Pixajoy

Sunday, November 13, 2016

Home » DIY Kad Hadiah daripada Angpau

DIY Kad Hadiah daripada Angpau



Sebenarnya customer yang request mintak aku poskan ke kampung untuk mak ayah dan kak beliau. Customer pun kawan-kawan aku jugak. So layankan ajelah..benda DIY gini memang aku suka tau.

Dok mencari la kat rumah kot ada balance pembalut hadiah ke apa tapi haram tak jumpa.kiki..Redha je ambik majalah Acu Ain dulu-dulu, agak colourful sikit potong sebagai pembalut hadiah. Nak harap majalah kak dia Pa & Ma tu je yang ada. Tu pun zaman purbakala punya.hehe..

Tetiba la pulak kan sel otak berhubung nampak angpau dapat idea nak buat kad. Bak kata kawan aku kalau nak beli ni pun seringgit ok. Angpau anak-anak bersusun dalam laci tu ni la guna dia.

Aku memang tabiat suka simpan buat koleksi. Aku ni apa je tak suka simpan kan. Rumah ni pun dah macam stor dah segala mak nenek kotak pun aku sayang nak buang. Almaklum la idea DIY penuh dalam kepala. Idea je la, buatnya tak..buat semak rumah ada.hahaha...

Apa aku merepek banyak sangat ni. Meh aku ajaq cara nak DIY kad hadiah daripada angpau. Sebenarnya tak payah ajar sangat pun..tengok gambar pun dah tau.

Bahan-bahanya tentulah angpau. Pilih angpau yang keras dan cantik sikit la ada motif. Pastu kau potong je empat segi bahagian mana yang suka. Gunakan kekreatifan yang ada. Nak lebih hipster buat la bulat ka bentuk love bentuk jari bentuk laksa ke lantak.hihi

Nampak tak kadnya dah siap dipotong. Yang hadiah ni Pillow Cover. Bundle tapi like new. Yang ni kalau nak beli rodger je aku. Memang aku jual. Nak suprisedkan orang tersayang dengan hadiah rare gini tak perlu modal banyak. Budget 5 ringgit ja kualiti terjamin walaupun item bundle. Sempat lagi promote.haha..

Nah siap dah kad DIY from angpau. Jimat dah 3 ringgit. Bijak tak..bijak tak..hehehe

Alhamdulillah siap..masuk sampul dah boleh pos. Semoga yang menerimanya happy walaupun tak seberapa. Aku buat dengan kasih sayang ni.







17 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said... Best Blogger Tips

Good idea lah PK..
CH pun byk juga sampul duit raya tu..

raihanah said... Best Blogger Tips

sampul duit raya selalu buang je. tahun depan kena simpanlah

OKje said... Best Blogger Tips

Tak terpikir pun PK. Selalunya last minitlah mencari kad hadiah. Sudah tulis kat kertas pembalut tu hihi.... Tak terpikir pun nak guna sampul angpow

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah kreatif PK.. betul juga ni, sayang simpan macam tu sahaja sampul yang kertas keras dan lawa hiasannya tu.. boleh juga ambil idea PK ni, kalau nk bg hadiah boleh la bg kad tu sebagai pelengkapnya.. utk kawan nikah ke, hadiah baby ke, eh mcm2 la boleh

Amin Hakim said... Best Blogger Tips

Nampak kreatif dan canggih diy kad hadiah tu

Hsna Rahman said... Best Blogger Tips

ehhh kreatifnya..mmg menjimatkan lah..klu rajin apa pun jadi..tebaik!

raihanah said... Best Blogger Tips

@hainom OKje orang kreatif ni mak

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Kalau dah tangan kreatif tu...memang menjadi, tak terbuang begitu jer kan.

Dah lama bunda tak kesini, dan lama jugak tak dengar cerita orang sini, dah besar anak2 tu... yang kecik tu omey jer...abam semakin mbam dan kakak semakin jelita.

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Kalau dah jari kreatif ni, memang tak membazir.

Unknown said... Best Blogger Tips

dak, masalahnya skarang ni kenapa kak muni balut sarung bantal ni helok sgt tanpa menggunakan kotak.. betuk bulat kot.. hahahaha..

rajin kak muni..:D

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Wah kretif. Ok. Boleh masuk dalam list DIY saya.

Umialya said... Best Blogger Tips

Idea yg bernas, nnt akak cuba

Fatin said... Best Blogger Tips

Creative sangat! Senang kalau tau DIY, jimat masa xyah keluar cari barang. Guna ape yang ade kat rumah je

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

rajin juga PK..creative

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Wah, bijak-bijak... rajin PK berDIY saya lama dah tak dapat tunjuk skill sejak anak-anak dah besar dan mula demand... 😑

LYAfrina said... Best Blogger Tips

serius..menarik sgt..x terfikir sebelum ni

eima said... Best Blogger Tips

memang bijak nanti nk tiru klu aku bc awal sikit blog ko ni .. mmg aku dah tiru dah ari tu hjg thn bg hadiah kat cikgu tp lupa beli kad