Pernah dengar pasal pantang larang orang mengandung? Memang banyak rasanya pantang larang yang kadangkala tak masuk dek akal. Bukan nak menyangkal pantang larang ni semua, tapi bagi aku peraturan ni semua menjurus syirik. Betul ke orang mengandung tak boleh menjahit? Aku hanya percaya semuanya berlaku adalah atas kehendak Allah. Aku tak berapa percaya dengan benda karut marut ni tapi bila tak ikut takut juga terjadi sebagaimana yang mak abah beritahu.
SIL dulu sakit bersalinnya lama, makan masa hampir tiga hari tapi jalan tak buka. Lepas dah jumpa bidan, baru bukaan buka. Jadi MIL dan FIL agak percaya yang benda ni mungkin berkaitan dengan pantang larang semasa mengandung. Kiranya waktu pregnant SIL menjahit sampai susah nak beranak. Ada juga orang percaya kalau menjahit waktu mengandung boleh sebabkan tali pusat anak terbelit.
So aku buat sedikit research berkenaan ni dan akhirnya terjumpa satu soal jawab dekat komuniti iluvuislam
Aku copy sikit untuk rujukan diri sendiri dan bakal ibu diluar sana.
Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh kerana orang Melayu itu sudah lama memeluk Islam, maka sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama Islam. Namun, ia tidak dapat lari dari pengaruh agama lain dan unsur-unsur khurafat dan karut serta yang bersifat mistik.
Dalam hal macam ni, kita amik satu je prinsip asas Islam. Jauhi perkara yang memudaratkan, dan lakukan perkara yang bermanfaat. Anjuran-anjuran agama Islam dalam kehidupan seharian banyaknya berasaskan perkara ini. Lakukanlah perkara yang datang manfaat, seperti jaga pemakanan dan banyakkan berehat, serta elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan mudarat seperti melakukan kerja berat atau bergusti bagi ibu yang mengandung 8 bulan.
Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Contohnya, ibu mengandung dilarang menjahit. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kemungkinan buruk ke atas ibu dan bayi. Kalau tercucuk jarum tu kat perut tak ke naya dibuatnya? Tapi kalau nak buat, silakan. Cuma berhati-hatilah.
Senang cerita macam ni lah, jangan memandang pantang larang itu sebagai satu yang wajib diikuti, dan haram dan berdosa besar jika diingkari. Jika sesuatu perbuatan itu mendatangkan manfaat, dan bertepatan dengan Islam, maka ikutlah ia. Jika sesuatu perbuatan itu mendatangkan kemudaratan, maka tinggalkanlah ia. Simple!
walau kita xmo percaya benda2 cenggini tp demi menjaga hati, perasaan mereka
ReplyDeletenak buat camnerkan?,
hurmmm diluah mati emak, ditelan mati bapa (kdg2 hati sendiripn perlu dijaga sbb ia hasil penat lelah sndri)
kena jaga hati orang tua...kot2 nanti terasa pulak mereka...
ReplyDeleteyup akak penah dengar pantang larang ni. akak masa preggykan siratu, rajin buat xstitch. tok umi bising2 gak, tapi akak buat sampai habis pastu stop...takut kena marah lagiii
ReplyDeleteKalau ikut keluarga kakak jgn beritahu pada yg tak tahu tentang pantang itu. Apa lagi kalau benda tu dah dilakukan.
ReplyDeleteKakak dulu tak tahu banyak pantang-larang sebab kakak dari anak dara ambil upah menjahit tapi alhamdulillah ketiga-tiga anak kakak bersalin mudah. Yg last tak sampai 15 minit dlm labor room dah bersalin. Tapi bila dah tahu takut nak langgar pantang.
KAlau dah orang tua minta, ikutkan jer la kan, jaga hati dan tak nak mereka risau.
ReplyDeleteMy mom dulu tak pernah pun menjahit masa pregnant tapi my younger sister kuar biru2 terbelit tali pusat. Ni tergelak I baca preggy 8 bln tak digalakkan bergusti?... hhaha ayat tu, tak terbayang saya.
Kerana adat, agama dipinggirkan.. itu yang selalunya.. hehe.. tapi.. tu la.. kalau kita nak ikut yang benar, nak berhujah dengan orang tua, memang pantang dorang bila adat tu xboleh begitu begini.. kena la buat dgn hikmah mcm tu.. huhu..
ReplyDeletesll..ngandung anak sulung jer ikut pantang semua tuu....saya dl buat juga...habis tuu..siapa nak tolong jahit ?...tu pasal sakit lama ???...ish...
ReplyDeletepantang larang ni kdg² kene percaya jugak.. tp jgnlah terlalu taksub sehingga melampaui batasan seorg muslimkan..
ReplyDeletePernah dengar pasal pantang larang ni tapi akak tetap jahit sendiri bantal dan tilam utk 5 org anak. Pendapat akak, boleh buka jahitan bantal tu atas alasan tak nak mengecilkan hati emak tapi bukan kerana percayakan pantang larang tu..
ReplyDeletepernah jgk dgr sal nie..tp apa2 pun terpulang pd individu asalkan tidak meletakkan menyalahi hukum islam
ReplyDeletesungguh!! org mngandung ni mcm2 pntngnya..dh bersalin esok lg la..tp setiap pntang tu mesti ada baik dan ada buruknya kan kak murni..=)
ReplyDeleteitu le kan sis..kdg2 dlm nk jaga hati org tua kita pulak yg terperangkap di tgh2..niway lawo lah pokadot pepel tu..ceria gitu.
ReplyDeletecontoh ms sy ngadung tu hari my mom x kasi duduk atas simen x berlapik..susah beranak katanya..takut jugak bila dia dok ulang2 mcm cd rosak hehe..
bukan apa..sebab cakap2 ibu tu kan doa..(walopon dlm hati mmberontak gak mcm x masuk akal)hihihi
kalau tukang jahit??
ReplyDeletemaybe kne bukak balik jahitan tu kot.. xnak nanti jd pe2, dorg salahkan murni lak.. so, bukak balik ats dasar jaga ati n xnak diungkit di kemudian hari
ReplyDeletemacam mana kalau kita tukang jahit yang mengandung...ermmm
ReplyDeletesalam puan kutu
ReplyDeleteLawatan pg disini.
ta dah tukar gambr pd profil blogger harap maklum.tq
ReplyDeletebiasa la tu. atas kita nak percaya ke tidak.
ReplyDeleteAda benda dlm pantang larang ni kzefa x setuju.. Tp utk menjaga hati byk pihak diam aje.. Iya tidak, menidak pun tidak..
ReplyDeleteada sbb2 nya dorang wat pantang larang tu..atas kita la..
ReplyDeletekakak sulung k.izan mmg tukang jahit. rasanya takde dengar plak pasal sukar bersalin ke apa. alhamdulillah 8 org dah anaknya. lagipun mak k.izan tak tekankan sgt pun pasal pantang larang ni...
ReplyDeletehehe..bab panang larang nih sy pun tak maik port sgt.. lagi2 yg tidak berlandaskan agama..ia lebih kepada adat.. mmg some parents percaya pada pantang larang nih.. tp kita sepatutnya lebih percaya kepada yang maha pencipta..just senyum je kalo diorang marah ke apa ke, (my MIL pun bnyk juga pantang larangnye..hehe..)kalo bab jahit nih.. mmg sy rajn menjahit juga waktu pregnant..alhamdulillah.. bby pun sgt mudah keluar n takde apa2 complication.. bnykkan zikir n doa2..insyallah.. Apabila Allah S.W.T menghendaki sesuatu perkara itu terjadi, maka akan jadilah ia. Dia Maha Berkuasa di atas segala-galanya
ReplyDeleteSy dduk rumah MIL..so semua excitement nk blajar cuba2 jahit sendiri barut anak pertama & baju berpantang terbantut (sebab pantang larang ni)..sy beli kain 100%cotton 39" (pesan ibu kita bukan cotton tetron) pun MIL kata salah la kain keras la..redha jelah telan je semua bebelan..sebab tu la xnak bawa MIL g kedai kain (xde freedom nk choose sbb kita beli bju pantang cotton murah sebab nk try jahit for first time).i have all the reason but ssh nak bagi org tua faham.tapi dh merajuk plak..harap2 MIL xmerajuk lama2..susah juga nak consistently jaga hati org tua T_T
ReplyDelete