure dia dengan apa aktiviti kat rumah. Tak campur lagi cuti skip sendiri bikin.hehe

Alhamdulillah lepas banyak buat latihan gabung bunyi terus baca nampak Afia dah makin ok dah tak mengeja bila baca. Aktiviti yang kami buat masa Buku 3 ibu tempek sini sebagai kenangan.

Ibu buat matching shapes kat Adik Aryan sebenarnya tapi nampak Aryan belum pandai lagi nak padankan...kalut sangat buat awal.hihi tapi takpa dapat idea tulis perkataan BAK 3 minta Afia baca dan match.

Hello Kitty Pocket Chart. Ini ibu buat untuk mantapkan gabung bunyi..bila gabung tu dia eja je ibu ingatkan terus baca..terus sebut...hasilnya wow juga..boleh guna untuk gabung bunyi buku yang akan datang.

Afia tekap gabung bunyi buku 1 sampai 3 atas kertas pastu macam magik tulisan nampak kat bawah. Pakai kertas tekap je. Sambil tulis sambil sebut.

Feed the shark. Ibu tulis perkataan minta Afia baca pastu bagi shark makan. Pretend play yang bagus juga untuk imaginasi. 

Ibu lekatkan tape tulis perkataan kat baby doll minta Afia cari kat anggota badan doll tu pastu matchingkan dengan perkataan yang ibu lekat dekat dinding almari. Aktiviti untuk mantapkan gabung bunyi juga.

Game gabung bunyi dengan flashcard dan latihan menulis.

Guna toaster yang sedia ada kat rumah. Phonics bread tu ibu buat tulis perkataan, sambil pretend play sambil baca.

Bila tengok kat IG ada bina huruf pakai playdoh Afia pun ajak buat. Ok kita buat perkataan dalam Buku 3

Hadiah playdoh ice cream tu bagi in advance sempena dapat habiskan Buku 3. Baby doll dan barbie doll pun beli upah supaya rajin baca.hahaha...

 Afia dah mula sekolah. Minggu orientasi selama 2 minggu dah tamat. Minggu depan akan belajar macam biasa harapnya dia tak keliru kalau kat sekolah cikgu ajar baca cara suku kata. Masa beraktiviti semakin terhad sejak afia dah sekolah ni, kita cuba teruskan sampai ke penamat Insyaallah.




4 comments:

Rapunzel Cikilolo said... Best Blogger Tips

wow. bestnya buat semua sendiri...

E'in said... Best Blogger Tips

wahhh.. tahniah afia!

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tu diaaaa punyalah rajin mak dia....rasanya si hero kecik tu pun harus boleh baca awai weyh...
Ni kalau mak dia apply jadi cikgu tadika, dan dan jadi guru besar rasanya. Depa nak bukti, tunjuk aja blog hahaa....

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Ibu dia rajin sangat! Untung Kak Pia..