Pages

Thursday, January 17, 2013

Posisi Tidur Untuk Wanita Hamil



Baru tadi terbaca dekat Blog Dr Zubaidi

Apabila rahim semakin membesar, ia mengambil ruang abdomen yang akan mengganggu pernafasan, penghadaman, kelancaran membuang air besar serta air kecil dan mungkin memperlahankan peredaran darah. Jadi posisi tidur yang betul adalah perlu untuk wanita hamil macam aku.


Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa posisi terbaik untuk ibu hamil tidur ialah posisi mengiring. Tidur mengiring disebelah kanan digalakkan kerana mengikut sunnah. Berbaring mengiring sebelah kanan di awal tidur adalah sunnah, tetapi mengekalkannya tidaklah sunnah. Jadi untuk keselesaan bolehlah mengiring ke sebelah kanan dan kiriDalam banyak kajian menunjukkan risiko untuk bayi mati dalam rahim bagi yang tidur mengiring adalah rendah. 

Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah, menyebabkan lebih banyak nutrient dan oksigen dihantar pada bayi dalam rahim. Selain dari mengiring, lipatkan peha dan lutut seperti posisi bayi dan letakkan bantal di antara kedua peha. Bagi yang mengalami sakit belakang, bantal boleh diletakkan di bawah perut di sebelah belakang. Bagi mengurangkan rasa loya dan muntah pula, bolehlah meninggikan bahagian dada dengan meletakkan bantal di bahagian dada.

Sudah tentu apabila semakin mendekati kelahiran dan abdomen semakin membesar, sukar untuk ibu hamil tidur meniarap. Sebenarnya tabiat ini harus dihentikan ketika di awal kehamilan lagi. Posisi terlentang akan menyebabkan rahim memberikan tekanan fizikal pada saluran darah besar yang boleh menghalang peredaran darah ke jantung seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrient pada bayi. Kesannya boleh menyebabkan kematian bayi dalam rahim. Kedengaran seperti sangat tragis. Naik takut pulak aku sebab kadang-kadang aku tidur telentang. Lepas ni tobat tak buat dah!

Baca juga artikel INI dan INI


* Lebih selesa tidur mengiring sebelah kanan. Orang kata baby boy. Entah! hehe..




10 comments:

  1. kalo perot dh besaq mcm mn nk tdo melentang...kang termengah2..hehe

    ReplyDelete
  2. kalo perot dh besaq mcm mn nk tdo melentang...kang termengah2..hehe

    ReplyDelete
  3. akak ni pelik sikit, masa mengandung mulalh mengada2 rasa nk tidur meniarap...hehehe.....ttp saat2 sarat mmg dh xselesa nk tidur.....gelisah je rasa smpai pagi....

    ReplyDelete
  4. Hahaha... mesti rindu nk meniarapkan? Bagus info ni

    ReplyDelete
  5. aitoo..x selesa husna..dah lar tidor mcm2 pesyen..=P

    ReplyDelete
  6. Ye setuju tu..mmg selesa kalu tido mgiring bila pewot da membesar....tq coz sudi share kan bersama...

    ReplyDelete
  7. tak mengandung pun mmg selesa tidur mengiring hihihihihi....

    tu lah org kata kalau kerap mengiring kanan baby boy.. lupelah pulak.. dulu masa mengandung suka tidur belah mana...

    ReplyDelete
  8. bila dah makin cukup bulan mmg tidur dah tak selesa..saya dulu,..siap tidur atas kerusi sebab tidur atas katil ssh nak bangun..perut besar cam anak kembar ko..hihi

    ReplyDelete
  9. a'aa mmg selesa mengiring... samalah :)

    ReplyDelete

Komen tanpa nampak kejanggalan ok!