Pixajoy

Thursday, July 13, 2017

Home » 2nd Raya @ Nibong Tebal

2nd Raya @ Nibong Tebal



Punya baloq nak sambung cerita raya ni tapi takut takda kenangan pulak ni yang pulun update jugak.haha..

Lepas habis duty raya pertama tu terus bertolak balik Nibong Tebal. Awal pagi raya kedua kami mula atur rumah nak beraya. Mujur la dapat Kelepasan Am raya kedua ni. Destinasi pertama rumah mak mertua Acu Ain.

Jom beraya wey makan free.hahaha

Model cilik mood baik pose senyum lawa la. Kalau buat perangai seduit tak guna.huhu

Sempat pose laju2  kat rumah orang. Nanti kalut2 serabai memang takda la family potrait kan.

Tu dapat aiskrim sorang satu sengih sampai sepet mata. Singgah rumah sepupu takda orang kat rumah.

Kami beraya dua buah kereta sekali dengan Acu Paksu dan PakNdak MakNdak bebudak ni. Lepas kesebuah rumah sepupu yang lagi sorang kami terus ke Penang rumah kakak-kakak aku dekat Batu Maung. Sejak tragedi jejak kasih memang dah jadi listing tempat wajib pergi time raya.

Ehh sempat jugak snap laju-laju lagi kat sini. Shawl pun dah habis senget bengek tapi pulun jugak ajak 1 famili posing tepi laut. Hasil seadanya ajelah takda picture cantik macam orang lain.





Lunch terus kat sana tau. Makan sedap terbaik depa jamu kami. Balik dari Batu Maung tu dok atur beberapa buah rumah lagi pastu sambung beraya rumah jiran-jiran. Dah tak sempat snap macam-macam menu raya tak raya semua masuk perut penuh heaven.

Esok pagi raya ketiga tu sempat beraya sebuah lagi rumah jiran pastu terus bertolak balik SP aku kena masuk kerja petang. Nak bergambar terakhir satu famili port biasa tak dapat dengan panasnya dengan kelam kabut nak balik. 

Kak Pia belanja pose yang tak berapa comey ni je la

Aryan pun muka tak manis

Bye2 Penang!

Ok dah habis raya dah boleh kira duit raya.hahaha




1 comments:

Siti Yang Menaip said... Best Blogger Tips

eeeh Nibong Tebal dekat da tu ngan umah kite heeh..