Pixajoy

Sunday, August 12, 2018

Home » Resepi Roti Bakar Bahan Paling Simple

Resepi Roti Bakar Bahan Paling Simple



Hai.. dah macam buku resepi dah pun nak update blog makin hari makin sendu. huhu. Apa pun roti bakar ni antara resepi wajib  tempek sebab best gila.

Aku try buat pertama kali menjadi gebu elok, suka sangat sebab bahan semua mudah dapat tak payah susah nak uli lama, takda bread maker pun boleh buat dengan girang tanpa mensadokan otot lengan.  Pastu kan resepi dia tak guna bread flour dan tak renyah,  simple step boleh makan roti yang sedap.

En suami pun kata sedap, lagi sedap dari yang beli kat kedai, anak- anak ja tak makan sangat sebab aku buat kosong takda inti. Cicah roti dengan kopi, teh ke milo nikmat tau, tapi aku suka ja makan begitu saja.  Next time boleh letak inti, cuba buat roti sosej pakai resepi sama.

Resepi Roti Bakar

1 kg tepung gandum
1 Peket yis mauripan
2 biji telur Gred B
1 gelas gula
1 gelas minyak
2 gelas air
1 sb baking powder

Cara - cara : Campur semua bahan, uli sampai doh betul-betul tak melekat kat tangan. Rehatkan hingga doh naik,  masukkan inti kemudian bakar.

Tada.. 

Banyak ni 1kg, 3 hari makan tak habis.haha

Bukti kegebuan 

Aku pakai cawan plastik ikea tu ja. Tak suka manis kurangkan sikit gula ya. Kalau nak roti cantik pepandai la bulatkan bagi sama saiz. Aku ni belasah ja kecik besar nak cepat kejar masa nak masuk duty malam. Puas makan buat sendiri. Selamat mencuba!





0 comments: