Pixajoy

Saturday, May 13, 2017

Home » Playroom Untuk Anak

Playroom Untuk Anak



Nak la jugak tempek kat sini deco playroom untuk anak-anak. Tak berapa nak deco sangat pun..tapi oklah kan janji ada tempat depa nak berkecah semakkan toys 1 bilik. Takda la naik hantu sangat ibu nak kemas.

Sejak dah jadi seller ni kejap - kejap tukar cadar baru.haha..Cadar dan sarung bantal semua bundle dari bale ibu ok.



Bilik ni asalnya bilik Aiman tidur..Ada katil, kerusi meja dan buku-buku ajelah memenuhi segenap ruang bilik. Kerusi meja ibu dah bawa keluar masuk bilik lagi satu untuk luaskan ruang playroom depa. Kedudukan katil pun ibu dah ubah. Toys yang banyak-banyak kumpul dalam raga hitam ni je, beli kat kedai 2 ringgit kerlass tak.haha..

Langsir dan kebanyakan toys pun dari guni soft toys hard toys bundle ibu. Playmat pun beli bundle je. Cermin tu beli kat kedai 2 ringgit juga. Mula2 beli Hello Kitty yang besar Afia dah pecahkan, tu yang tukar cermin princess.


Memang dah lama nak beli rak buku tapi budget ciput, tengok kat Lazada review kata benda ni ok ibu pun beli. Masa sampai tu berpeluh juga nak pasang. Dah dapat rentak senang je rupanya. Ok puas hati buku-buku dah tersusun rapi. Buku-buku anak-anak pun boleh tahan banyak, tambah pulak dengan buku bundle ibu memang semak la tengok merata-rata tanpa rak. Ni pun kemas kejap nanti datang si Aryan sado habis dia punggah kecahkan buku.huhu



Karpet dan pillow pet bundle jugak. Beg ni 4 bijik ibu borong bundle juga. Puas hati sangat, good condition paling penting murah. Afia paling suka backpack spongebob tu segala macam buku dia isi dalam tu bila outing.


Bantal hiasan pun ibu beli bundle. Pillow cover ni je dari bale ibu. Ni nak cerita pasal bundle ke pasal playroom sebenarnya ni.hahaha..


Ni suasana sebenarnya bila Aryan sado mula mengganas. Kalau Afia ada lagi la pening..Bila dia mula main playdoh, memang melekat sana sini benda tu penuh lantai. Bertabahlah ibu nak mengemas.huhu.. 



Perlu ke Playroom ni? Up to u..tak wajib tapi kalau ada best. Toys dah tak semak kat hall tau. Anak-anak pun ada tempat privasi depa.






8 comments:

Siti Yang Menaip said... Best Blogger Tips

wow seronok anak2 main lepas ni.. meriah =)

Nisa said... Best Blogger Tips

I wish I had bigger room, extra room for playroom. At the moment, bilik second dijadikan guestroom, but was thinking if my son is getting bigger, we will change it as his playroom. Duduk di apartment yang kecil agak limited space nya. And I know, with the job I'm having now... mesti stress bila balik rumah tengok berselerak.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Best Blogger Tips

best la diorang dah ada bilik playroom sendiri..main perang-perang pun ibu tak marah kan ? ihihi

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

rumah i penuh.. bnyak brg.. nanti nak buang bgi clear.. baru boleh buat bilik ada function.

mamapp said... Best Blogger Tips

Cantiknya bilik Dan cadar diorang. Pandai pk hias

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Bestnya...cantik je bilik..cadar pom cantik2.. Cadar bundle size queen ada x ???

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Anak bujang saya yang kecil tu kalau ada playroom pun tak guna. Ikut suka hati dia ke mana nak diangkutnya toys main. Kalau nak main sambil tengok TV, memang sakitlah kaki asyik terlanggar toysnya!

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Sebenarnya memang bagus kalau ada playroom ni. Hall tak semak. Tau ajelah mainan budak macam mana. Kalau ada budak kecik mmg berbakul bakullah mainan...La ni mainan budak budak ni dulu pun ada lagi kat storage box tu.... Tak tau nak humban ke mana