Tuesday, June 07, 2011
Bila Lesen Memandu Simpan di Muzium
Selamat petang korang,
Aku baru balik kerja. Sunyi rumah nie bila Aiman takde. Apa yang korang fikir dengan tajuk entri aku? Ok aku mengaku, aku simpan lesen memandu aku kat muzium..Sebabnya? Ada banyak sebab..Yang utama sebab en suami tak yakin aku boleh bawak kereta. Bila beliau tak yakin, aku pun hilang keyakinan dan jadik malas sebab pergi mana-mana ada driver. Buat apa nak susah-susah kan?
Aku tau korang semua dah belajar bawak moto seawal umur belasan taun. Curik2 naik moto bapak korang. Walaupun aku agak ganas, benda yang satu nie aku sangat ketinggalan. Pendek kata aku memang kaki bangku. Seingat aku, aku pernah belajar bawak moto kawan masa sekolah menengah pastu nak terlanggar tong sampah. Pastu aku terus takde keinginan nak belajar bawak moto, jauh sekali kereta. Memang tak bertemulah api dengan panggang. Peribahasakah?
Keadaan berubah lepas adik aku beli moto. Aku suruh adik lelaki aku ajar dan pastu aku sedar bukan susah pun bawak moto nie. Macam naik basikal jer pun. Tapi moto best sebab tak payah guna banyak tenaga untuk kayuh. Keproan aku terhadap moto cuma setakat bawak kat jalan kampung jer la. Tu pun aku jarang. Sedap jadik pembonceng lagi.
Bila aku dapat kerja di Johor, walaupun rumah kat dalam kem jauh jugaklah nak ke tempat kerja. Dua minggu pertama, aku kesorangan ditemani moto buruk pinjaman atuk en suami. Masa tu en suami tak ikut aku pindah Johor lagi. Memang terpaksa survive dengan moto tu walaupun ekceli aku bukanlah pandai sangat bawak moto. Mujur rumah kat dalam kem, jadi bolehlah bawak moto tanpa lesen.
Lepas tu aku suarakan hasrat hati nak ambik lesen kereta dekat en suami. Bukan apa bila dah ada anak susah nak hantar dan ambil Aiman dari rumah pengasuh. Takkan sentiasa nak harapkan en suami. Tambah-tambah cuaca Kat Johor yang selalu hujan. Dengan segala kepayahan dan kesusahan akhirnya aku berjaya dapat lesen, tu pun lepas dua kali test JPJ. huhu..
Lepas dapat lesen, aku cuma berani bawak kereta untuk pergi kerja, ke kedai runcit pengerang, hantar dan ambik Aiman dari pengasuh. Aku tak pernah bawak kat jalan yang sesak dan banyak kereta. Lalu keadaan nie berlalu sampai la aku tamat lesen P. Pernah sekali aku terlanggar rumah pakcik en suami masa nak alihkan kereta. Pendek kata memang aku fail kalau bab drive. Kalau pergi mana-mana ada driver. Lesen aku pun simpanlah dalam muzium.
Hari nie kali pertama aku bawak kereta pergi kerja setelah sebulan aku pindah di Sungai Petani. Walaupun aku duduk kuarters, rumah aku luar dari kawasan kem. Nak ke tempat kerja kena lalu jalan besar yang boleh tahan sibuknya. Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar untuk belajar drive, aku jadik berani. Lagipun en suami kerja, susah nak hantar aku pergi balik sebab aku kan kerja shift. Selagi tak bawak selagi tu la tak boleh. Moto takde lesen pulak. Kalau tak dah lama aku rempit.kihkih..
Malangnya aku dah tinggalkan kenangan kat kereta aku hari nie. Tempat kerja aku tu parkingnya ada 4 bijik pastu sempit. Sebab tak pro aku dah gesel gate pejabat masa nak keluarkan kereta time nak balik tadi. Beberapa minit lepas sampai rumah en suami call, pastu tanya ok ke? kereta semua ok? tak dak calaq? Adui macam tau-tau pulak en suami nie..Memang calar pun sayang oi..
Sekian cerita yang tak best untuk hari nie. Tahan telinga jer la dengar en suami bebel malam nanti....:) Oh yer today our 5th annivesary. Jangan Marah-marah la sayang ekk...hoho
Monday, June 06, 2011
Apa Hadiah Yang Sesuai
Salam bahagia..
Sunyi pulak rumah. Tinggal aku berdua jer dengan en suami. Semalam riuh rendah sebab mertua dan ipar bertandang ke rumah. Hari nie Aiman ikut tokwan n maktoknya pergi Lumut. Dua tiga hari nie tak kedengaran la suara si budak chubby mulut becok. Adik aku, Ain yang tengah cuti sem tu pun balik penang semalam. En suami pulak kerja, jadi balik keja kejap lagi tinggallah aku keseorangan layan blues.
Ok back to the title entry, eceh speaking london!hoho..Aku ekceli nak tahu jugak pendapat korang tentang hadiah yang sesuai untuk majlis perkahwinan. Kawan baik aku cik syida akan melangsungkan perkahwinan 26hb nie. Antara kawan rapat aku, beliau sorang jer bujang lagi. Wedding penutup la kiranya.
Waktu aku kawen dulu, banyak jugaklah hadiah yang aku dapat. Antara hadiah yang still aku guna sampai sekarang adalah set pinggan, set kuali dan perhiasan dinding. Barang elektrik seperti kipas angin dan periuk nasi dah rosak pun. Hadiah yang paling popular adalah set cawan dan gelas. Entah berapa set aku pun tak ingat, belum campur hadiah sebelah en suami lagi. Sampai sekarang masih ada kat kampung, tak guna pun. Banyak sangat dan aku rasa hadiah macam nie terlalu old fashion. Hadiah pun pandai berfesyen kan?
Pada aku hadiah perlulah sesuatu yang tahan lama, ada kegunaan dan boleh menjadi sesuatu yang sentimental value. Panjang kata, bila orang yang terima hadiah tu aku terbayangkan muka aku yang cantik manis nie bila tengok hadiah tu sampai bila-bila. Apa agaknya hadiah yang sesuai dan memenuhi semua ciri yang aku senaraikan tu ekk? Cantik manis tu penyedap ayat jer ok.
Antara hadiah yang aku pernah bagi kat kawan aku adalah kipas angin, kettle, frame ayat kursi dan set sudu garpu. Tapi benda nie semua tak tahan lama pun kan? Pastu langsung tak sentimental value. Banyak songeh aku nie..
Aku pernah ikuti bual bicara kat tv pasal hadiah yang sesuai untuk majlis kahwin, ada penonton cadangkan bagi lesung batu. Benda nie jer yang tahan bertahun lamanya. Akan sentiasa kita gunakan untuk buat sambal belacan n so on. Walaupun dah bercucu cicit, bila penerima hadiah guna lesung batu mesti ingat kat si pemberi hadiahkan? Releven ker hadiah pelik nie?
Ok aku nak bagi hadiah yang istimewa kat orang yang istimewa dalam hidup aku tapi takde pun budget ratus-ratus. Nak bagi hadiah best tapi budget ciput. Apa ekk hadiah yang sesuai untuk kawan baik aku? Tolong!! Pendapat korang?
Sunday, June 05, 2011
Diet..Obses Kurus?
Salam korang. Selamat berhari minggu..
Lamanya aku biarkan blog nie tak berupdate. Tak perlu paksa diri sendiri nak update kalau tak berjiwa. Sesekali biar blog bercuti. Bila melawat puanbeedotcom, terasa semangat nak berdiet datang tiba-tiba. Tipu..Baru lepas makan kuih apom dengan mihun goreng. Wah dasyat bee makan oat jer, nasik pun tak makan sebab nak kurus. Memang solute ahh!
Cerita bab diet nie, semua orang nak badan slim persis model kan? Mentaliti kita dah set kalau gemuk mesti tak cantik. Aku pun nak kurus jugak, tapi dah banyak jugak cubaan nak berdiet, akhirnya menjadi hangat-hangat tahi ayam semata. Jiwa aku tak cukup kuat untuk semua itu. Biarlah aku kekal dengan kechubbian dan kecomelanku ini.kihkih..
Aku pernah buat macam2 jugak untuk kurus..Tapi tak pernah lagi diet teruk-teruk. Yang penting kalau diet aku mesti makan, cuma aku hadkan jumlah makanan dan tukar cara memasak. Aku tak boleh diet kalau tanpa makanan. Boleh mati kebulur. Setakat aku berdiet, aku cuma berjaya kurangkan lebih kurang 5kg saja. Mungkin lemak dalam badan aku dah tepu. Payah sangat nak turun lagi. Malas senam sebenarnya. Lepas tak diet naik semula. Sia-sia saja usaha.
Tak perlu rasanya aku bagi tips nak kurus bagai sebab sedar diri. Nanti ada pulak yang kata ketam nak ajar anaknya jalan betul. Adui betul ke peribahasa nie? Arghh pedulik apa aku. Cuma aku nak pesan sikitlah pada korang yang obses nak kurus tu jagalah kesihatan jangan sampai sakit. Teruskan usaha nak turunkan badan, nanti dah kurus sila bagi tips dalam blog. Abaikan tajuk entri yang tak kena langsung dengan isi. Sekian..
Thursday, June 02, 2011
Tips Mengatasi Kesedihan
Hidup tak pernah lekang dengan masalah. Bukan manusia namanya kalau hidup tidak diduga. Setiap orang punya masalah masing-masing, cuma caranya saja yang berbeza. Bila hati sedang bersedih, jiwa sedang berduka, minda sedang berkecamuk, resah dan gundah menjadi teman setia. Sejak dua menjak nie malas betul nak berblog sebab jiwa kacau.hoho...So nak share sikit bagaimana cara mengatasi kesedihan dan jiwa kacau.
Menangis - menangislah semahunya kalau itu buat korang lega. Nie memang selalu aku amalkan. Kalau orang lelaki tu susah sikit nak menangiskan, aku rasa tips nie sesuai untuk perempuan ja!
Berdoa - Mohonlah kepadaNYA. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin. Berdoalah semoga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah hati akan tenang dan akan segera peroleh cara menyelesaikan masalah itu.
Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah. Perbanyakkan selawat dan zikir.
Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran, membaca pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, melayari internet dan sebagainya.
Luahkan perasaan - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling korang percaya, sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama, menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri dengan rakan-rakan yang lucu yang boleh membuatkan korang ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih.
Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk mengatasi kesedihan. Apa pun jangan jadikan masalah itu sebagai tekanan yang boleh merosakkan diri. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Sesungguhnya masalah itu adalah salah satu dalam cabang kehidupan untuk kita mengecapi pengalaman hidup.
Subscribe to:
Posts (Atom)




