Pixajoy

Sunday, October 22, 2017

Home » Farewell Kak Imah

Farewell Kak Imah




Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Sedar tak sedar 7 tahun dah aku kat sini, bermakna 7 tahun juga aku kenal Kak Imah. Memang cukup terasa kehilangan, sedih tu tak payah nak habaq la kan. Kak Imah ni antara orang - orang yang paling baik aku pernah jumpa dalam dunia ni.huhu..Apa pun kita raikan perpindahan Kak Imah yang dah lama di idamkan..semoga tempat kerja baru memberi lebih kemudahan dan di permudahkan hendaknya.

Hadiah ikhlas dari rakan- rakan sepejabat

DIY card from all of us


Hasil tangan aku sepenuhnya ni. Buat pun kalut2 semalaman tak tidur.
Nampak sangat menipu sebab buat kad tak tidur.haha.. 
Tapi sesungguhnya ni antara usaha aku awal pagi pulun juga nak DIY buat last minute sebab sibuk sangat dengan bundle hari-hari sebelumnya. Simple tapi takda jual kat kedai ok.

Ucapan dari kami semua

Seorang demi seorang tinggalkan kita. Orang lama dan baru silih berganti.
Selain boss aku la paling senior kat sini sekarang.

Umpama 1 famili, now kita dah kehilangan seorang ahli keluarga. Sob sob

Rutin kerja malam masing-masing bawa anak ke opis. 
Hana ni sebaya Aryan membesar di opis, juga anak susuan aku dulu.

Main menu nasi daging. Side dish ayam KFC, sagu gula melaka agar -agar santan,
Cream puff, kerepek pisang, rempeyek, keropok ikan juga tembikai.

Yummy


Jemput beberapa orang Tadbir


Cabut nama dari carta organisasi. Good bye & good luck at ur new place.



Walau dimana pun berada semoga ikatan ukhuwah terus utuh. Ikatan memang takkan pernah putus pun sebab Hana tu memang anak aku pun kan. So tak payah nak sedih sangat, pindah Butterworth ja pun bebila nanti kita pasti jumpa kan.hihi..




2 comments:

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Asal tengok entri farewell mesti teringat masa farewell dulu dulu.... Sedih wooo....entahlah apa yg sedih tp sedihlah. Mungkin dah lama kerja kat situ kot...lebih kurang 16 tahun.

Amboi... apa ke nama kartun tu banananana tu lukis jugak ka? Maklumlah kreatif kenalah tunjuk skill ek hihi....




nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

dah lama x singgah blog PK..

mesti sedih kan...ye la..selama 7 tahun hampir setiap hari jumpa...tiba2 tak ada..mesti terasa