Pixajoy

Tuesday, July 04, 2017

Home » 1st Raya @ Alor Setar

1st Raya @ Alor Setar



Kami balik kampung sehari sebelum raya. Tu pun ibu kerja sehari sebelumnya habis kerja pagi tu balik rumah kemas-kemas sampai Alor Setar pun dah tengahari. Sempat la berbuka reramai puasa terakhir. En suami tiga beradik je, raya kali ni semua complete berkumpul.

Lepas cucuk Aryan demam. Bukan sebab cucuk sangat tapi sebab gigi baru tumbuh dia asyik merengek je.

Malam raya tengok Aryan dah meligat main, dah tak demam lega rasa. Bangun awal juga pagi raya tu mandikan dia pastu snap picture Aryan sado laju-laju. Muka pun tak berapa merelakan sangat di photoshoot, candid ajelah janji ada kenangan.






Kak Pia pun mood tak berapa elok nak bergambar. Beraksi paksa rela je ni.huhu..



Adik Aryan dah tido sambung wefie sama Adik Athif

Asal boleh je mana2 snap

Abang Aiman pun 1 ni je sempat

Kak Pia, Kak Mia dan Acu Ecah.

Macam biasa la kan selepas sesi salam bermaafan konon nak snap picture sefamili tapi mai dengan kalut tak sempat juga nak kumpul semua bergambar raya.

Ni je ada picture ramai sikit.haha

Mak Abah purple yaw

Raya Family potrait pun haru biru dengan Kak Pia muncung sedepa, Adik Aryan dah tak bagi kerjasama dok merengek ja sepagi. Redha ajelah ada anak kecik jangan mimpi nak dapat gambar elok. Aku pun dah serabut dengan Aryan, tak feel dah nak selfie ka wefie dengan en suami, bertekak lagi ada..padahal baru salam raya.hahaha

Ni ja gambar raya yang ada.hihi

Dalam pukul 11 lebih dah bertolak balik SP. Raya pertama kena kerja petang. Macam tak raya sangat pun.huhu..

Pulun selfie bukti duty dihari raya.hakhak

Menu raya nasi minyak dengan ayam masak madu, daging dendeng, kurma kambing dan dalca.

Kelam kabut tapau segala kuih raya, kek raya, nasi, ketupat dan rendang at last tertinggal ketupat.Nasib la ada nasi kalau tak kebulur la.haha..Habis kerja pukul 7 terus pecut balik Penang. Nanti sambung cerita raya @ Nibong Tebal.



6 comments:

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tak dan bergambaq apa ada hal sangat yang penting tudung ada chop mohor haha....bukti tudung mahei tu....
Mak pak hang tu tema baju sama ngan I lah pulak hihi...

Tak bestkan PK kalau Hari Raya duk kalut nak balik rumah sebab nak kerja. Mesti nak kerja mood tak dah noh...
Awat Kak Pia muncung tu?

Mama Idlan Irsyad said... Best Blogger Tips

banyak gak gambar yang PK ambik. saya x sempat nak bergambar. berperang dengan anak2. pastu kalut nak p beraya rumah sanak saudara.

Mia Kassim said... Best Blogger Tips

Selamat Hari Raya ... :)

mamapp said... Best Blogger Tips

Cantik baju on kutu Dan family sedondon gitu

Siqah Hussin said... Best Blogger Tips

Comelnya Aryan dan pandai juga kak Pia beraksi walaupun mood tak elok. Hii.

Selamat hari raya PK!

nini said... Best Blogger Tips

Geram betul tengok kak pia...pandai betul dia posing...hihi