Pages

Friday, January 18, 2013

Murtabak Daging Homemade


Salam Jumaat,

Sarapan apa pagi ni? Mak buyung tetiba teragak nak makan murtabak homemade, so dengan gigihnya malam tadi menguli tepung. Pagi ini  harum semerbak dapur rumah aku dengan bau inti murtabak. Sejak pregnant, aku menggila cuba banyak resepi baru. Disebabkan tahap kemalasan maksima untuk upload gambar, makanan tu semua telah selamat menjadi najis sebelum sempat buat tayangan di blog.

Hari ni datang rajin. Rasanya dah lama gila tak share resepi di blog. Buat pertama kalinya di tahun baru aku persembahkan Murtabak Daging Homemade. Sesekali makan hasil tangan buatan sendiri sedap tau. Kali ni murtabak dimakan begitu saja sebab aku malas nak buat kuah bawang merah, kuah kari atau dalca. Aiman pada mulanya berlagak sungguh tak nak makan, katanya tak sedap. Bila try sepotong, habis sebijik dikerjakan si chubby. Baru tau ibu dia handal menebar!kahkah gelak jahat.  


Resepi Murtabak Daging

Bahan-bahan Kulit (sebijik macam buat roti canai)

  • 500 gm tepung gandum
  • Air secukupnya (pandai-pandai la agak,mula-mula boh sikit dulu,klu agak-agak keras baru tambah sedikit demi sedikit)
  • 1 biji telur
  • 3 sudu susu pekat manis
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu butter/marjerin

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan kecuali tepung kedalam bekas. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan bahan campuran kedalam tepung kemudian uli menjadi doh. 
  3. Rehatkan 10 minit kemudian uli 5 minit lagi. (ulangi step ni sampai tiga kali)
  4. Bentuk bulat-bulat, produce la berapa bijik ikut besar mana korang suka
  5. Perap selama 3 jam atau lebih.
  6. Kalau nak lagi sedap simpan dalam peti ais semalam. Boleh simpan doh selama dua hari. Sebelum simpan, sapu dengan marjerin.

Bahan- bahan Inti
  • 200 gm daging hancur. Aku guna ramlee
  • 2 labu bawang besar dan 3 ulas bawang putih di dadu
  • 2 bijik kentang saiz kecil yang di dadu.
  • 3 sudu rempah kari daging
  • garam, gula dan perasa secukupnya
Cara-cara
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang didadu dengan sedikit minyak. 
  2. Masukkan daging hancur dan masak hingga agak garing.
  3. Kemudian masukkan kentang yang di dadu, garam, gula dan perasa secukupnya. 
  4. Tuan sedikit air dan masak hingga kentang lembut.
  5. Bila air sudah kering, tutup api dan biar inti sejuk. 

Bahan-bahan murtabak
  • Doh roti canai
  • Inti murtabak
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • 5 biji telur
Cara-cara
  1. Pecahkan telur dan kacau kemudian masukkan bawang besar yang dihiris serta inti murtabak kedalam telur.
  2. Ambil doh roti canai yang dah di siap diperap pastu boleh kibar. Masa kibar penyek-penyek dulu doh dan restkan 10 minit. Aku tak ikut pun step ni. Skill menebar pun takde. Aku just tarik2 doh bagi nipis pastu hentam sajalah labu.hiks
  3. Masukkan sedikit inti, lipat kemudian tutup.
  4. Lastly goreng dengan api kecil hingga masak.
  5. Siap untuk di makan panas-panas.




18 comments:

  1. Kakak ni tak pandai menebar. Mencanai guna dulang tu pun selalu koyak. Murtabak kalau lembut inti sedap tak payah kuah pun memang dah sedap.

    ReplyDelete
  2. akak ni anak perempuan kot??

    suke masak-masak :)

    ReplyDelete
  3. wahhhh... nampak sedap. saya lom lunch lagi ni!!!!

    ReplyDelete
  4. TQSM 4 sharing.....mcm murtabak yg beli kt kedai la PK malah lebih sedap cz intinya tebal melimpah ruah....

    ReplyDelete
  5. sedapnyaa kak kalau dpt mkn petang2 nih..=(

    ReplyDelete
  6. Wah, tentu sedap sebab intinya boleh ikut selera sendiri.. Terima kasih PK.. Nanti bolehlah akak cuba. Selama hidup ni belum pernah buat murtabak..

    ReplyDelete
  7. Rajinnya.. Baguslah baby tu kalau girl mesti rajin ke dapur ;) puashati buat sendiri.. Tebal :D

    ReplyDelete
  8. hebatnya ibu aiman buat murtabak. sangat2 kagum. k.izan pandai makan je :)

    ReplyDelete
  9. Sy pun suka mkn mertabak homemade terutama mak yg masak...rs lebih sedap banding beli kat luar...

    ReplyDelete
  10. tak reti nak buat nipis masa nak teparkan tu.. nnt tebal sgt.. x sdaplah pulak.. pandai murni buat sendiri eh...

    ReplyDelete
  11. sedapnyer murtabak..dh lama tak makan

    ReplyDelete
  12. doh roti canai yg mls nk wat tu sbb mls nk uli.. hihii... sbnarnya sbb xjd... pnh buat dah.. hahahaaa

    ReplyDelete
  13. pehhh bila mak buyung menunjukkan kehandalan di dapur...

    malu nak ngaku x pernah buat murtabak taww... masa blaja kat sekolah kemahiran tu dulu je... pastu wat murtabak maggi... huhuu...

    teringin lak rasa nak buat tp x terer menebar :p

    ReplyDelete
  14. nak try la.. thanks share resipi^^

    ReplyDelete
  15. wah...nmpk sgt menarik resepi nie,, i will try this

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!