Pixajoy

Saturday, May 06, 2017

Home » Resepi Murtabak Biskut / Pizza Biskut

Resepi Murtabak Biskut / Pizza Biskut



Ini sebenarnya menu kegemaran Aiman yang dah diupgrade sikit menggunakan bahan yang ada kat rumah. Seriuosly ini antara menu simple tapi sedap yang sangat berguna bila lapaq teruk tapi tak ada benda nak makan kat rumah..nak masak pun takda bahan. Telur dan biskut kering Insyaallah sentiasa ada disetiap rumah kan.

Cara buat sama seperti Murtabak Maggi. Boleh letak bawang, ayam, daging, udang, sosej, sayur ke ikut keselesaan tekak dan budget.huhu. Macam biasa sukatan hentam sajalah labu. Yang penting telur tu kena banyak..nak bagi sebati dan berair sikit sebelum goreng.

Resepi Murtabak Biskut / Pizza Biskut

Step pertama tumis bawang, sosej dan segala apa protein dan sayur yang ada. Kali ni aku guna bawang dan sosej sahaja. Ketepikan. 
Pecahkan biskut kering 4 segi dalam bekas kemudian masukkan telur, kacau sebati. Masukkan isi sosej step pertama tadi dan kacau lagi. Perasakan dengan garam. Panaskan kuali, minyak jangan banyak sangat goreng macam masak telur dadar tu dah siap boleh la percik mayones dan sos atas murtabak. Siap!

Ni versi letak cheese dan mayones.

Nak makan baru boh sos sebab Kak Pia tak makan pedas.

Please try this. All the time favourite!




6 comments:

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Terbaiklah mama ni. Apa pun masuk kuali mesti hasilnya bisa ' pecah' gitu hihi....
Budak budak tgh nak naik mmg sentiasa lapar. Mmg bagus sangatlah dpt mak rajin dan kretip.

Kak Aya said... Best Blogger Tips

Assalam Puan Kutu...masih aktif berblog ye..lama gila kak aya tak aktif..

Wa said... Best Blogger Tips

Oo..mesti anak2 suka ni kan...nanti nak try la

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Best Blogger Tips

macam menarik jugak ni ..ley try

Syah said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum..
kak..jemput2 la baca ni...dan join ye!


http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2017/05/lazada-ramadhan-raya-blogger-contest.html

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Nampak sedap...