Pixajoy

Tuesday, August 01, 2017

Home » Big Red Strawberry Farm Cameron Highlands

Big Red Strawberry Farm Cameron Highlands



Kami ke CH lagi.haha..Kan dah kata nak jejak tempat yang belum pergi..selagi tak habis tawaf kita repeat. Lagipun CH je la tempat budget yang tak banyak keluar modal.huhu

Ni memang percutian budget sangat, pergi balik hari. Memang la penat sikit, yang penting jimat.hahaha...Plan asal nak ke Mardi dan ladang anggur, end up 1 tempat je kami jejak. Takpa lain kali kita pi lagi.kiki

Fefeeling CH sangat

Selpiaq sikit..blog kita lantak la dagu berlapis pun.haha..

Pulun lagi selfie. Bertolak awal pagi muka pun takdan foundation bedak talkum baby seadanya..Confident natural beauty tu penting.kahkah

Berhenti breakfast kat R & R pastu teruskan perjalanan. Masa sampai kat Avant Chocholate Aryan tengah tido, Afia dan abah je keluar qado hajat. Dah banyak kali sampai Avant ni so dah tak heran sangat nak bergambar ke apa. 

First time sampai sini rupanya tempat dia bapak punya tinggi. Mula-mula cari parking kat bawah takda pastu tertanya-tanya boleh ke kereta naik sampai atas. Rupanya kat atas sana parking punya banyak lagi kosong. Nak pesan satu ja..pastikan kenderaan dalam keadaan baik kalau nak kesini. Nak panjat bukit kalau kereta tak naik mampuih berasap.huhu..

Kebetulan nak jadi rezeki kami dapat park betul-betul kat jalan masuk, Alhamdulillah Allah mudahkan.

Wefie 1 family. Membesar dengan jayanya ibu. Baru nak diet abah bawak mai CH plak. Alasan sangat!haha..

1 more

Kak Pia tengok fish

Kami sampai tenghari so takda nak fefeeling sejuk. Afia siap kata masa kita pi dengan Acu dulu sejuk..kenapa tak sejuk.huhu

Sementara en suami kat kerusi urut kita layan budak-budak ni main.

Aryan pantang nampak stereng. Punya suka naik benda ni tak masuk token pun tak nak turun.

Abah depa nak masuk token ibu kata tak payah membazir.haha


Mengidam lama dah nak kena fresh strawberry, memang puas la dapat makan. Depa ni tak pandai makan sangat...buah ibu pulun sorang.haha..






Lepas makan semua pakat lemau dah malas nak pusing-pusing farm. Afia sorang semangat ajak ibu snap gambar dia. Dapat ni je jadi la.hehe



Walaupun percutian singkat, nampak anak-anak happy, next time ada rezeki kita datang lagi.





4 comments:

nurbijen said... Best Blogger Tips

Bestnya jalan2 CH..
Aisyah dah berapa kali ajak ke CH..
Tunggu si sulong lepas exam baru nak ke sana..
Tak sabar pulak rasanya bila thk entry ni..
Rindu nak kunyah stoberi byk2... hihihi

Aiezza Sue said... Best Blogger Tips

seronok tgk PK&family..selalu naik CH,balik hari pon boleh...syok naik kot simpang Pulai tu..lebih santai jlnnya...kami dari kl naik ikut Tapah tu yang fikir byk kali nak ke CH tu...hehe

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

PK. aida suka sgt ke CH.
cukup la 1 hari 1 mlm.
dpt makan-makan dgn anak-anak.
topi kepala binatang tu pun aida ada 2 tau.
utk syuhada & izzat.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Lama tak pi CH.
Lain kali nak pi balik hari, pilah subuh hari, barulah sampai CH udara masih sejuk...

Selama pi CH, jangankan merasa waffle aiskrim mewah stroberi mcm tu, waffle kosong pun tak pernah jumpa. Tang mana pun tak tau!