Pixajoy

Wednesday, October 31, 2018

Home » Overstepped Cafe Sungai Petani

Overstepped Cafe Sungai Petani



Mari review western food cafe sedap amat, so far makanan dia the best menepati citarasi kami. Tak sungguh tak kata, memang sedap, layanan superb, servis tiptop, environment asyik! Aku kalau puji sedap kena percaya ok sebab selalunya aku kata masakan aku lagi sedap dari restoren!haha.. 

Ni kisah 2 ke 3 minggu lepas lunch tak makan gas habis tu yang tersinggah sini, semua pakat lapaq teruk. 5 pinggan kot nasi kosong kami order tak termasuk nasi Aiman.

OS ni ada dua cawangan tau. Kami ke lot 88. Cafe dia kat atas kena panjat tangga. 

Mari pilih menu

Hai si Aryan sado ni ja la modal dia nak suruh diam. Kalau tak, 1 cafe dia pusing siap guling atas lantai.

Muka notty baru lepas melalak

Abang Aiman menunggu dengan sabar

Air chocholate dengan coffee apa ntah segelas RM 6.90 kalau tak salah. Air semua takda below RM 5 gelas kecik. Sedap memang sedap,  tapi rakyat marhain macam kami rasa agak mahal tu yang order 2 gelas ja pastu add on air kosong 5 gelas. hahaha

Chicken chop Kak Pia share dengan Aryan. Sedap! 

Lamb chop 3 keping ja tak banyak pun portion RM 25 something kalau tak salah.. konon share dengan abah depa sekali tak cukup. Juicy & yummy sepadan harga haha

Aiman order nasi ayam percik. Wallah kuah percik dia mabeles en suami puji melambung sedap. 

Add on chicken chop lagi satu. Kami order makan dengan nasi kosong sebab semua pakat lapar kan.

Deco cafe just nice.. Background music pun layan ja.

Insyallah ada rezeki next time will repeat


Alhamdulillah menepati selera walaupun harga quite expensive tapi kita pejam mata je la puas hati sedap sangat. Recommended, PK bagi 5 bintang.  





2 comments:

fiza linolie said... Best Blogger Tips

Nampak pun macam sedap je Muni. Hehe

Nooriah Abdullah said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum PK
lama nya kaknoor tak jenjalan sini
sedapnya nampak makanan nya patut lah 5 pinggan nasi pun habis heehe
makan lah bila sedang selera tu kan, nanti dah takdak selera mai lah kepala gajah pun dah tak lalu makan noooo