Ok fine, ramai yang tak tahu pun apa itu merasa perut. Bak kata jue&hanie, kalau nak komen jangan terlalu nampak kejanggalannya. Aku yang baca pun tiba-tiba emo. Harap maklum bukan dari entri merasa perut saja, mana-mana entri sekalipun.kehkeh..
Kalau merasa perut tu terlalu unfamiliar bagi korang semua yang hidup di zaman milenium, penggunaan air selusuh ketika menghadap proses kelahiran pasti pernah dengar. Kata orang ada baiknya kalau air selusuh di buat sendiri oleh suami.
Pada zaman dahulu, selusuh digunakan sebagai ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan hadis. Dari segi hukum Islam, selusuh ialah harus. Maknanya tiada salah asalkan tiada bacaan yang bercanggah seperti jampi yang karut marut. Terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk membuat selusuh iaitu air, minyak, kurma atau kismis.
Jika menggunakan air, sebaik-baiknya gunalah air zam-zam. Selain itu boleh juga digunakan air mineral atau air masak. Minyak yang boleh diguna ialah minyak kelapa muda yang dibuat sendiri, minyak zaitun atau minyak masak biasa. Kismis dan kurma pula pastikan bilangannya ganjil sama ada 7, 3 atau paling kurang 1.
Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat Al-quran. Berikut ialah langkah membuat air selusuh.
Cara 1
- Al-Fatihah.
- Surah al-Hasyr ayat 21.
- Selawat syifa (Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).
- Bacakan doa "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum 7hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
- Sapukan air tau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.
- Minyak selusuh perlu diminum sebnayak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.
Cara 2
- Beristighfar 3 kali
- Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W,para sahabt dan para pengikutnya.
- AL- Fatihah 1 kali.
- Selawat 11 kali.
- Alam Nasyrah 7 kali.
- Al-Ikhlas 3 kali.
- Al-Falaq 3 kali.
- An Nas 3 kali.
- Al-Fatihah 1 kali. Kemudian doa apa yang dihajati.
Cara 3
- Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak 3 kali.
- Selawat Syifa 7 kali.
- Surah al Hasyr ayat 21, 3 kali.
- Surah Al-A'raa ayat 54, 3 kali.
- Hembus pada air, minyak atau kurma.
Sumber : Majalah Pa& Ma Mac 2009.
tq sharing kak. nnt bila da kawin, sy sharekan kat wife. hehe
ReplyDeleteRasa perut tu adakala perlu juga. Mcm adik akak doktor kata songsang. Akak tgk arwah nenek pegang2 perut untuk betulkan. Nampak baby dlm perut pusing. Check balik ok dah kedudukan baby. Sepupu suami pun buat juga. Sebab yg 1st operate songsang. Yg 2nd pergi jumpa bidan baru bersalin normal.
ReplyDeleteAir selusuh.. biasa yg susah nak bersalin yg selalu minum. Betul ke?
Hahaha... yg ni biasa dengar. Tapi, masa bersalin dulu makan pil. Pil selusuh. Homeopathy punya. Air selusuh kiriman MIL x smpt sampai.. dh terbersalin.
ReplyDeleteLom ada rezeki lg nk minum.
byk cara nak buat air selusuh upenye...sy tak prnah lagi minum air selusuh.....
ReplyDeleteboleh di amalkan ni
ReplyDeletebaru tahu pasal ni ye...
ReplyDeletepernah dengar-dengar orang cerita je.
tak sangka ada step.
As salam Murni,
ReplyDeleteMarya sbnrnya ade cerita ttg air selusuh ni masa bersalinkan Iman dulu... Mmg bagus & mmg berkesan dgn izin ALLAH... Doktor & pegawai perubatan pun percaya tau ttg air selusuh ni :))
Nak tegur pegomen no 1 tu, hehehe.... Tak perlu share kat wife adalah lebih baik suami yg buatkan utk isteri nnt :))
kak fieda anak ketiga jer merasa minum air selusuh suami kak fieda buat sendiri..alhamdulillah lancar jer keluarnya..
ReplyDeletemsa nk bsalainkan asya dulu, ambik air selusuh drp ustaz y bacakan..
ReplyDeleteapa2 pon tq for sharing..lps ni blh la buat air selusuh sendiri & utk org lain jgk
Bagus bila dah ditunjuk step-step ini bolehlah buat sendiri kan..
ReplyDeletemak aku dulu buat minyak selusuh.haah.dia minum 7 hari sebelum due.
ReplyDeleteps: tu pix lama masa raya tahun lepas.huhuhu..
tq for sharing,very gud info :)
ReplyDeletebiasanya akak mula minum air selusuh bila kandungan masuk 7 bln..Alhamdulillah, berkat doa ianya membantu memudahkan proses brsalin....
ReplyDeletesy ms alisha, hubby wat air selusuh tp 2nd baby tak buat pun.. alhamdulillah senang je keluar :-)
ReplyDeleteaku akan refer tajuk ni bila aku pregnant nnt...hahahaaaa
ReplyDeletetak sempat minum air selusuh.. dah kene tahan kat wad hihihihi....
ReplyDeletekomen yg selalu janggal bunyinya biasa dpt, kdg² buat gelak dibuatnya.. nampak noo x baca apa kita tulis....
Teringin nak minum air selusuh.. eh, tiba2 je kan. Rasa2 relevan tak komen ni dgn entry..?
ReplyDeletethanks kak!
ReplyDeletebnyaknya nama yg pelik2 dlm tempoh bersalin ni ye..
ReplyDeletetq sharing pk...
ReplyDeleteair selusuh tak mujarab untuk saya sbb kena opret gak..huhu..mungkin telah ditakdirkan...
ReplyDeletetq info ..amat berguna ni..
Byk gak rupanya cara buat air selusuh. Tapi fiza tak sempat nak guna air selusuh bapa saudara buat hari tu. Fiza kena induce.
ReplyDeleteBetul ke muni air selusuh buatan sendiri @ Suami lagi baik.
kutu, hasben hanie buatkan air selusuh bacaan yasin jer.. dia x tau cara2 ni semua.. nnti hanie bgtau.. tp rasa nk dekat dah 'masanya' ni kot... doakan dipermudahkan ye...
ReplyDeleteI actually have learned a great deal from you.Thanks for sharing.
ReplyDeleteSo many people have come to your blog.
Feel free to visit my homepage Nike Lunarglide
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Cara buat air selusuh.
ReplyDelete