Pixajoy

Friday, June 10, 2011

Maniskah Hidup Bermadu?



Semalam aku bermimpi. Bukan mimpi yang manis. Tetapi aku rasa mimpi ini begitu memberi kesan mendalam pada aku. Aku dapat menyelami perasaan tidak manis itu walaupun dalam mimpi. Dengan mimpi ini juga aku menyedari yang bermadu itu langsung tiada manisnya.


Aku membuat definisi sendiri bahawa bermadu itu adalah berkongsi suami. Maksudnya suami berkahwin lain selain dari aku. Kalau yang dua itu sedikit-sedikit. Kalau tiga pulak jarang-jarang. Kalau empat kadang-kadang. Ok itu dialog filem P. Ramlee yang aku petik dari cerita Nujum Pak Belalang. Pinjam sekejap ya.


Semalam aku baca entri Kak Halila bertajuk Nasib Perempuan Bermadu, kemudian malam semalam juga aku tengok cerita Arissa kat tv3. Kisah Zamarul Hisham yang berkahwin dengan Fiza dan Rozita Che Wan. Fiza nie tak tahu yang beliau telah dimadukan oleh kawan baik sendiri. Malamnya aku terus bermimpi dimadukan oleh en suami. Betullah kata orang apa yang kita fikirkan akan terbawa dalam mimpi.


Dulu aku agak positif kalau bab hidup bermadu. Pada aku kalau seorang lelaki itu cukup dan mampu dari segi zahir dan batin tak ada salahnya kalau berkahwin lebih daripada satu. Ini lebih baik daripada berfoya-foya tak tentu hala. Dari membuat maksiat lebih baik berkahwin, sekurangnya terhindar dari noda dan dosa. Ternyata aku tak pandai berangan. Dalam mimpi pun aku tak dapat terima, inikan pula realiti.


Dulu juga aku pernah berkata kalau en suami boleh bagi aku sebijik rumah yang selesa, sebuah kereta, lepas tu duit bulanan paling kurang RM5K, aku sedia dimadukan. Cakap besar aku kan? Tapi entah kenapa mimpi malam tadi begitu menyedarkan aku yang hidup bermadu rupanya indah khabar dari rupa. Walau harta segunung sekalipun, kasih sayang yang terpaksa dibahagikan bukanlah sesuatu yang indah untuk aku. Aku mula sedar itu. Selepas mimpi semalam.
i nak romantik dengan u sorang jer!
Ahh mungkin aku terlalu emosi dengan mimpi malam tadi. Ya atau tidak, kita terpaksa juga menerima hakikat dalam islam sendiri membolehkan suami kahwin lebih dari satu. Yang aku tahu, kebanyakan perempuan memang tak rela dimadukan. Ada juga perempuan yang rela dimadukan, tapi jaranglah nak jumpa. Mungkin terpaksa pasrah apabila dimadukan. Alhamdulillah kalau suami pun langsung tak berniat untuk beristeri lebih daripada satu. Tapi kalau tak mampu pun ada hati nak kahwin lagi apa cerita? Sendiri mau ingat...




* Tak ada kena mengena dengan sesiapa. Cuma kata hati aku tentang perasaan hidup bermadu. Kalau suatu hari ditakdirkan hidup bermadu apa boleh buat. Ohh mintak simpang!!!









Karipap Puan Kutu



Setahun sekali bila datang kerajinan melampau akan terhasillah karipap puan kutu. Selalunya karipap ini akan di bikin dalam dua versi iaitu berintikan telur dan kentang + ayam. Versi telur special untuk budak chubby sebab tak makan pedas.


Buat karipap nie senang saja, tapi agak renyah sebab takde mesin untuk nipiskan tepung. Pastu tanpa acuan karipap amat merumitkan lagi keadaan. Sebab itu juga karipap buatan kadangkala 3 tahun sekali baru nampak rupa. Selalunya beli saja. Tapi karipap beli manakan ada tandingnya dengan karipap buatan.


Pertama sekali aku akan sejukkan dulu isi ayam yang dah keras sebab beberapa hari dalam peti ais. Ok itu tak perlu beritahu. Untuk inti kenalah potong dadu kentang dan isi ayam. Kemudian bancuh rempah daging dengan air panas. Bemulalah sesi membuat inti. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada kering yang dah diblander, masak sama seperti masak sambal. Kemudian masukkan rempah daging tadi dan biar hingga pecah minyak. Last sekali masukkan kentang dan ayam. Jangan lupa gula, garam dan serbuk perasa. Tambah sedikit air dan masak hingga masak. Maksudnya biar inti lembut dan kering. 


Untuk tepung, boleh gunakan marjerin atau minyak. Aku lebih prefer minyak coz aku tak suka karipap yang terlalu rangup. Biar tepungnya liat sikit. Lain padang lain belalang, lain orang lainlah taste karipapnya. Ok terus ke cara membuat tepung. Panaskan sedikit minyak kemudian campak dalam tepung. Masukkan air garam sesedap rasa. Gaul dan uli hingga menjadi doh.


Ini sesi paling complicated. Bulatkan doh dan gelek hingga rata. Masukkan inti kemudian bentukkan menjadi karipap. Aku gelek gunakan botol susu aiman. Oh sungguh rumah aku takde batang untuk menggelek inul. Tadi aku kata rumah aku juga takde acuan karipap. Jadi suka hati sambil lalala aku buat karipap mengikut acuan aku. Masukkan inti kemudian aku kelip pakai garpu. Janji nampak rupa karipap.


Last sekali bolehlah goreng karipap yang dah siap di bentuk. Tara...




Walaupun rupa tak cantik, tapi percayalah..Rasanya boleh tahan. Terpuji diri sendiri!




* Pukul 12 baru siap buat karipap. Aku nak p masak untuk lunch pulak..:)










Thursday, June 09, 2011

Keluarga Saya



Keluarga Saya terdiri dari saya, Abah dan Ibu. Saya juga ada tok wan, maktok, acik, acu ecah, acu ain, pakwa, paknjang dan pak ndak. Itu keluarga besar. Biar saya cerita pasal saya, abah dan ibu saja. Saya berasa sangat bahagia kerana mempunyai keluarga.

Hai nama saya Rafeeq. Ini lakonan saja. Saya diberi nama Aiman Mukhlis. Saya sangat comel dan chubby. Hobi saya makan. Disamping itu saya mengisi masa lapang dengan menonton kartun. Saya sangat suka pada ultraman kerana ultraman sangat kuat melawan raksasa. Saya selalu berangan ingin miliki rambut yang kacak seperti rafeeq di astro ceria. Tapi malang tidak berbau, abah saya selalu jeles dengan saya kemudian memotong rambut saya hingga botak. Rona kegemaran saya ialah pink. Ibu selalu marah kerana tak mahu saya jadi lembik dan pondan. Sekarang saya suka putih pulak sebab saya tak nak jadi perempuan.

Abah saya diberi nama Mustakem. Abah sangat kacak macam Seth Tan kalau botak. Saya jarang ingat nama abah saya. Bukannya lupa tapi tak ingat. Bila orang tanya, saya kata nama abah saya Ahmad. Sedangkan Ahmad nama wan saya. Abah saya garang. Sebab itu saya takut. Bila abah pukul, sakit woo..Saya selalu main lawan-lawan dengan abah. Best sangat main gusti dengan abah. Bila saya buat salah, abah selalu suruh saya masuk bilik. Itu hukuman. Tapi saya duduk sekejap saja dalam bilik. Panas sebab tak bukak kipas. Saya sayang abah sebab abah beli saya mainan. Abah kuat makan macam saya. Oh ye saya lupa nak cakap hobi abah main game. Selain itu abah juga suka tengok cerita tamil dan hindustan di TV. Saya nak tengok kartun pun tak boleh. 

Ibu saya diberi nama Muni. Ibu cantik bangat macam Nora Elena. Tapi kalau ibu kuruslah. Ibu garang tapi saya langsung tak takut. Bila ibu pukul, tak rasa apa sakit pun. Ibu suka bising. Saya tak kisah pun ibu membebel. Ibu selalu masak dan buat semua kerja rumah. Hobi ibu pun saya tak tahu. Saya selalu melihat ibu tidur bila waktu lapang. Mungkin itu hobi ibu. Ibu sangat faham jiwa saya. Bila saya nak tengok kartun ibu bagi. Ini kerana ibu ada blog. Ibu selalu tangkap gambar masuk blog. Kegemaran saya sama dengan ibu iaitu sosej dan kopok lekor. Ibu selalu bacakan saya buku cerita dan masak yang sedap-sedap. Ibu suka sayang saya. Saya sayang ibu rapat-rapat. 

Keluarga saya keluarga bahagia kan. Sekian terima kasih.



*Pic di atas Aiman suruh aku lukis. Hodoh bukan? Macam setan!!





Wednesday, June 08, 2011

Tak Perlu Kata Apa-Apa



*Tajuk entri sounds like wordless wednesday tak? Ikan Cencaru Sumbat Sambal. Jom lunch!! (tak boleh pic jer, mesti gatal tgn nak taip jugak!)