Pages

Thursday, February 28, 2013

Beli Barang Baby Part 4



Update pasal baby stuff lagi. Aku beli online dekat Mybabycomel.com. Order hari Isnin, servis super pantas esoknya barang dah sampai. Tak budget juga sampai cepat sangat. Posmen call pun masa aku balik kampung, jadi kena self collect dekat pos laju. Tadi breaktime aku pergi ambil bungkusannya. 

Kali ni aku beli bedung/selimut, barut dan tuam baby. Aku beli nursing bra juga. Jahitan yang sangat kemas dan pattern kain yang comel-comel semuanya. Barut baby memang susah nak dapatkan yang besar kalau dekat luar. Memang puas hati beli dekat akak ni sebab barut dijual ikut saiz. Pada yang nak dapatkan barut, bedung atau nursing cover jahitan tangan, aku memang cadangkan beli dekat Mybabycomel.com

Dah hampir complete semua barang-barang baby. Sikit lagi je nak shopping.


* Since 7 bulan aku dah tak kerja malam, so aku agak kurang masa kat rumah dengan aktiviti ngadap blog (plus setiap petang aku wajib buat taik mata.hiks). Maaf kalau selalu terlewat balas jejak.





Wednesday, February 27, 2013

Buah Tangan Dari Mekah



Semalam balik Alor Setar. Merancang balik sebab en suami nak tengok bola dekat stadium. Terlanjur balik abah ajak pergi ziarah Paktam ( bapa saudara en suami) yang baru pulang dari mengerjakan umrah. Seronok mendengar cerita Pak Tam dan Mak Tam tentang Tanah Suci. Entah bila rezeki kita hendak kesana. 

Kopiah untuk Aiman dan en suami. Jubah ni untuk abah, tapi sebab besar jadi rezeki en suami

Selain ni abah dan en suami dapat sorang sebentuk cincin mekah dan tasbih. Yang paling best dapat minum air zamzam, makan kismis, kurma, buah zaitun, kacang cerdik dan sebagainya sampai puas. Bukan senang nak dapat. Terkodek-kodek je baby kat dalam sebab suka!






Tuesday, February 26, 2013

Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 4



Alhamdulillah tamat sudah Bacalah Anakku Buku 4. Buku 4 agak cepat Aiman tangkap. Ibu pun dah tak perlu jadi tarzan. Aiman dah mula tak mengeja, boleh terus sebut dan gabungkan perkataan. Seronok betul dia bila ingat gabungan konsonan d dan vokal kerana nama kumpulan da di du dalam Maharaja lawak sampai kadang-kadang lupa sebutan d tu sebagai 'deh'. Macam-macam la Aiman ni.. 

So far dah tak banyak kesalahan waktu membaca. Bab mengingat sebutan konsonan d, g, l dan r kena improved lagi. Tapi takpe, dua kali buat ulangan, ibu rasa Aiman dah boleh proceed buku 5. Tahniah Aiman Mukhlis, pistol dah dapat, lepas ni kena rajin untuk teruskan bacaan. Jangan asyik nak cuti je! (peringatan untuk diri sendiri juga supaya jangan malas.hehe..)

Semoga Aiman diterangkan hati dan menjadi anak soleh. Ameen...





Monday, February 25, 2013

Lepas Gian



Dah beberapa hari mengidam cadbury. Nak tidur pun asyik terbayang. Tadi singgah kedai runcit, besaq ni ja ada. Memang sekali ngap je la. Jadilah buat melepas gian. Now asyik craving benda manis. Time timbang baru gabra.





Sunday, February 24, 2013

FM Vietnam



Sudah beberapa hari tertempek bersama koleksi FM lain di freezer. Ini cenderahati sebab kuat bebel kat blog KakNza. Terima kasih daun keladi, semoga ukhwah kekal abadi.





Wednesday, February 20, 2013

Tak Wajib Menutup Aurat Ketika Membaca Al-Quran?



Dengan kemudahan yang semakin canggih, Al-Quran kini terdapat dalam smartphone atau medan seumpamanya. Jadi kita boleh membaca Quran pada bila-bila masa ketika lapang di rumah. Persoalannya bolehkah kita membaca Quran tanpa menutup aurat? Isu ni yang akan aku kupas.haha tak menahan je kan berlagak macam ustazah. Sekadar berkongsi, ye la bukan semua daripada kita punya ilmu pengetahuan agama yang tinggi.



Ini jawapan yang aku jumpa dalam Soal Jawab Majalah Pa&Ma Mac 2013.

Dalil-dalil Al-Quran dan al-Sunnah mengajar bahawa menutup aurat hanya wajib apabila mendirikan solat atau ketika dihadapan orang yang bukan muhrim. Sebahagian agamawan berpendapat elok menutup aurat ketika membaca Al-Quran sebagai adab yang baik. Namun lama kelamaan pendapat serta adab ini mengalami revolusi sehingga kita menganggap ia sebagai wajib. Yang benar ialah tidak wajib menutup aurat ketika membaca Al-Quran. 

Semoga bermanfaat!




Tuesday, February 19, 2013

Carta Pergerakan Baby



Semalam appointment pakar semuanya ok. Doktor kata dulu plasenta bawah, sekarang dah ok. Adakah ini berkat merasa perut? Alhamdulillah. Ingatkan dah tak perlu pergi pakar, rupanya 36 minggu nanti kena pergi hospital lama sekali lagi. 

Hari ni check perut dekat RSAT, 29 week 3 days, HB 11.5, tekanan darah 116/60. Berat naik 3.2 kg uwaa..bulan ni paling banyak naik. Padan muka ni. Tak sedar diri lately aku asyik melantak benda manis. So far dah naik 13.6 kg. Sekarang dah 7 bulan dah mula checkup 2 minggu sekali. Bsp pun kena buat dua minggu sekali. Be prepared untuk jadikan RSAT macam rumah kedua, rumah suami angkat.haha..

Aku tanya pasal scan baby, kata nurse kalau dah refer pakar biasanya doktor RSAT dah tak scan. Tapi kalau nak scan boleh request. Pakar scan tak bagi penerangan detail pun. Aku pulak tak tau apa benda nak tanya. Mana la aku tau nak kena tahu berat baby ke apa. Lagi sekali bagi alasan dah lama tak mengandung.haha.. So untuk detail scan mungkin minggu depan baru aku buat.

Hari ni nurse bagi carta pergerakan baby. Esok baru aku start buat kiraan. 




Dah lama gila tak menanda, dah lupa semua pasal carta ni. Mari belajar cara mengira pergerakan baby.

Bermula pukul 9 pagi, kira pergerakan baby sehingga 10 kali. Dah cukup 10 kali, catatkan masa (jam berapa). Kalau tak rasa 10 kali pergerakan hingga pukul 9 malam (dalam masa 12jam) sila ke hospital dengan segera.






Sunday, February 17, 2013

Lelaki Melalui Sakit Bersalin



Masa aku di Johor dulu, seorang ustazah bercerita suami dia yang rasa sakit masa dia nak bersalin. Sakit perut yang amat sangat walhal ustazah tu tak rasa sakit langsung. Kira bertuah la ustazah ni Allah transfer kesakitan nak bersalin tu pada suami. Kisah benar tau, kalau aku tipu ustazah tu la yang tipu aku. Takkan ustazah nak tipu plak kan?



Kisah ni pulak aku baca di facebook, berlaku di Belanda tentang dua penyampai berita bernama Dennis Storm dan Valerio Zeno teringin sangat nak merasai kesakitan melahirkan anak. Untuk tujuan ini, Zeno dan Storm dibenarkan merasa kesakitan secara simulasi, namun kedua-duanya hanya mampu bertahan selama dua jam

Baru depa tau!haha..pastu siap kata kesakitan bersalin ni satu seksaan. Si Zena ni pulak sampai serik nak ada anak sebab tak sanggup melihat isteri dia menanggung sakit waktu bersalin. Sebab tu kot Allah ciptakan wanita satu perasaan tak serik untuk beranak.hiks..

Rupanya Zena dan Storm bukanlah lelaki pertama yang cuba merasai pengalaman serupa. Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What's Good For You. Dua jam kemudian muka Dr ni berubah biru menahan kesakitan. Cuba imagine rupa suami masing-masing kalau diberi peluang rasa sakit nak bersalin. En suami je muka cuak berpeluh-peluh waktu sambut kelahiran Aiman dulu.

Ketahuilah bahawa wanita mampu menahan kesakitan 57 del ketika sakit bersalin bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak sedangkan tubuh badan manusia dikatakan hanya dapat menahan 45 del kesakitan sahaja. Subhanallah! 





Saturday, February 16, 2013

Bubur Pulut Hitam



Entri tayang makanan lagi. Ini bubur paling peberet tapi jarang buat. Dekat rumah kenduri macam dah jadi menu wajib dah Bubur Pulut Hitam ni. Aku beli pulut hitam dan gula melaka masa Shopping Keropok Tanjung Dawai. Lately suka pulak makan benda manis tak padan dengan GDM.hiks..

Resepi Bubur Pulut Hitam semua orang pun tau kot. Bersihkan pulut dan rendam dalam air. Masak gula melaka dan gula merah dengan air kemudian tapis masuk dalam pulut hitam tadi. Masak atas api sampai pulut kembang pastu masuk santan dan susu cair. Perasakan secukupnya dengan gula putih dan sedikit garam. 

"Beras pulut hitam mempunyai kandungan unsur Mangnesium serta Kalium yang dapat mengurangkan tekanan darah tinggi."





Thursday, February 14, 2013

Merasa Perut 7 Bulan



Aku pernah cerita pasal merasa perut dekat SINI. Malam tadi lepas maghrib terjah rumah mak bidan untuk misi inilah. Sampai saja tak sangka ramai yang menunggu perlukan perkhidmatan mengurut disini. Kami tak kenal pun bidannya, dapat info dan disuggestkan oleh kawan en suami. Tadi kat opis bercerita kat opismate, rupanya anak opismate aku pun pernah urut dekat situ. Kira famous gak la makcik ni.

Dalam hati aku berkata hebat gila makcik ni, entah berapa ratus pendapatan dia sehari. Aku ingat aku sorang je yang dah buat appointment. Masa aku sampai ada tiga orang sebelum aku yang belum diurut. Kalau urut badan tu almaklum la lebih kurang sejam gak sorang. Aku yang nak merasa perut ni tak lama la, tapi kena ikut turn takkan nak main redah.


Pengalaman aku merasa perut.


Pasrah menunggu, menguap dah lebih sejuta kali aku masuk disuruh baring. Pastu mak bidan ni urut-urut perut. Katanya baby dok dekat bawah, kalau 9 bulan takpe la kat bawah, ni baru 7 bulan. Pastu mak bidan urut-urut untuk naikkan baby. Sakit sikit je bila dia tekan-tekan. Ada juga dia urut pinggang sikit, sebab aku kata aku selalu gak sakit pinggang. Bidan pesan juga suruh makan sengkuang untuk elakkan anak kuning dan makan banyak sayur-sayuran.

Dah selesai urut bidan tanya, macam mana rasa? Sekadar menjaga hati aku jawab rasa ok la sikit. Dah siap semua aku balik. Alhamdulillah baby dah dibetulkan kedudukan. Sejujurnya aku tak rasa apa-apa perubahan lepas mersa perut. Macam kat Johor dulu even Tok tu tak urut, badan rasa selesa lain macam. En suami kata nak balik Johor ke jumpa Tok Indon? Lawak la sangat. Bukan nak buat perbandingan, tapi entah! Tu je nak cerita. 





Pantang Larang Menjahit Ketika Mengandung



Pernah dengar pasal pantang larang orang mengandung? Memang banyak rasanya pantang larang yang kadangkala tak masuk dek akal. Bukan nak menyangkal pantang larang ni semua, tapi bagi aku peraturan ni semua menjurus syirik. Betul ke orang mengandung tak boleh menjahit? Aku hanya percaya semuanya berlaku adalah atas kehendak Allah. Aku tak berapa percaya dengan benda karut marut ni tapi bila tak ikut takut juga terjadi sebagaimana yang mak abah beritahu. 

SIL dulu sakit bersalinnya lama, makan masa hampir tiga hari tapi jalan tak buka. Lepas dah jumpa bidan, baru bukaan buka. Jadi MIL dan FIL agak percaya yang benda ni mungkin berkaitan dengan pantang larang semasa mengandung. Kiranya waktu pregnant SIL menjahit sampai susah nak beranak. Ada juga orang percaya kalau menjahit waktu mengandung boleh sebabkan tali pusat anak terbelit.

So aku buat sedikit research berkenaan ni dan akhirnya terjumpa satu soal jawab dekat komuniti iluvuislam

Aku copy sikit untuk rujukan diri sendiri dan bakal ibu diluar sana.


Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh kerana orang Melayu itu sudah lama memeluk Islam, maka sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama Islam. Namun, ia tidak dapat lari dari pengaruh agama lain dan unsur-unsur khurafat dan karut serta yang bersifat mistik.

Dalam hal macam ni, kita amik satu je prinsip asas Islam. Jauhi perkara yang memudaratkan, dan lakukan perkara yang bermanfaat. Anjuran-anjuran agama Islam dalam kehidupan seharian banyaknya berasaskan perkara ini. Lakukanlah perkara yang datang manfaat, seperti jaga pemakanan dan banyakkan berehat, serta elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan mudarat seperti melakukan kerja berat atau bergusti bagi ibu yang mengandung 8 bulan.

Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Contohnya, ibu mengandung dilarang menjahit. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kemungkinan buruk ke atas ibu dan bayi. Kalau tercucuk jarum tu kat perut tak ke naya dibuatnya? Tapi kalau nak buat, silakan. Cuma berhati-hatilah.

Senang cerita macam ni lah, jangan memandang pantang larang itu sebagai satu yang wajib diikuti, dan haram dan berdosa besar jika diingkari. Jika sesuatu perbuatan itu mendatangkan manfaat, dan bertepatan dengan Islam, maka ikutlah ia. Jika sesuatu perbuatan itu mendatangkan kemudaratan, maka tinggalkanlah ia. Simple!


Hasil rembatan dekat Nagoya. Dah siap potong tinggal jahit je sekali MIL dah beli kain dan SIL tolong jahitkan sarung tilam dan bantal baby. Pastu siap pesan dekat en suami suruh aku buka semua jahitan benang yang aku dah jahit untuk sarung bantal homemade yang aku dah buat.

Aku ambil keputusan untuk tidak meneruskan jahit kain purple polkadot ni untuk baby. Tapi sarung bantal homemade tu perlu ke aku rungkai jahitannya? Ini bukan sebab aku percaya yang menjahit tu akan memberi kesukaran waktu bersalin nanti tapi bagi aku benda ni cuma perkara kecil. Pendek kata aku tak mahu orang tua berkecil hati jadi tak perlulah aku keluarkan semua hujah tentang dalil itu dan ini.






Wednesday, February 13, 2013

Kismis Doa


 
Iklan sat, 
 
Semalam waktu ke Tanjung Dawai dekat tepi jalan nampak kambing yang perutnya tengah boyot. Aku pun kata "eh kambing tu mengandung.." Kena bantai gelak dengan en suami katanya binatang bunting, bukan mengandung. Tu pun aku bertekak nak menang jugak, fail BM sungguh!
 
Ok iklan habis.
 
Sejak pregnant, aku memang amalkan makan kismis doa. Beli kat kedai seringgit je sebungkus. Kurma pun amalkan juga. Tapi nak restock kurma makan masa sikit sebab bukan semua tempat ada jual. Kalau bulan puasa banyak la.
 
Beli kismis percuma kad doa. Macam-macam doa ada. Antaranya doa melihat cermin, doa memasuki rumah, doa supaya dapat membayar hutang, doa terganggu dan terkejut ketika bangun dari tidur dan sebagainya. Banyak antara doa-doa ni aku pun tak hafal sebenarnya. Memang bagus untuk diamalkan. 

 
Dah banyak aku kumpul. So far Aiman baru hafal doa makan, doa lepas makan, doa penerang hati dan doa tidur.  
 
 
* Si chubby dah balik.









Shopping Keropok Tanjung Dawai



Update laju-laju. Kejap lagi nak keluar ada hal, nanti petang time kerja aku BW. Line pun tengah semput sikit sekarang. Alkisah semalam balik saja kerja dating dengan en suami pergi Nagoya. Tak sempat nak buat pilihan lama-lama, tiba-tiba terasa nak tengkucil, almaklum pundi kencing orang mengandung cepat bolos. Nanti kalau rajin aku update kainnya. 

Lepas tu pergi makan KFC yang Golden Wrap Chicken tu tak pernah rasa lagi. Serius tak sedap mana. En suami sorang order tu dan as usual tekak beliau bagi apa pun sedap. Siap buat lawak nak makan dengan kertas balut ayam tu sekali. Aku makan pun tak feel asyik ingat dekat si chubby, Aiman memang suka ayam KFC. haha konon-konon la kan, walhal satu set x-meal licin aku kerjakan.

Perjalanan balik singgah rumah mak bidan nak merasa perut, takde kat rumah pulak mak bidannya. Dah ambil no handphone dekat jiran sebelah. Nanti senang call dulu sebelum pergi. Pastu kami terus balik rumah. Dah siap parking en suami tiba-tiba ajak ke Tanjung Dawai. 

Belum sempat naik rumah, terus pusing stereng ke Tanjung Dawai. Kemain en suami warning beli keropok je tau, pastu terus balik. At last segala mak nenek kami borong. Malas nak tayang dekat sini. En suami ada ni. Nanti kena perli gambar keropok pun nak masuk blog.muahahaha.. 





Tuesday, February 12, 2013

Jejak Kasihan Di Selama, Perak



Nak feeling-feeling tulis karangan berterabur tak berformat sat.

Aku hanya mengenali melalui cerita-cerita en suami, abah dan mak. Nama mereka sekeluarga sudah termemori dikepala dengan kisah-kisah akrab ketika berjiran di kem suatu ketika dahulu. Kebetulan sekarang aku kerja di Kem yang sama dengan tempat tinggal en suami waktu kecil.

Pak Cik Mat Saman mesra disapa Cik Man, tinggal di Selama Perak setelah berhenti tentera. Cik Dah isterinya yang kecil molek kelihatan awet muda. Sejak abah berhenti askar juga, hubungan tidak pernah  terputus, tapi dek kerana kesibukan masing-masing, pertemuan jarang berlaku.

17 tahun en suami tak pernah kesana. Abah dan mak lebih kurang 8 tahun lamanya. Anak Cik Man yang bernama Zarina  sebaya en suami. Kawan bermain, kawan sekolah dan kawan mengaji waktu kecil dulu. En suami beria hendak ke Selama sudah lama, mengajak abah beberapa kali namun belum ada rezeki dan jodoh hendak berjumpa.

Cuti Tahun Baru Cina semalam bermulalah misi jejak kasihan kami Ke Selama. Perjalanan agak samar dek kerana perubahan jalan dan peta rumah yang hampir luput dirosakkan memori otak. Aku yang tidak tahu apa-apa tentang jalan ke sana hanya berdiam diri dibelakang pun di jadikan bahan usikan en suami. Selepas menempuh pelbagai pengalaman agak melucukan kami akhirnya tiba ke sana.



Susana rumah Cik Man dipenuhi dusun, ada pokok durian, rambutan, dukong, rambai, petai, pokok kelapa dan pinang. Sukanya melihat air sungai jernih serta kawasan sekitar yang tenang. Sumber air yang diguna Cik Man cuma air bukit. Sejuknya air kata Aiman waktu mencuci tangan disingki. Tak perlu bayar bil air berpuluhan ringgit setiap bulan. Buah betik di petik saja dari belakang rumah untuk dibuat ulam. Sungguh merasai nikmat tinggal di kampung waktu disana. 

Terungkai rindu dua sekeluarga. Kebetulan cuti semalam semua anak-anak Cik Man berkumpul, dapatlah jumpa. Zarina anak perempuan sulung Ci Man sedang berpantang anak kedua. Cik Man peluk en suami erat. Zarina tak boleh la peluk isteri orang.haha..Kata en suami, Cik Man dari dulu tak pernah berubah. Susuk tubuh masih sama. En suami kali terakhir jumpa Cik Man masa umurnya 11 tahun, kalau berlaga bahu pasti tidak kenal. 

Perbualan rancak berkisah juga tentang kenakalan en suami waktu kecil. Comel sekali sikap degil dan kuat menyakat en suami. Sampai sekarang tak hilang perangainya. Sempat kami makan tengahari bersama dengan hidangan selera kampung. Ayam masak merah, masak lemak terung ikan masin, ikan goreng, ulam-ulaman, sambal belacan dan tempoyak cukup menaikkan selera. Bertambah-tambah makan.

Sayang sekali dua orang adik en suami tak dapat turut serta. Kalau tidak pasti lagi meriah. Padan saja bukan musim buah, kalau tidak mau penuh satu bonet kereta dengan buah tangan. Musim buah nanti boleh kesana lagi. Pasti juga kami akan membawa baju mandi untuk berkubang di sungai. Sejak pulang en suami asyik menyebut nama Cik Man dan Selama. Tak sabar nak kesana lagi nampaknya.







Monday, February 11, 2013

Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 3



Alhamdulillah akhirnya tamat juga Bacalah Anakku Buku 3. Panjang masa yang kami ambil untuk habiskan buku 3. Lately momentum mengajar kelaut. Tapi takdelah sampai hanyut di lambung ombak, biasanya aku  keep in track semula. Kalau dah mula bosan dengan buku, aku gunakan flash card. Aku buat game, gunting-gunting flash card pastu gabungkan suku kata minta Aiman baca. Cara ni Aiman suka.



Walaupun Aiman kurang lancar dengan Buku 3, aku nak terus proceed buku 4. Bagi aku asalkan Aiman dah kenal, ingat setiap sebutan dan boleh gabungkan setiap perkataan dah ok. Lagipun buku 3 ayat dia dah mula complete. Bila tunjukkan huruf-huruf gabungan yang Aiman dah belajar dekat paper atau buku waktu bedtime story dia dah boleh sebut even agak lambat. Kalau banyak buat excercise lama-lama nanti Insyaallah lancar.

Beberapa hari ni bagi Aiman enjoy cuti dulu. Nanti dah balik sini baru teruskan buku 4. Sekarang ni kebiasaannya aku dah panjangkan sesi bacaan sampai lebih setengah jam. Budak memang cepat hilang fokus. Kesian Aiman kena dera.haha. Ni semua untuk kebaikan Aiman juga. Nasiblah dapat cikgu ibu yang garang. Kata Aiman, takpe Aiman kena marah pun, janjinya Aiman pandai sudah. Comel sungguh Aiman!

Semoga Aiman terus diterangkan hati.





Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Shooting Dekat Alor Setar

 




Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Slot Akasia yang akan ditayangkan petang ni. Rasa macam menarik pulak nak tengok. Lagipun si chubby takde, takde la orang nak conquer TV. Pelakonnya boleh tahan best. Fauziah Ghouse dengan Fahrin ok je. Tasha Shila tu tak minat pun.

Nak tengok Fahrin cakap Arab, nak tengok scenary negara orang, nak tengok cara hidup mak pak arab kat Abu Dhabi kena la tengok drama ni. Tempohari tengok MHI, Fahrin nyanyi live lagu tema, boleh tahan gak suara dia..

Abah dengan mak dok bercerita pasal pelakon-pelakon Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.

 
"Depa mai berlakon dekat masjid. Ada Rahim Razali, lydiawati dengan pelakon vanila coklat tu,apa nama...Aiman.."

"Pakcik itu pakcik ini nama sekian-sekian (semua kawan-kawan abah) pun ada berlakon jadi pelakon tambahan."

"Mak tengok Lydiawati dekat kenduri rumah Cik Bariah. Depa mai kenduri..".

"Mak tengok depa berlakon. Kalau pengarah tak puas hati, kena buat lagi. Kalau mak, mak memang tak sabaq!"


Ala lydiawati, Rahim Razali dengan Aiman je pun. Kalau Fahrin yang datang mau la aku p tengok. Nak gak tu!haha..



Alkisah Bengkung Ibu



Oh cepatnya masa berlalu. Kejap je dah nak masuk pertengahan bulan dua. Rasa macam kelam kabut sangat nak buat persediaan. Ada lebih kurang dua bulan saja nak prepare semuanya. Barang-barang ibu satu benda pun tak beli lagi, sibuk dok shopping barang baby je.hiks..

Semua sedia maklum tentang kebaikan berbengkung lepas bersalin. Rasanya tak perlu aku bagi detail. Dulu masa berpantangkan Aiman aku guna bengkung MIL jenis yang sangat old school. Ala yang belit-belit seksa je nak pakai perlukan bantuan orang. Pakai bengkung ni memang best, tapi kalau nak qado hajat ka kemain leceh. Kalau dah bukak bengkungnya kompem aku tak pakai lagi sebab memang tak reti nak pakai sendiri.

Paling lawak bila bengkung dah terlilit kat badan, kain batik terlondeh pun tak sedar. Benda ni pernah terjadi pada aku masa dekat hospital. Kelam kabut en suami tepis, kalau tak memang selamba je aku catwalk buat free show.haha..Sekarang ni banyak jenis bengkung yang dah mengalami kemodenan. Mak suruh aku beli bengkung bertali. yang jenis panjang sikit. Senang dan mudah nak pakai sendiri.


Modal yang aku ada hanyalah google, nak pergi cari bengkung ni kat mana pun tak tau. SIL kata beli je kat mall, aku bab ni sikit fail. Tak berapa ada masa nak survey, macam aku kata suami isteri sibuk mengalahkan menteri. Leceh la nak-nak sekarang nak jalan lama-lama dah tak larat. Kalau tau tempat terus terjah beli je. Hari ni mak abah pergi rumah SIL dekat Lumut, kalau ada bengkungnya mak kata nanti mak tolong belikan. Kalu takde, aku beli online dekat SINI je la kot.

Aiman ikut Wan dengan Maktok pergi Lumut. Mood honeymoon la sangat!





Sunday, February 10, 2013

Roti Arab Goreng



 
Dah lama tekak teragak nak makan ni. Teringat dulu pernah makan dekat rumah Makngah Johor. First time buat cicah sambal ikan bilis je. Nak buat dalca tapi takde stok daging atau ayam kat rumah. Benda ni senang sangat nak buat. Tapi tak boleh makan banyak-banyak, aku rasa muak je sebab agak menyerap minyak. Kalau versi bakar macam roti arab original tu lagi sedap. Yang ni versi goreng yang ala-ala tak berapa nak ala sangat. Boleh la dari takde baby kan? Resepinya aku google. Aku bagi je resepi mana tahu ada yang terliur.
 
Resepi Roti Arab Goreng
 
Bahan-Bahan 
  • Setengah kilo tepung gandum
  • 6 gm mauripan
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu gula
  • Air suam secukupnya
 
Cara-cara
  1. Campur air suam,minyak,marjerin dan gula dalam bekas. Kacau rata.
  2. Sementara tu gaul tepung dan mauripan kemudian masukkan dalam bancuhan air tadi.
  3. Uli-uli sampai jadi doh pastu rehatkan 1 jam. Tutup bekas tu ekk sampai tepung kembang.
  4. Dah kembang buat bulat-bulat dan leperkan.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak. Dah kembung sejambak dan masak angkat la. Roti pun boleh dah ngap!
 
*  Hari ni cuti nak p jalan-jalan!




Saturday, February 09, 2013

Beli Barang Baby Part 3


Asyik update pasal baby jer la. Layan!

Semuanya rembat dekat OneBabyWorld. Selepas shopping Part 1 dan Part 2, kali ni kebanyakan barang untuk keperluan penyusuan. Berbaloi-baloi sebab ada sikit less kalau pilih package. Aku beli cooler bag, ice pack, breastmilk storage bottle n bags, disposable and washable breastpad. Menyelit juga wetbag dan baby nail clipper.


Semoga diberi kekuatan untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Doakan aku!





Friday, February 08, 2013

Sarung Bantal Baby Handmade Lagi!



Bulan lepas punya gigih buat sarung bantal baby siap ropol segala. Kisahnya dekat SINI. Malam tadi datang kerajinan buat dua lagi sarung bantal. Sebijik sarung je aku menelaah dekat 2 jam. Jahit pakai tangan kau! Kebetulan ada kain sikit jumpa dalam almari. Kali ni simple je. Bolehlah juga buat ganti-ganti sarung bantal baby nanti.



Kain untuk sarung tilam dan bantal baby tak beli lagi. Entah tukang upah pun takde. Kalau sarung je dah mahal baik aku beli set tilam yang baru terus. Tapi sayang dengan tilam Aiman yang dulu. Batak peluknya tu tak pernah guna pun dulu. Kalaulah ada mesin jahit, aku berangan dah nak buat sarung bantal pattern macam mana. 

Wah kemain aku berlagak walhal mesin jahit tak pernah sentuh. Skill jahit pun secoet time ERT dekat sekolah. Tu pun projek ERT mak kawan aku tolong jahitkan. Agak-agak kalau beli kain dekat nagoya, mampu ke aku jahit sendiri pakai tangan? 1 sarung tilam, 3 sarung bantal, 2 sarung bantal peluk, oh pitam!







Merawat & Mencegah Ruam Lampin Dengan Krim Drapolene




Drapolene wajib masuk dalam listing barang baby. Tempohari adik ipar bagi tiga kotak drapolene (en suami beliau keja HAT). Satu kotak lagi tu dermoplex, macam drapolene gak SIL kata. Tak payah beli lagi. Cukup kot stok untuk setahun. hehe..Jimat!
 
Dulu krim ni juga yang aku guna. Kalau ada bintik-bintik dan merah sikit pada baby, Insyaallah lepas pakaikan drapolene hilang ruamnya. Masa Aiman baby, setiap kali pakaikan lampin, aku mesti sapu dekat celah kankang. Sapukan je even takde ruam. Alhamdulillah Aiman tak pernah kena ruam lampin yang teruk. Boleh dikatakan tak pernah kena.
 
Pernah pakai pureen sebab dapat gift, so far drapolene paling berkesan!




Thursday, February 07, 2013

Menu Petang Ini : Laksa Bogel



Bila datang rajin update, laksa bogel pun nak buat tayangan boleh? Boleh dikatakan aku selalu buat laksa sebab rumah aku ni memang sentiasa kaya dengan ikan. Kalau makan laksa aku tak suka semua bahan-bahan. Sebab tu aku panggil laksa bogel. hiks..

Selalunya ngap dengan telur rebus je. Kadang-kadang hanya dengan kombinasi kicap. Kali ni pekena dengan telur mata. Permintaan dari si chubby.






Projek Renew Baju Baby



Gigih tak gigih la aku masih simpan semua baju Aiman walau 6 tahun dah berlalu. Untuk pastikan baju berkeadaan baik, simpan dalam plastik dan ikat kemas. Pastu kalau nak masuk beg ke kotak ke suka hati. Dengan plastik Insyaallah baju takkan jadi kuning dan rosak. 

Dah lama sebenarnya bertangguh nak basuh baju baby. Dengan lampin, barut, sarung tangan dan kaki semua bersajak sungguh aku nak buat. Makin sarat nanti lagi tak larat nak hadap. Ni pun naik sengal tulang pinggang. Nanti akan godek gobok lagi. Rasanya masih ada yang boleh renew.

Aku beli yang baru beberapa helai saja sekadar buat syarat menyambut orang baru. Lepas bersalin baru shopping lagi. Semua baju ni ada sentimental value. Kebanyakan hadiah dari kawan-kawan dan sedara mara. Nah sekarang baby dah ada banyak baju!


"Yang lama usah dibuang, yang baru tetap dipadukan"






Wednesday, February 06, 2013

Cara Memerah Susu Menggunakan Teknik Mermet



Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata, tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam. Dulu aku memang praktikkan. Tapi takde pulak tahu macam mana tekniknya, belasah picit je mencurah-curah susu keluar. Alhamdulillah masa tu rezeki murah dengan susu.

Kalau diamal dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Kita sebenarnya lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya menggunakan modal tangan dan kesabaran. Tak perlu keluarkan fulus beli pam yang berharga ratusan ringgit.


Teknik Marmet mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Tak percaya? Let me explain walhal aku copy paste.haha..Apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak. 


Cara Memerah 

Amaran keras : Ilustrasi gambar hanya sesuai untuk 18tahun keatas.haha 

1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).

3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).


Jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.


4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Pada yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit. Pastikan menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythmPush, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Ini boleh membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Ini akan melukai payudara dan memberi kesan kepada kilang susu. Payudara juga cenderung bengkak apabila melakukannya.


* Rasanya aku dah buat keputusan nak guna teknik mermet. Kalau perlukan pam baru aku akan beli lepas bersalin nanti. Semalam shopping online lagi walaupun dah over budget. Semangat nak bf sudah mari.haha..





Tuesday, February 05, 2013

Mee Ketam Puan Kutu



Menu petang semalam. Jangan risau takde kutu kat dalam ni.hoho..

En suami bawak balik ketam banyak-banyak aku sorang je la nak ngadap. Beliau tak makan sangat. Aiman hanya makan bila ibu tolong kopekkan isi. Dalam freezer banyak ketam lagi. Tengah fikir apa menu nak masak.

Bukan nak puji diri sendirilah. Jauh sekali nak riak atau takbur. Rasanya Mee Ketam Puan Kutu ni lagi sedap dari Mee Udang Banjir D'king. Sebab tu letak gambaq besaq gedabak.muahaha..

Resepinya macam buat mee bandung biasa. Simple dan sedap!


Resepi Mee Ketam

Bahan-Bahan
  • Mee kuning dicelur
  • Ketam dibersihkan dan dibelah dua. (aku malas belah, belasah sekor-sekor)
  • Cili kering, Bawang Putih, Bawang Merah, Sedikit Halia (dikisar)
  • Sos cili
  • Sos Tiram
  • Sayur Sawi dan Carrot (dipotong)
  • Telur 2 biji
  • Serbuk Maggi atau Kiub Ayam Maggi sebagai perasa
  • Gula dan garam secukupnya
  • Sedikit Tepung Jagung (untuk pekatkan kuah)
  • Taugeh dan bawang goreng (Hiasan)

Cara- Cara
  1. Tumiskan bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan sos cili dan sos tiram kemudian air ikut suka nak kuah banyak mana.
  3. Masak hingga mendidih pastu masukkan ketam.
  4. Kemudian masukkan batang sawi dan carrot.
  5. Bancuh tepung jagung dan masukkan dalam kuah. Kacau rata.
  6. Pecahkan telur dan akhir sekali baru masukkan daun sawi.
  7. Perasakan dengan serbuk maggi, garam dan gula secukupnya. Kuah siap!
  8. Masukkan mee yang telah dicelur dalam mangkuk, tuang kuah, tabur taugeh dan bawang goreng. Now dah boleh ngap!






Monday, February 04, 2013

Kecik - Kecik Dulu Tak Dapat



Tempohari masa balik kampung singgah Petronas en suami nak buang air. Kononnya belikan anak, tapi abahnya yang main lebih. Kecik-kecik dulu tak dapat! 





Sunday, February 03, 2013

Waktu Sesuai Beli Breastpump



Kali ni dah berazam nak fullly breastfeeding. Bila nak menyusu badan, benda paling sinonim sebagai satu keperluan adalah breastpump. Niat hati nak beli breastpump after deliver. Tu pun tengok keadaan dan keperluan. Cuti bersalin ada 90 hari. Insyaallah aku akan direct brestfeeding sepanjang dalam pantang. Kalau mewah susu aku just nak perah dengan tangan untuk buat stok. Sebelum deliver aku budget nak beli botol storage dulu. Breastpump aku akan beli bila aku dah perlukan. Perancangan aku je la.

Aku beruntung sebab kerja shift, sehari 6 jam kerja. Kalau malam kena angkut baby jawabnya sebab en suami kerja. Ada ke pengasuh yang nak jaga baby time malam? Seminggu sekali sahaja aku kerja office hour. Tu pun biasanya tengahari aku balik rumah. Jadi aku fikir aku punya banyak masa untuk direct breastfeeding. Kalau nak pump mungkin sekali dua saja di ofis. Jadi aku mungkin perlukan cooler bag. Ada dah survey, Insyaallah akan beli nanti. Semuanya ikut keperluan. Takut beli awal nanti tak guna pulak. Dah berlaku pembaziran.

Kalau ikut pengalaman terdahulu, susu aku memang banyak. Alhamdulillah tak pernah jadi bengkak susu. Sebab susu banyak gila aku hanya guna teknik perahan marmet (guna tangan). Now dah 7 month pregnant, breast aku dah mengeluarkan cairan. Semoga diperbanyakkan susu untuk beri makanan terbaik for my baby.

Dalam hati terdetik juga kerisauan sebab baby yang bakal lahir ni tak tahu lagi macam mana keadaannya. Bukanlah mintak yang bukan-bukan, tapi nasib  kita esok lusa kita tak tahu. Susu pun tak tau lagi buatnya anak kedua tak mewah susu macam mana? Dari research ramai yang sarankan beli breastpump before deliver. Pendapat ibu-ibu sekelian, please?




Electronic Guarantee Letter (eGL)



Surat pengesahan diri dan pengakuan pegawai secara online telah dilaksanakan di peringkat permulaan mulai 1 Ogos 2007 di hospital-hospital sekitar Lembah Klang. Aku baru tahu.hehe..Now penggunaan eGL telahpun diperluas ke semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan adanya eGL aku tak payah susah-susah lagi nak bawak Guarantee Letter bila nak bersalin nanti. Pihak hospital akan tengok eGL melalui aplikasi HRMIS
. Entah tempat kerja aku pernah aplikasikan benda ni ke tak. Nanti aku kena tanya tadbir la. Kena pastikan semua maklumat lengkap dan dikemaskini.

Disebabkan aku akan bersalin di Sungai Petani (Insyaallah), aku listkan nama hospital di negeri Kedah yang menggunakan aplikasi eGL.

 
HOSPITAL ALOR SETAR

HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM

HOSPITAL KULIM

HOSPITAL LANGKAWI

HOSPITAL BALING

HOSPITAL JITRA

HOSPITAL DAERAH SIK

HOSPITAL YAN

HOSPITAL KUALA NERANG


Untuk senarai hospital negeri-negeri lain korang boleh tengok SINI





Saturday, February 02, 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013



Salam Bahagia,

Dah lama tak join any GA, menyokong rakan blogger disamping gelojoh tengok semua hadiah yang sangat mabeles, dengan berbesar hati aku menjoinkan diri.


TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013

Senarai sponser yang baik hati :