Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata, tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam. Dulu aku memang praktikkan. Tapi takde pulak tahu macam mana tekniknya, belasah picit je mencurah-curah susu keluar. Alhamdulillah masa tu rezeki murah dengan susu.
Kalau diamal dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Kita sebenarnya lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya menggunakan modal tangan dan kesabaran. Tak perlu keluarkan fulus beli pam yang berharga ratusan ringgit.
Teknik Marmet mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Tak percaya? Let me explain walhal aku copy paste.haha..Apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.
Cara Memerah
1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).
3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).
Jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.
4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Pada yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.
5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit. Pastikan menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.
6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.
7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.
8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.
Elakkan!
1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Ini boleh membuatkan payudara melecet.
2. Menarik-narik puting payudara. Ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.
3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Ini akan melukai payudara dan memberi kesan kepada kilang susu. Payudara juga cenderung bengkak apabila melakukannya.
a'aa saya sendiri pun, mmg xda pam kan.. so, masa aqilah mula2 lahir, ada gak saya keluarkan susu tu sebab macam nak jadi bgkak sikit kan.. saya guna teknik ni je.. susu mmg banyak keluar...
ReplyDeletelgpun ank kedua mmg susu akn lbh byk dr ank sulung
Baruku tau...cara pakai tangan tu Teknik Marmet..selama ni main picit je.janji kluar susu..hehehe..thanks for sharing..
ReplyDeleteawal2 dulu dlm pantang sll gak selang-seli guna teknik ni...tp bile dh koje masa dh terhad so den belasah pam aje..hihihi
ReplyDeletehaa baru sy tahu apa itu mermet hehehehe, sblm nie duk tertanya mcm mana nak wat..tq utk info nie
ReplyDeletesalam saya tak paham sangat teknik ni... tapi saya marmet lps pam, susu mmg la kuar tp teknik saya tu xtau la betul ker tak...
ReplyDeleteakak duli suka perah waktu anak menyusu... seblh kanan menyusu perah seblh kiri masa tu mmg mencurah keluar... kemudian time mcm nak dkt bengkak...
ReplyDeleteKakak dulu masa anak sulung memang guna tangan ikut yg bidan ajar, tapi tak lama kawan cina kakak kata ada pump barulah tahu (dulu tak macam sekarang banyak internet). Masuk anak kedua kakak guna dua-dua teknik..
ReplyDeletesy gune cara nih bile breast dah membengkak
ReplyDeleteakak pn guna cara ni dulu waktu membengkak....
ReplyDeleteAkak dulupun guna cara ni tapi baru tahu teknik ni dinamakan teknik mermet..
ReplyDeleteOwhh... cara ni mmg byk keluar susu ye?
ReplyDeleteDulu gigih saya mencari info pasal memerah ni, tapi takper la.. budak ni tak nak dari botol pun, buat penat perah jer. Will keep this for future. heheh.
ReplyDeleteokk ni info tuk sy lg 3-5 thn kot ;p
ReplyDeletethanks for sharing..
ReplyDeletetq kak murni.nnti bila2 sy dtg cni baca lagi pasal marmet nih. sdara fndy ada yg bru preg 3bln dh kuar susu...sy try picit2 xde pun kuar...risau gak nih...wuhhuuuu...tp biasanya dh ada baby mesti la ada susu kan? -.-*
ReplyDeleteooo ... macam tu ye? lepas ni bolehlah sis cuba..all this while kalau tak bawa pam ke mana2 harus mengerang kesakitan sebab susu penuh dan serba tak kena dibuatnya...sakit
ReplyDeleteWah..bersemangat tul..bagus3..ni anak yang ke berapa ni? Kalau anak kedua..insyaallah susu lebih banyak..nieza biasa buat macam ni bila bengkak..sekarang ni just direct bf :)
ReplyDeletesaya tak pandai laa buat cara ni dulu,..yg pasti,..lepas jer mengurut 3 hari pas bersalin..susu memang banyak sampai 2 tahun lebih...Allhamdulillah
ReplyDeletebelom smpai wktunya tp ilmu ni..hehe..=)
ReplyDeleteinfo yg menarik...pk
ReplyDeletetq, info yang menarik..tapi saya xcukup sabar!hehe..
ReplyDeletedulu tak pandai teknik ni..tp bila sekali buat menjadi..terus selesa teknik ni dari pakai pam :-)
ReplyDelete