Pages

Thursday, February 07, 2013

Projek Renew Baju Baby



Gigih tak gigih la aku masih simpan semua baju Aiman walau 6 tahun dah berlalu. Untuk pastikan baju berkeadaan baik, simpan dalam plastik dan ikat kemas. Pastu kalau nak masuk beg ke kotak ke suka hati. Dengan plastik Insyaallah baju takkan jadi kuning dan rosak. 

Dah lama sebenarnya bertangguh nak basuh baju baby. Dengan lampin, barut, sarung tangan dan kaki semua bersajak sungguh aku nak buat. Makin sarat nanti lagi tak larat nak hadap. Ni pun naik sengal tulang pinggang. Nanti akan godek gobok lagi. Rasanya masih ada yang boleh renew.

Aku beli yang baru beberapa helai saja sekadar buat syarat menyambut orang baru. Lepas bersalin baru shopping lagi. Semua baju ni ada sentimental value. Kebanyakan hadiah dari kawan-kawan dan sedara mara. Nah sekarang baby dah ada banyak baju!


"Yang lama usah dibuang, yang baru tetap dipadukan"






18 comments:

  1. wahh..untung boleh pakai semula baju abang...jimat

    ReplyDelete
  2. Saya tabik la ngan Puan Kutu..bagus sangat simpan baju2 lama..kalau sy entah kemana dah baju2 tu..hehehe..

    ReplyDelete
  3. betul tu muni... baju yg lama tok sah di buang.. mcm akk ler baju2 Qalesya semua akk masukkan dalam box.. cantik2 lagi.. nk buang pun sayang hehe... Ins Sha Allah tunggu adik Qalesya lak nnti.. ^_~

    ReplyDelete
  4. opsss lupa maaf yer... akk baru kt sini ... knpa panggil puan kutu yer? hehe

    ReplyDelete
  5. Betul tu...sy pun masih simpan baju2 anak sy walau pun dah 3 tahun.. InsyaAllah boleh guna lagi.. tak perlu membazir beli baru klu masih boleh digunakan:)

    ReplyDelete
  6. patutnya cmni la kan kak...yg lama2 jgn dibuang.kan adik2 bleh pakai...sy dulu kecik2 pun jarang dpt bju baru.asyik pakai bju akak2 je..haha

    ReplyDelete
  7. bgsnya murni menyimpan lg.. kt bnyk dah bg kat org lain dah... xde tempat nak menyimpan.. lg satu takut jugak reput tu yg bg sedara mara....

    ReplyDelete
  8. Satu inisiatif yg bgus. Buat apa nak membazir... Baby cepat besar. Fiza dulu pun ada gak renew baju anak buah fiza dan skrg baju2 Alia yg dak x muat semua fiza simpan elok2... Sayang! Masih cantik dan elok lagi.

    ReplyDelete
  9. jimat ni. saya dulu 2 kali gugur selepas dapat Amirul. then ada orang cakap yg bakal adik amirul tu tak mau share baju ngan abangnya.

    apa lagi saya sedekah kesemua baju Amirul kat orang.

    kebetulan kot saya peknen. pas tu lahirla Aleesya. hmmm patut pun tak mau syer ngan abang. adik kan pompuan. mestilah tak mau baju lelaki kan...

    tu semua petua je. tak de dalam kitab pun

    ReplyDelete
  10. seronokkan nak sambut orang baru..nak2 prepare baju baby...hehe..comel2 semua

    ReplyDelete
  11. wah banyak dah baju baby..hehe xpe sharing is caring kan :)

    ReplyDelete
  12. baguslah...jimat..tuu
    bj mia pun banyak..ntah nak bg kat sapa ntah














    s

    ReplyDelete
  13. Baju iman semua dah bg kat anak saudara ;)

    ReplyDelete
  14. memang sayang. tapi kami ni pindah randah memang tak boleh nak simpan la baju2 ni, terpaksa bagi orang.

    ReplyDelete
  15. Hihihi.... saya pun sama. Baju adam simpan 4 tahun. Semuanya masih elok tanpa kuning2. Sekarang, saya pass kepada adik yang sedang menunggu hari. Memang dia x beli pun baju baby.

    Jimat. Katanya, nnti baby besar kalau teringin nk fesyen lain baru beli. Hahah... sebenarnya, baju2 adam saya asingkan ikut tahun. Newborn hingga 3 bulan anti dah ambil. Selebihnya, mungkin kemudian. Lagipun budak cepat membesar. Semuanya masih kelihatan baru. Mana2 yg comot dgn susu etc, mmg x simpan la

    ReplyDelete
  16. sayang lar kalau x guna kan kak murni..masih elok..

    ReplyDelete
  17. yang penting jimat cermat...tak payah membazir hihihi

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!