Pixajoy

Tuesday, October 10, 2017

Home » Aiman Afia Aryan Naik ETS & Komuter

Aiman Afia Aryan Naik ETS & Komuter



Kisah Sabtu lepas memang tak plan langsung tetiba pagi tu en suami celik mata ja kata " jom kita pi jalan..nak pi mana?". Tak semena mulut aku terus ajak naik train. Afia memang teringin sangat nak naik bas dan keretapi. Jakun sangat kan umur 4 tahun bas pun tak pernah naik.haha..En suami terus setuju. Jom!



Masa en suami beratur beli tiket ja masyaallah Aryan punya ligat, nak jalan tak bagi langsung kita pegang. Belum apa-apa lagi dah berpeluh ketiak ibu..hilang terus mekap bedak talkum baby kat muka.hahaha

Sepatutnya nak naik komuter pergi balik boleh la jimat..tapi tak sanggup nak tunggu lagi sejam waktu komuter.. kami ambil keputusan naik ETS.  Memang selesa orang pun tak ramai. Tapi mai berperang dengan anak-anak tak sempat ibu nak main snap gambar. Suruh abah depa snap 1 picture pun tak berjenis.hahaha



Kami ambik train ke Padang Besar. Lama gila kot tak jejak Padang Besar ni..masa aku kecik2 dulu ja. Betul la kata orang harga barang mahal pastu takda yang menarik sangat pun. Semua barang boleh dapat dengan harga sama malah lebih murah kat Sungai Petani. Saja la nak bagi anak-anak rasa pengalaman naik train je pun. 



Perjalanan balik kami naik komuter. Orang punya ramai masak la dari Padang Besar sampai SP kena berdiri. Depa tak hirau langsung aku yang ada anak kecik sampai menyusu anak sila kat bawah ni masing-masing pentingkan diri.huhu.

Afia dia letih sangat boleh relex baring tidur kat bawah. Aryan pun buat perangai jugak la dah kena berdiri bersesak dengan orang ramai. Pasni tobat dah tak mau naik komuter kata en suami kalau kena berdiri camni baik buang duit naik ETS pun takpa. Tapi pengalaman tu yang mahal kan. Aiman Afia Aryan dapat rasa pengalaman naik ETS dan komuter, puas hati anak-anak dapat pengalaman baru.





3 comments:

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Pada kita memang takda apa-apa yang menarik tapi pada anak-anak yang tak pernah merasai pengalaman naik public transport tu memang mengujakan sungguh.

Dulu-dulu nak beli toto pun nak pergi Padang Besar. Nak beli t-shirt pun jauh ke Padang Besar nun konon katanya murah. La ni Padang Besar dah takda apa yang menarik ya? Kalau gitu tak payahlah berangan nak pergi ke Padang Besar lagi. Ingat nak juga jelajah ke utara pulak.

Cikgu Iza said... Best Blogger Tips

akak pun dah lama x naik komuter ke lrt ke semenjak anak2 'ada kaki' dan 'ada akal' ni... penat berjalan x le sangat, penat membebel lebih2 rasanya kan.. uwwaaaa... budak2 mmg gitulah gayanya..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Jangan kata Afia jakun.... mak yg senja ni pun jakun weyh naik ETS hihihi... Seronok kan. Lelaki tak payahlah harap suh ambik gambo PK, mmg tak berjenis langsung jadinya.

Muka dah lawo pakai bedak talkum baby pun ploles. Kikiki...sabaq na, selagi ada budak kecik mmg jangan haraplah nak kering ketiak tu