Pixajoy

Monday, March 13, 2017

Home » Perginya seorang Pak Wa

Perginya seorang Pak Wa



Al - Fatihah untuk abang, Abdul Mutalib bin Othman.

Aku pun tak tau macam mana nak mulakan. Pemergian abang terlalu cepat..Jalan hidup abang begitu penuh liku. Di beri ujian sakit ketika dibangku sekolah menengah lagi. Abang adalah baby premature yang membesar sebagai budak cerdik. Waktu sekolah rendah lagi sudah menggalas tanggungjawab sebagai ketua pengawas, score 4A dalam UPSR terus dapat tawaran sambung belajar di sekolah sians berasarama penuh.

Sebelum SPM bermula kerana demam panas abang mula sakit. Sakitnya tu meracau mengamuk dalam istilah perubatan sakit jiwa. Ya sakit mental..bahasa kasarnya gila. Aku tak mau cerita panjang tentang sakit abang. Siapa yang ada famili sakit macam ni mesti faham. Tak semua orang boleh terima. Ada yang pandang sinis. Tapi ketahuilah mereka ni bebas dosa..lagi mulia pada kita yang banyak dosa ni.

Hidup abang memang bergantung pada ubat..dalam sakit tu pun abang score SPM...dapat masuk matrik kemudian further study di USM Penang. Masa di uni sakit abang makin menjadi. Menurut cerita kawan-kawan time nak exam je abang mesti jadi. Mengamuk kat kolej pastu minta tangguh pengajian. Bila sakit berterusan terus berhenti.

Sejak tu abang banyak habiskan masa berperuk kat rumah, tak bersosial..radio jadi peneman. Memang sejak remaja abang suka lagu..Duit biasiswa beli walkman..beli kaset..beli CD..Abang suka Siti Nurhaliza, Amy Mastura, Abot, Candy, Metallica, Nirvana dan banyak lagi undergroud group yang aku pun tak berapa tau.

Waktu abang ok..dia ok je normal macam biasa. Yang ikut blog aku mesti kenal Pak Wa Aiman Afia Aryan. Kami kalau jalan2 mesti bawak abang sama. Abang pun selalu kena paw belanja kami makan kalau balik kampung. Sebab duit abang banyak.kiki

Kali terakhir makan abang belanja dekat Cafe Ronda hari tu kami ajak abang ikut pergi Pangkor dia tak nak ikut. Katanya nak pergi Kelantan adik aku nak kahwin. Orang sakit camni memang tak boleh fikir banyak, stress mesti sakit dia jadi balik. Aku suspek dia banyak fikir adik aku nak kahwin..entahlah kali terakhir abang sakit masa almarhumah mak meninggal. Baru ni pulak tunjuk tanda sakit setelah beberapa tahun.

Dipendekkan cerita lagi doktor hantar abang ke Perak Road. Abang demam panas pastu dipindahkan ke hospital besar. Masa dekat hospital kami ada melawat abang. Memang sangat sayu dan sedih tengok keadaan abang.

Badan abang kurus kering kering menggelupas bibir. Entah makan ke tidak..kalau makan pun siapa nak layan kat hospital dengan banyak patient..tiub terpasang, pakai pampers, kaki tangan semua di ikat. Aku belek kaki tangan abang bekas luka...kulit terbakar...abang meracau-racau sebut macam-macam benda merapu..pastu kami semua pun dia tak kenal. 

Bila tanya keadaan abang pihak hospital cakap abang dah makin ok. Mungkin dalam 2 3 hari lagi boleh transfer balik Perak Road. Seminggu adik2 semua kalut dengan kerja..sebab nak cuti kahwin..dengan aku jauh tak ada yang melawat abang. En suami ada ajak aku pergi melawat masa cuti hari Jumaat..bila fikir hari rabu dah nak balik aku macam pujuk hati kata takpelah berapa hari je lagi nak balik. 

Sungguh aku berat hati nak pergi..sebab tak sanggup tengok keadaan abang. Bila tengok nanti aku akan jadi jiwa kacau. Aku lebih selesa mendoakan abang dari jauh. Memang tak sanggup tengok penderitaan abang..aku nak decribe dengan kata2 pun susah. Tak apa kalau ada yang tak faham.

Tak sangka sungguh tu kali terakhir aku jumpa abang. Kalau kami pergi melawat abang Jumaat tu at least dapat la tengok keadaan abang. Masa bukan boleh di undur. Aku bukan terkilan tapi sungguh tak boleh nak bagitau macam mana hati aku meronta tak mau tengok abang sebab aku tak sanggup.

Petang hari abang meninggal tu adik aku call bagitau doktor nak jumpa..Abang penat katanya. Aku dah tak sedap hati..terus call en
suami. Tak lama pastu hospital call kata abang dah tenat. Tak sangka sangat abang pergi..dengan samgat cepat..sebab abang tak sakit apa..sakit abang tu je..ramai terkejut dengan berita kematian abang.

Aku jumpa abang dah kaku..sejuk..tak pernah aku cium abang..Masa abang kaku baru aku sempat cium. Segalanya tentang abang buat aku sedih. Tapi aku pasti abang bahagia kat sana.

Radio abang

Bila buka almari tengok dan cium baju abang mesti menitik ayaq mata

20 tahun abang derita. Perginya abang penuh hikmah..tak susahkan adik-adik. Aturan Allah memang terbaik. Sakit abang dah berakhir...dah hilang buat selamanya.


Rest in peace abang.




12 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Al fatihah buat arwah semoga ditmptkan dikalangan org2 beriman..aamiin
Semoga Nie sekluarga sentiasa tabah dn arwah tetap dlm hati nie skluarga.

Kakyong Habibah said... Best Blogger Tips

Innalillahiwainna ilahirrojiun

Norhayati Mohd Isa said... Best Blogger Tips

Takziah PK..
Semoga roh arwah abang PK dicucuri rahmat Ilahi
dan ditempatkan bersama para solehin.
Alfatihah..

aryan azra said... Best Blogger Tips

Salam takziah PK..ye lah hanya yang mengalami saja yang tahu kan

Nurfaezah Abdullah said... Best Blogger Tips

sedih fae baca :( fae paham perasaan akak coz i have a sister yg mengalami mild mental retardation. tapi hati fae kuat mengatakan dia tak gila. dia cuma kdg berkelakuan mcm budak2 (dari segi berfikir dan percakapan) bcoz kata doc IQ sister fae low. plus depression bcoz impak dari suasana sekeliling yg byk negatif sebelum pindah tempat tgl sekrg.

Warisan Petani said... Best Blogger Tips

Al-Fatehah buat arwah Abdul Mutalib bin Othman.
Semoga rohnya dicucuri rahmat

Ira said... Best Blogger Tips

Salam takziah PK.. Allah lebih menyayangi arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para solehin.

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

takziah PK.
insyallah, semoga allah tempatnya dikalangan org2 beriman di sana. banyk dia menderita kat sini, semoga aman di sana.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

Alfatihah
Salam takziah buat pk sekeluarga.
Terasa ap yg pk rasa.
21/3 nti adik sy genap 5 tahun dh. Huhuhu
Sekejap saja msa berlalu
Jauh di lubuk hati hnya Allah yang Maha Mengetahui tahap kerinduan tu 😭

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

Oo. Ini lah abg pk yg pk gtau dlukan. Yg mnat ctdk kan..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Innalillahi wa innailaihirojiun... baca pun sebak... Moga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam para solihin... Amin...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Alfatihah buat Pak Wa.... Dah tertulis suratan dan perjalanan hidupnya macam tu PK.... Allah yang mengaturkan semuanya. Yelah, bukan mudah..... hanya orang yg pernah merasai ujian itu yg tahu macam mana pengalaman mempunyai adik beradik yang sakit macam tu.

Itulah cantiknya perancangan Allah kan.... Pak Wa pergi tak menyusahkan adik beradiknya. Yelah mak perasan jugak cite cite pasal Pak Wa kat entri hang ni PK