Pixajoy

Saturday, March 11, 2017

Home » 3D Art Langkawi

3D Art Langkawi



Sambung cerita basi Langkawi. Sibuk wey tak sempat nak jenguk blog.

Lepas turun dari cable car cepat2 kami menuju masuk Muzium 3D. Anak-anak memang nampak teruja..suka je nak bergambar kat sana sini bergaya tanpa diajar. Disebabkan masa yang sangat terhad kita pilih-pilih je la port yang menarik untuk snap. Let's check the picture. 

Pulun nak juga pose depan ni

Panda dua ekoq yang suka bercekau. Aish sekarang ni penat oii nak high pitching dengan depa ni asik bergaduh ja dua beradik

Abang Aiman la paling pro sekali macam2 gaya kreatif serah kat dia

Ibu dengan Aryan 1 ni je la picture yang ada

Ecece

Ni antara port paling ramai tunggu nak bergambar. Afia dia buat derk je minta ibu snap tak heran orang yang menunggu.hihi

Puppet show

Tak ada lagi adengan paksa bergambar

Abah depa pun 1 ni ja picture...selebihnya bagi peluang kat anak.huhu







Sempat la tengok persembahan 10 minit yang diadakan kat ruang Muzium. Aryan baik punya isi petrol sampai terlelap sekejap. Habis persembahan kami terus keluar masuk ke Skyrex.

Dekat skyrex memang tak ambil langsung picture lagipun kat dalam memang tak dibenarkan bergambar. Ibu mengandung dan baby pun tak dibenarkan masuk. Kebetulan ada adik pekerja situ offer nak pegangkan Aryan so ibu pun selambar masuk tinggalkan anak kat orang.hahaha.

Skyrex ni 4D show ada dinasour beraksi makan helikopter apa mak nenek tak takut pun Afia kata.haha..Show best jugak tapi kejap sangat kot. 5 minit je baru nak feel best dah habis tayangan. Kalau nak yang lebih adventure kena beli tiket yang lebih mahal kot.

Keluar dari Skyrex tu kami terus balik homestay. Nanti aku review homestay yang kami menginap.




2 comments:

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Ecececece gambar abang sado yang diambil beberapa orang "cameraman" tu kemain smart oooo ada gaya... hehehehe

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Masa kat Rumah terbalik Sabah tu pun ada 3D muzium ni PK....Tp tak masuk pun sebab mahal hahaha..... Lagi pun dah pernah pergi masa kat PD...Mesti lebih kurang je gambarnya