Pixajoy

Sunday, June 10, 2012

Home » Sikap Diet Ikut Bintang Kelahiran

Sikap Diet Ikut Bintang Kelahiran



Pada yang bertanya, aku memang dah jarang update sekarang, suka hati aku je update ikut mood. Tapi aku agak aktif juga di Blog Diari Diet Kutu. Sila kesana untuk sama-sama bersemangat berdiet dan berkongsi serba sedikit ilmu tentang diet dan senaman.hiks..Hari ni nak share cara kenali sikap diet ikut bintang kelahiran. Pada yang selalu gagal berdiet, cuba cari kelemahan korang mengikut bintang masing-masing ok!



Aquarius
Mereka yang berbintang ini cenderung tidak konsisten untuk berdiet. Mereka ini perlu cari cara diet yang tidak membuatkan mereka berasa susah. Pilih diet yg mudah untuk di ikuti agar konsisten sehingga mencapai sasaran berat badan yang diingini.

Pisces
Mereka yang berbintang pisces pula sering berasa tidak yakin dengan keupayaan diet yang sedang dilakukan. Pilihlah diet yang menawarkan sistem sokongan dari orang sekeliling. Luahkan saja hasrat untuk meminta bantuan rakan terdekat supaya memberikan sokongan padu untuk berdiet.

Aries
Konsentrasi bagi yang berbintang aries mudah terganggu apabila mereka masih tidak dapat melihat hasil setelah menjalani program diet. Ini disebabkan oleh peribadi mereka yang terkenal dengan sikap impulsif atau cepat bertindak terburu-buru.

Taurus 
Mereka bukanlah seorang yang sukakan aktiviti berolahraga. Kebanyakkannya yang berbintang Taurus memiliki tahap metabolisma yang rendah. Walaupun begitu, mereka mempunyai kesabaran yang kuat menjalani program diet sehingga mendapat hasil yang diingini.

Gemini 
Bagi bintang ini,mereka mempunyai sikap yang kurang sabar. Gemini juga memerlukan sokongan dari seseorang yang mungkin dari bintang taurus, teman yang mampu menenangkan mereka kala gundah. Secara keseluruhan, individu berbintang ini memerlukan perubahan dan motivasi. Ini pasti akan membantu mereka mencapai hasil yang baik dalam proses penurunan berat badan.

Cancer
Cancer gemar makanan yang berat sehingga terdorong menjadi seorang pemakan yang emosional. Untuk mencegah kegagalan diet, sesiapa yang berbintang ini perlu mengikuti program diet makanan yang lebih bervariasi.

Leo 
Individu berbintang Leo lebih cenderung dengan makanan segera. Walaupun begitu, mereka sentiasa bersemangat dan semangat itulah yang mendorong mereka berusaha lebih gigih sehingga mencapai kejayaan dalam program diet.

Virgo
Bintang ini dikatakan mempunyai peribadi yg realistik sehingga sanggup mencari cara yang praktikal yang boleh diterapkan dalam dunia realiti. Namun Virgo sering berharap sehingga mudah putus asa apabila terdapat halangan dalam usaha mereka.

Libra 
Memiliki metabolisma tubuh yang lambat, tetapi apabila Libra bersemangat kental, mereka terdorong untuk kuat berusaha dan berjaya. oleh itu, mereka perlu bersabar untuk terus berjaya dalam program diet mereka.

Scorpio 
Mereka mempunyai disiplin yang kuat dan mudah berasa tidak puas dalam menjalani program diet. Inilah yang boleh dikatakan kepada yang berbintang Scorpio. Oleh itu mereka perlu mengelakkan diri daripada berolahraga keterlaluan dan mengurangkan makanan yang tinggi kalori.

Sagittarius 
Kelemahan bintang ini adalah terlalu bersemangat dan terlalu yakin. Mereka sangat bercita-cita tinggi tapi amat kurang sabar. Mereka haruslah yakin bahawa kejayaan akan datang setelah berusaha walaupun usaha itu sedikit. Cuba cari program diet yang mempunyai cara sederhana dan praktikal, diiringi dengan olahraga.

Capricorn
Capricorn merupakan bintang yang baik dalam program diet, tetapi satu-satunya kelemahan mereka adalah sukar untuk menerima teguran, cadangan atau saranan daripada orang lain.


Saja suka-suka tapi kalau ikut bintang kelahiran aku, macam betul. Aku Leo!hikhik..


Sumber : Mingguan Wanita.



16 comments:

amalina husna said... Best Blogger Tips

husna capricorn..
haha..kalau bab diet nie rasa mcm x baik seperti apa yg dikatakan..

spesies telan semua..muahaha..:D

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Hahahah.... Gelak guling2 baca yang leo tu...

NzA said... Best Blogger Tips

akak berbintang cancer....mmg xleh hidup tnpa nasi....ngee....

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Saya Virgo :) setakat ni belum masuk kategori diet ;)

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

mat pagi kak... lamanya tak menjenguh di sini... saya taurus.. hehe

anisalya said... Best Blogger Tips

daripada satu segi tu betul la. tapi kalau bab diet ni akak rasa boleh je kot terima teguran dan saranan.

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

hehehehehe orang libra metabolisme lambat ek...patut le tak turun2...

adohai.... Puan Kutu mana pergi lama tak dengar cerita,...

Qaseh Gifts said... Best Blogger Tips

rasanya kalau nak diet ni kena ada motivasi... kalau tak, semua tak jadi....

Tempah Hamper Ramdhan & Aidilfitri 2012/1432 di Qaseh Gifts!

syiela said... Best Blogger Tips

saya capcicorn tapi saya ni jenis telan je smua benda ^_^

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

ada x pasal nk tmbh berat lg?.. hihii.. tp sejak pknen ni, sy mmg dah start mkn byk.. selera membuak2... sebuln naik 2 kilo.. hihii

tp tu pun underweight lg.. adehhhh

fieda said... Best Blogger Tips

kak fieda cancer..mcm ganazz jer..

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

Aku scorpio..harap harap betul la tu..hahaha..on off gak asyik termakan nasi..

hyz said... Best Blogger Tips

VIRGO!!!!!!!!!

Che Rosliza Che mat said... Best Blogger Tips

Cik rose pisces...kena sokongan padu baru boleh berdiet ya...lucu pulak baca..

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

halllmakkk.... metabolisme lambat le pulokk... tp kalo gigih, insyaAllah...


go go chaiyok2 ! tp hanie tak on diet...

Jue said... Best Blogger Tips

haha mcm betul je pe diperkatakan psl aku tu

aku mmg cenderung fast food tp bila dah nak diet tu..pernah cecah 42kg weh..smua baju pakai muat..tp skrg? uwaaaaaaaaaaaa