Apabila rahim semakin membesar, ia mengambil ruang abdomen yang akan mengganggu pernafasan, penghadaman, kelancaran membuang air besar serta air kecil dan mungkin memperlahankan peredaran darah. Jadi posisi tidur yang betul adalah perlu untuk wanita hamil macam aku.
Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa posisi terbaik untuk ibu hamil tidur ialah posisi mengiring. Tidur mengiring disebelah kanan digalakkan kerana mengikut sunnah. Berbaring mengiring sebelah kanan di awal tidur adalah sunnah, tetapi mengekalkannya tidaklah sunnah. Jadi untuk keselesaan bolehlah mengiring ke sebelah kanan dan kiri. Dalam banyak kajian menunjukkan risiko untuk bayi mati dalam rahim bagi yang tidur mengiring adalah rendah.
Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah, menyebabkan lebih banyak nutrient dan oksigen dihantar pada bayi dalam rahim. Selain dari mengiring, lipatkan peha dan lutut seperti posisi bayi dan letakkan bantal di antara kedua peha. Bagi yang mengalami sakit belakang, bantal boleh diletakkan di bawah perut di sebelah belakang. Bagi mengurangkan rasa loya dan muntah pula, bolehlah meninggikan bahagian dada dengan meletakkan bantal di bahagian dada.
Sudah tentu apabila semakin mendekati kelahiran dan abdomen semakin membesar, sukar untuk ibu hamil tidur meniarap. Sebenarnya tabiat ini harus dihentikan ketika di awal kehamilan lagi. Posisi terlentang akan menyebabkan rahim memberikan tekanan fizikal pada saluran darah besar yang boleh menghalang peredaran darah ke jantung seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrient pada bayi. Kesannya boleh menyebabkan kematian bayi dalam rahim. Kedengaran seperti sangat tragis. Naik takut pulak aku sebab kadang-kadang aku tidur telentang. Lepas ni tobat tak buat dah!
* Lebih selesa tidur mengiring sebelah kanan. Orang kata baby boy. Entah! hehe..