"Fine Motor Skills" atau kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil yang mengawal pergerakan anggota tubuh seperti jari tangan, jari kaki, mulut, lidah dan mata.
Dalam kehidupan seharian, kemahiran motor halus diperlukan untuk membutang baju, mengikat tali kasut, memegang sudu dan garfu, mengikat reben dan sebagainya.
Kemahiran motor halus juga sangat penting untuk daya fokus serta koordinasi mata dan tangan yang baik bagi anak menguasai kemahiran menulis, melukis, mewarna dan membaca.
Menyedari betapa pentingnya perkembangan kemahiran motor halus, ibu ada buat banyak juga aktiviti dengan Aryan. Antaranya :
Reben dan Botol Mineral
Tekun Aryan masukkan reben dalam botol. Fokus buat sampai habis.
Mengupas Telur
Lepas kupas makan. Yummy!
Anak ayam
Ibu lukis pastu Aryan gamkan kulit telur pada telur yang baru menetaskan anak ayam. hehe
Menguntai Straw
Nampak mudah bagi kita yang dewasa, mula-mula macam susah juga bagi Aryan, tak dapat masukkan dalam lubang straw meradang dia. Practice makes perfect!
Bermain Playdoh
Menekan, menggelek, menguli, menggunting. Aryan kalau main playdoh berjam-jam lamanya punya ralit.
Menggunting Straw
Selalu main potong kertas, sesekali gunting straw pula.
Construction Play
Lepas dah potong-potong straw, main isi dan tuang dalam "construction site" dia.
Menguntai manik menjadi gelang
Berbeza dengan menguntai straw, yang ni Aryan dah makin terror.
Menampal sticker/ Mengenal nombor 1 hingga 5
Ibu buat bulatan, tulis nombor minta Aryan kira dan tampal sticker ikut bilangan nombor.
Kemahiran menggunting
Bermula umur 2 tahun Aryan dah mula minat menggunting. Alhamdulillah, nampak skill menggunting dia makin baik.
5 comments:
Alhamdulillah, sekolah nanti Aryan dah tak kekok 😊
bagusnya PK..akak yg anak 5 ni pon x de nak buat camtu..bagus2.
bagusnya PK..akak tak de pun buat camtu..bijak Aryan ni..awal2 dah diajar mcm2.
Singgah sini. Salam kenal. Memang bagus aktiviti2 sebegini untuk developmental assessment anak2 :)
baik utk pembelajaran :)
Post a Comment