Pixajoy

Monday, July 22, 2019

Home » Belated Birthday Afia Aryan

Belated Birthday Afia Aryan



Kisah 30 Jun haritu baru sempat nak update. Mula-mula nak celebrate dengan famili mak mengasuh depa ja, tapi alang-alang terfikir nak jemput ramai sikit sekali makan-makan raya.

Kira ni pertama kali aku buat makan-makan jemput kawan-kawan office, kawan terdekat dan adik-adik aku. Ni pun ramai tak dapat datang,  makanan tak la banyak tapi pelbagai, Alhamdulillah lebih dari cukup.

Antara menunya mee goreng, bihun goreng Singapore, nasi himpit kuah kacang dan rendang ayam, cupcake coklat,  redvalvet donut semua aku buat. Apom Didi & Friends ja order.

Main dish juga laksa,  Acu Ain sponser. Cucur jagung kebetulan ada beli jagung so add on menu. Target nak buat popia Carbonara dah siap inti tapi popia tak sempat nak gulung kalut hahaha

Buah tembikai, epal merah dan hijau juga kek batik pun aku buat. Donut tu pun tak sempat nak boh topping dah, sira gula je. 

Sebenarnya birthday adik bulan 6, dia dah berapa kali sambut birthday tak tau la kan. Nak jugak belated birthday dengan famili mak. 

Birthday boy langsung tak bagi kerjasama, takda pic dia yang elok

Ni pun suruh pakai party hat tak mau

Ibu muka letih 3 hari pulun masak haha

Birthday present dari Ummi Izzah

Present dari anak-anak mak pengasuh

With Acu Ain and twins Khaira Auliya

Mak ngasuh depa dan Kak Anis.

Layan model ni ja la rajin pose

Jamuan kecik macam ni pun bukan senang nak manage, semua masak sendiri nak arrange masa tu kelam kabut sungguh. Apa pun happy semua orang makan kenyang walaupun rupa tak semegah tapi ramai puji sedap.






3 comments:

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

teringin nak buat makan2 kat rumah gini.
tapi lom berani lagi, PK.
takut makanan x cukup, x sedap :) ha ha ha ha...

Kuazue Mohamad said... Best Blogger Tips

happy birthday anakanda. tahniah buat mak yg susah payah masak untuk jamu tetamu, nampak sedap semuanya

Sha Mohamed said... Best Blogger Tips

Happy belated birthday buat anak sis.. rajin mak nya buat majlis gini.. seronok meraikan anak dan tetamu kan sis..