Pixajoy

Sunday, January 03, 2016

Home » Persediaan Kelengkapan Sekolah Aiman

Persediaan Kelengkapan Sekolah Aiman



Tahun ni takda story pun pasal persediaan persekolahan Aiman. Baru nak tulis la ni.hehe.. 2016 Aiman officially Darjah 3. Sesi Persekolahan bermula hari ni. Macam biasa Aiman anak yang senang diurus..tak banyak kerenah.  Pagi tadi kejut sekali dah bangun walaupun pukul 11 malam tadi baru sampai rumah dari kampung. Tengah malam baru ibu sambung balut buku, jahitkan lencana dan name tag. Baju KAFA balik kerja tadi baru basuh terus iron ok.hehe..

Malam tadi last minute singgah Popular Pasific AS shopping alat tulis dan buku latihan untuk Aiman. Maka dengan ini aktiviti game ditamatkan..bertabahlah mulakan latihan buku setiap malam ye nak. Setiap subjek ibu dah jala semalam.huhu..

Sebenarnya kebanyakan kelengkapan sekolah Aiman kami dah shopping masa balik kampung Pak Ndak dan Acu tunang tempohari. Seronok shopping di PB entah kenapa setiap tahun mesti kat sana. Aiman cuma demand nak kasut sekolah tali..yang lain tu dia tak kisah, beg sekolah dah dua tahun pakai pun masih elok tak payah beli baru kata dia. Good boy!

Baju sekolah kebangsaan macam biasa ibu cuma beli dua pasang, pakai ni je la tukar-tukar. Tahun lepas punya baju memang dah lunyai pakai setahun terus lupus.hehe..Baju KAFA Khamis lepas baru beli..yang ni pun setiap tahun beli baru..tahun lepas beli sepasang je dok belasah yang tu memang lunyai jugak la jawabnya. Tahun ni beli 2 pasang terus.

Alat tulis macam pensil pembaris yang tahun lepas pun masih banyak stok..ibu cuma belikan pensil box baru dan cukupkan stationaries mana yang tak ada. Buku teķs memang dah dapat awal sebelum cuti..buku tulis dah siap beli..yuran KAFA dah bayar tadi.



Harapnya tahun ni Aiman lebih berjaya dan dapat tingkatkan produktiviti dalam pelajaran. Ibu pun kena sama-sama kayuh pantau pelajaran Aiman. Semoga diberi kelapangan dan dapat handle anak-anak sebaiknya, apatah lagi dengan kehadiran orang baru tak lama lagi kan..bertambah kalut tak menang tangan la ibu.

Oh ye lupa nak ucap Selamat Tahun Baru buat semua. Semoga yang indah-indah datang buat kita semua sepanjang tahun 2016.








7 comments:

Fyda Noh said... Best Blogger Tips

Selamat kembali ke sekolah..
Aiman belajar rajin2 yer..

SalbiahM said... Best Blogger Tips

selamat kembali bersekolah ye aiman...dah besar, tu yang nak kasut bertali tu..hihi

husna zahidi said... Best Blogger Tips

tu.. ibu dah kemain menjala aiman.. demi aiman punya pasal.. semoga berjaya bang eman!! :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Wahhhh segak noh.....
Budak lelaki mmg kurang demandingnya PK. Tp tulah, walaupun kurang demand, dah katanya anak 3, sorang beli, tiga tigalah jugak kena belinya.

Samalah PK, mak sok nak sekolah, mlm tu baru jahit lencana, sebelum sebelum tu duk lepak lepak jer hihi

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Adoi. Mcm banyak je kena sediakan ni.. sibukla saya hjg tahun ni.. baru nk rasa anak sekolah ni..baca list keje pk ni pun rasa adoi.. mencabar nampaknya

LYAfrina said... Best Blogger Tips

amin..insyallah..smoga aiman akn ters bjaya n meningkt dlm pelajaran

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Samalah dengan anak bujang saya, PK. Tak demand sangat. Asal ada aje dah cukup. Tak payah nak beli baru. Kita ni aje yang teruja nak belikan semua baru untuk dia sebab dulu masa kita sekolah pun macam tulah gayanya. Asal naik sekolah aje, pemadam pun nak baru punya!

Semoga Aiman lebih rajin belajar tahun ni dan lebih cemerlang ya!