Pixajoy

Saturday, March 07, 2020

Home » Resepi Kek Sarang Semut

Resepi Kek Sarang Semut



Macam biasa tempek resepi senang nak repeat buat. Selain tu panjangkan lagi resepi dari kawan aku ni moga memberi manfaat. Ikut resepi betul-betul jangan derhaka Insyaallah menjadi bersarang kenyal elok dan sedap keknya.

Resepi Kek Sarang Semut

Bahan 1
6 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat 
Sedikit esen vanila
* Blend semuanya sampai kembang

Bahan 2
2 cawan gula kasar
2 cawan air panas
3 sudu marjerin/butter
* Masak gula dalam periuk dengan api sederhana hingga perang, tutup api kemudian masukkan air dan marjerin, hidupkan semula api kacau hingga gula hancur sebati.
(Tuang kedalam adunan waktu panas atau suam tak perlu biar sejuk) 

Bahan 3
2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonat
* Ayak semuanya

Cara - cara : Masukkan Bahan 1 ke dalam Bahan 3, kacau menggunakan spatula hingga tepung tak berketul kemudian masukkan Bahan 2,  kacau sebati dan tapis. Tuang adunan kedalam loyang, perap 4 hingga 5 jam pastu bakar 1 jam atau sehingga kek masak.  

Waktu nak potong cari sarang dia jangan main taram ja potong ikut dan ok, tak nampak sarang dia nanti jangan salahkan aku pulak.huhu

Nah zoom..Aiman kata nampak geli tapi sedap. Hahaha

Seloyang en suami makan sorang boleh selesai. Dok kata sedap tu la..Memang kek favourite beliau ni. 








5 comments:

ejulz said... Best Blogger Tips

Wahhhh.. sedap ni 👍

Wak Lat said... Best Blogger Tips

ùntungla bini pandai buat kek sarang semutan.. :p

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

rajin la PK.. noe tak pernah buat..cuma biasa makan .. mak selalu buat

Siti Yang Menaip said... Best Blogger Tips

sedap ni !! dalam fam saya ngan arwah ayah je suka. mak x minat so xdela nak buat sendiri banyak2 nanti x habis. kalo orang jual jela beli =D

OKje said... Best Blogger Tips

Hari tu dah try jugaklah.... Dah kata en suami suka katanya. Nak kata menjadi tak berapa bersarang mcm tu...tapi bolehlah utk makan makan.... Resepi hang ni kena perap tak PK?