Pixajoy

Tuesday, June 03, 2014

Home » Afia Imanina 13 Bulan

Afia Imanina 13 Bulan



Eh macam mana boleh lupa update perkembangan Si bambam. Boleh pulak lupa dah lepas 2 haribulan. Sibuk sangat dengan hal dunia, ditambah lately line internet buat onar memang takde mood nak online. Rasa macam nak merajuk je dengan blog.hiks

Afia 13 bulan dah makin tinggi dan slim. Alhamdulillah Afia dah ligat berjalan sekarang ni. Sebulan dua lagi boleh berlari kot. Gigi pun dah ada 4 batang, 2 batang atas dan dua batang bawah. Katanya lambat tumbuh gigi, sekali keluar drect 4 batang. Yang tak bestnya gigi atas tu pasaipa tumbuhnya jarang? Tak segak la anak ibu.huhu

Mulut dari dulu hingaq,sesekali kuat berleter. Perkataan yang keluar biasanya abah, ok dan ooo selain bahasa Jerman dia tu. Eh ada sekali ibu dengar Afia cakap kedengaran macam sebutan ibu. Sekali tu je la. Ohh sejak dah besar ni Afia makin manja. Kalau nangis kemain nganga mulut macam teruk sangat. Kadang-kadang ibu rasa macam dibuat-buat ada juga. 

Sekarang si bambam suka interaksi guna jari telunjuk. Semua benda Afia akan tunjuk guna jari minta ditunaikan permintaan. Afia suka dengan segala jenis binatang. Tempohari masa kat kampung, sakan Afia membuli ibu dan pak sedaranya nak kerumah jiran tengok cat, cock, bird and duck. Horse je tak sempat tengok sebab Afia nangis takut bila Pak Njang bawak naik moto. Dekat rumah pengasuh pulak ada goat mbek mbek, yang ni pun peberet Afia juga.kiki



Godek gambar ni je latest picture yang ada, kat kampung tiga hari lepas. Baru lega demam menyusul selsema dan batuk. Teserlah muka tak sihat, mata berair dan berhingus. Buat pertama kali juga Afia tak selera makan. Agaknya tekak tak sedap sebab batuk. Sebelum ni bak kata anak pengasuh, demam pun takpe, makan lalu! Semalam baru nampak Afia ceria. Semoga terus sihat ye si uncit ibu.




18 comments:

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ciannya menantu Mommy.... dah ibunya suka masak, demam tak demam memang selera aje. Tapi kali yang ini, mungkinlah dah hilang selera tengok cheese ibu meleleh kat dapur tu. Hiks.

Masya said... Best Blogger Tips

bdk² demam mmg x lalu mkn... kt sendiri pun kalau demam x lalu mkn huhuhuhu tu yg afia makin kurus.

cikmisi leen said... Best Blogger Tips

alarr, sedihnya muka Afia.. huhu ~ moga sihat sepenuhnya nanti.. in sha ALLAH .. kembali cergas dan aktif ya adik afia comell ja :)

LYAfrina said... Best Blogger Tips

moga afia mbesar mjadi kanak2 y aktif n cerdik...

aIEn said... Best Blogger Tips

alolo shian nyer alfia...get well soon ye dear =)

PearlVelvet SueQys said... Best Blogger Tips

Salam singgah pagi. comel adik ni

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

wahh dah 13 bulan Afia.. cepat nya masa berlalu..tak lama lgi pot pet pot pet lah tu..tanya itu ini..hehe

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

cepat sihat ye afia bambam..

Nor Salmi said... Best Blogger Tips

Kesian Afia. Makin slim la lepas ni. Moga cepat sihat sepenuhnya.

n O e s u h a i m i said... Best Blogger Tips

moga bambam sembuh sepenuhnya :)

misz sheyla said... Best Blogger Tips

cepatnye..dah besar dah die

- AZIE - said... Best Blogger Tips

lama aunty xsinggah sini tgk afia..anak2 kalo dh start jalan memg makin slim kot..nak aktif..nk ringan bdn hehehe kita pun tumpang slim sama duk mengejar diorg

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Lepas demam ni susut tak badan Afia? Seronok le dia balik kampung dpt tgk animals. Nak plak ada ramai yg rajin melayan. Hehe.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Bab menangis tu sama la Nazif nii
.. beriya sangat kalau menangis padahal tak ada pa pun. Sja nak manja2 tu. Dah baik ke selsemanya? Dah musim hujan panas kembali ni ramai yang kembali selsema. Semoga ok je ya... mana pegi tu? Line tak ok lagi ke dah gi melancong mana mana ni?

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

Kesian afia... mama rindu le nak baca entry afia....

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Orang cakap budak kecik demam tu sebab nak besar.....so redho ajelah dgn ujian Allah ye cik Pia hehe...
Budak kecik sekarang untungkan PK sok sok boleh le dia baca balik cite dia masa dia kecik....sure terharu...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

blk kg mcm mcm boleh tgkkan and kenal kan.. hihi..
alolo, smga cepat sembuh ye afia :)
tak lama lagi.. mesti riuh le rumah PK bila afiadh pandai berleter..hihi

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Dah tak boleh panggil bambam dah la yea... comei la dia slkm sikit... tapi kalaj bambam lagi comei.. hehehe